Motivasi…

Setiap hari kita berdepan dengan pelbagai masalah. Masalah2 ini kadang2 akan menjadi sebab kenapa kita pilih untuk mengabaikan diri kita sendir. Bila kita mula mengabaikan diri sendiri, kita mungkin biarkan diri kita dalam satu keadaan yang tidak sihat.

Motivasi..

Disnilah perlunya kita tanamkan nilai motivasi yg positif dalam kehidupan seharian. Kita tidak perlu berlebih-lebihan dalam membuat sesuatu dalam kehidupan seharian. Kesederhanaan adalah penting bagi memastikan motivasi yang ada dalam diri kita bersifat praktikal.

Seringkali saya berdepan dengan fenomena obses pada pemakanan sihat. Hal ini sering terjadi pada individu2 yang mahu menurunkan berat badan. saya sendiri pernah melaluinya. Semuanya dianggap berbahaya dan menakutkan. Ramai juga yang tidak percaya jika saya katakan bahawa saya tak pernah tinggalkan nasi semasa saya berdiet. Nasi adalah pilihan saya setiap hari. Makan tengahari seperti tidak lengkap tanpa nasi. Yang penting disini ialah kesederhanaan.

Ada juga individu yang mahu kuruskan badan, tetapi tidak mahu melakukan senaman. Tidak mustahil, tetapi masa yang diperlukan mungkin jauh lebih lambat. Rasanya lebih baik pemakanan yang seimbang disertakan dgn senaman yang konsisten. Tidak semestinya senaman di gym, segala aktiviti riadah yang mengeluarkan peluh sudah memadai jika sememangnya masa menjadi masalah untuk anda.

Berbalik pada topik asal tadi berkaitan motivasi. Semua yang kita lakukan banyak bergantung pada motivasi yang datang. Samada dari diri sendiri atau rakan-rakan. Jangan mudah putus asa dalam menajaga kesihatan diri kita. Diakui bukan sesuatu yang mudah untuk menguruskan badan. Sebagai langkah awal, rangka dan rancang pemakanan seharian anda. Jika anda pernah gagal dalam usaha diet anda sebelum ini, kaji apa yang kurang dan silap diet anda sebelum ini.

Dalam apa keadaan sekalipun, pastikan anda sentiasa dikelilingi insan2 yang bermotivasi. Secara tidak langsung aura yang postif itu nanti akan membantu ada mencapai cita2 anda.

3 Komen

  1. mohd azmi said,

    26 November 2008 pada 5:43 am

    hello….mcm pernah ku baca di mana2 teks nie tp di mana yer…..

  2. hafizmahadzir said,

    26 November 2008 pada 6:03 am

    all text written belong to Hafiz Mahadzir. Mungkin ada yang terasa pasal aura2 negatif tu, saya minta maaf. Tapi dalam hidup ni xde yg magic, kalo nak sihat, kena ubah dan amalkan cara hidup sihat.

  3. mohd azmi said,

    27 November 2008 pada 4:51 am

    sikit pon aku xterasa aih…hehe….saja nak usik hang…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: