Nasi… separuh, suku atau penuh…

Boleh tak kalo kita pilih untuk makan nasi bagi yang sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan.. Ada yang kata nasilah pantang yang paling besar.. pendek kata kalau nak kurus tu, janganlah sentuh nasi langsung kannn? Logiknya? cuba korang beri balik soalan ini kepada orang2 yang kata nasi ini ialah pantang besar… Tapi secara faktanya juga, nasi sememangnya diakui agak berat.. dalam posting akan datang aku akan huraikan lebih ‘detail’ pasal nasi.

Untuk kali ini aku pilih untuk kongsi langkah-langkah yang anda dapat ambil untuk kurangkan pengambilan nasi. Ianya lebih praktikal berbanding terus meninggalkannya… Kenapa aku berpendapat begini? Sebab, kita akan diet bukan sehari dua tetapi untuk sepanjang hayat. Jadi adalah lebih praktikal kita ubah cara pemakanan kita dan jadikan ia sebagai satu cara hidup. Diet itu sendiri bererti pemakanan yang seimbang.

Nasi Separuh @ suku…
Inilah pilihan yang kita perlu buat setiap kali kita merancang untuk mengambil nasi. Dalam diet yang saya amalkan, nasi dipilih sebagai hidangan tengahari. Actually not even half pun. Korang agak2 dalam satu genggam tapak tangan sudah memadai. lengkap kan ia dengan lauk seperti sayur dan ayam yang pastinya akan membuatkan anda terasa lebih kenyang.

Kenapa nasi separuh lebih praktikal?
Dalam masyarakat kita, nasi ini dianggap sebagai satu kemestian dalam hidangan. Untuk meninggalkan ia secara terus, bunyinya agak beratkan? jadi kita pilih untuk kurangkan ia. Saya sendiri sudah mengamalkan idea ini. Ia memang lebih mudah berbanding dengan diet yang tidak mengambil nasi langsung.

Dalam membincangkan soal makan ini, lebih baik kita pilih cara yang lebih praktikal. Buat pilihan yang bijak. sertakan diet dan senaman yang konsisten. yang pasti, kita bukan diet utk sehari dua, tetapi untuk sepanjang hayat. Sederhanakan pemakanan anda.

Enjoy your life…🙂

nasi

3 Komen

  1. Mohd Azmi said,

    17 November 2008 pada 6:58 am

    kalau dok makan nasik 3 tempayan sehari nak makan segenggam tu agaknya mcm mana ek?? hehe….

  2. hafizmahadzir said,

    18 November 2008 pada 1:18 am

    baca bismillah.. insyaAllah akan rasa lebih kenyang… makan 3 tempayan tu mungkin sebab anda berkonsi nasi itu dgn Syaitan kot… agak mustahil bunyi 3 tempayan tu.. tapi jika betul, baiklah anda berubah sebelum malapetaka menimpa anda….

  3. mohd azmi said,

    21 November 2008 pada 3:11 pm

    Alhamdulillah la kawan aku nie ingat Allah..ingat kita ingat Allah bila2 masa jua dan apa sahaja perbuatan kita, bukan kat makan2 kan? hehe….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: