MSG…?

MSG? pernah dengar? Apa itu MSG… Mono sodium glutamate atau kita lebih kenal sebagai panmabah perisa pada makanan. adakan ia bahaya pada kesihatan kita? benarkah MSG mampu membuatkan makanan rasa lebih enak?

Ada yang beranggapan MSG mampu menjadikan makanan menjadi lebih sedap. Jika benar sekalipun persepsi itu, sedarkah kita sejauh mana kesan yang akan kita hadapai kesan dari pengambilan MSG. Tag line seperti ‘ tambahkan sedikit untuk kelazatan makanan anda’ sering kita denagr kebelakangn ni. Apa yang membuat kan semua ini berlaku? Adakah ia kerana kita terlalu mengejar kelazatan dalam menikmati hidangan hingga kita lupa akan kesan dikemudian hari? Penambah perisa ini dikatakan sama pentingnya dengan bahan seperti bawang,, garam, gula dan lada.

Kesedaran

Pelbagai kajian telah dan dilakukan. Pelbagai kajian saintifik dah membuktikan bahwa MSG memberi impak negatif pada kesihatan. Persatuan Barah Kebangsaan Jepun telah memberi kritikan hebat kepada negara kelahiran perisa makanan ini.

Case Study:-

1. Pada 25 Okt 1983, Dr Shozo Takayam dari Persatuan Barah Kebangsaan Jepun telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi 2 jenis MSG. Selepas 16 bulan, tikus2 tersebut telah mengalami tanda2 ketumbuhan pada paru-paru, usus kecil & besar, bawah kulit, perut dan otak.

2. Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.

Pencegahan

Berdasarkan kajian2 yang telah dilakukan dan yang masih dilakukan, pelbagai implikasi negatif telah pun dikenal pasti. Ia mungkin kelihatan agak remeh dan tidaklah begitu serius bagi segelintir masyarakat kita. Tetapi jika diteliti pelbagai penyakit yang semakin meruncing kebelakangan ini, cara pemakanan perlu diambil kira. Buat pilihan yang bijak sebelum anda menjadi angka statistik penyakit yang berbahaya ini.

*ini adalah sekadar pandangan peribadi saya melalui pembacaan. Sekadar utk dikongsi dengan semua.🙂

1 Komen

  1. kak mimi zarina said,

    2 Disember 2008 pada 6:59 am

    mak aku dah lama xguna kan…hehe….guna perisa yang asli2 jew…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: