Salam Aidilfitri untuk semua pembaca. Ampun dan maaf dipinta pada rakan taulan andai ada salah silap.

Adiilfitri kali ini dilalui dengan penuh kemeriahan. Syukur pada Allah SWT kerana memberikan kegembiraan ini. Tak tergambar rasa gembira dihati ini bila dapat meluangkan masa yang cukup bermakna bersama keluarga.

Ketika aku membuat catatan kali ini, aku berada di Penang International Airport. Aku ada masa yang cukup panjang untuk menulis kali ini. Ini kerana penerbangan aku di jadual pada jam 1455. Sengaja aku pilih untuk tiba lebih awal kerana aku mahu mengisi masa aku untuk bersendiri seketika.

Aku ingin berkongsi dengan anda semua betapa rungsingnya aku ketika ini kerana memikirkan berat badan aku yang mungkin sudah bertambah akibat ‘seronoknya raya’ kali ini. Tapi aku akan pastikan jadual diet dan perancangan makanan aku akan lebiuh teratur setibanya di KL nanti.

Pada cuti kali ini juga aku berkesempatan untuk menyertai rakan2 sekolah menengah aku bersama2 dalam reunion yang diadakan di Pantai Merdeka{gambar akan menyusul bila aku tiba di KL nnt). Pengalaman yang amat menyeronokkan bila dapat berkumpul semula selepas hampir 7 tahun tidak bersua. Yang kecik jadi besar dan yang besar bertambah besar. Terima Kasih buat Rakan2 yang menjadikan semua ini satu kenyataan. Tahniah!.

Sebenarnya aku sudah kembali membuat penulisan. Kali ini aku cuba untuk lebih matang dalam menghasilkan tulisan2 yang lebih baik. Aku yakin yang aku mampu menghasilkan karya2 yang terbaik untuk semua. Aku juga sedang berusaha untuk menyertai lebih banyak program penulisan supaya semua karya yang dihasilkan nanti dihasilkan dengan nilai kualiti yang tinggi. Sokongan dan doa dari kalian amat diharapkan.

Sampai sini dulu catatan kali ini. Nanti kita bersua lagi.

Salam Syawal utk semua!

Advertisements

One thought on “

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: