Erti makanan Organik

Pernah dengar makanan organik? munkin ya dan mungkin tidak. Kebiasaannya makanan organik ini dianggap sebagai makanan yang mahal. Kerana umum mengetahui bahawa makanan organik ini sememangnya dijual dengan harga yang lebih mahal.

Erti sebenar makanan organik ialah, semua jenis bahan yang berasal dari organisma hidup(haiwan dan tumbuhan). Tetapi hari ini, makanan orgaik ini diertikan sebagai makanan yang bebas atau kurang kandungan racun serangga.

Manfaat dari sumber organik untuk kesihatan :-

  • bawang putih – antikolestrol
  • bawang merah – membantu mencegah kanser perut
  • bayam – baik untuk kesihatan otak dan penglihatan
  • buah berry – mencegah jangkitan pada prostat dan saluran kencing
  • tomato – mencegah pertumbuhan kanser usus, rahim & pankreas

Kelebihan makanan organik :-

  • bertindak membersihkan darah
  • membasmi racun yang bertompok didalam sel
  • membentuk pertumbuhan sel-sel baru

Bahaya makanan bukan organik :-

  • kesan racun serangga yang terdapat pada makanan
  • terdedah pada risiko gangguan otak
  • salah satu penyebab kanser payudara
  • berpotensi menyebabkan masalah pada produktiviti sperma

Tips membeli barangan organik :-

  1. Pilih sayur, makanan atau daging yang tertera dengan jelas label Organik
  2. Cuci di bawah air mengalir untuk menyingkirkan ulat pada sayuran.(nenek aku selalu amalkan rendam sayur dengan air garam. BERKESAN!!!)
  3. Masak sayur pada suhu yang relevan supaya sayur tidak kecut.

Seperti biasa, sumber rujukan adalah dari bahan2 bacaan yang dapat dikongsi bersama. Pilihan organik atau tidak, bnergantung pada anda. 🙂

    1 thoughts on “Erti makanan Organik

    Tinggalkan komen

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.