Makan untuk hidup atau hidup untuk makan

salam untuk semua.. dah banyak hari tak buat catatan disini…

kebelakangan ini ada beberapa kenalan yang tanyakan saya tentang macamana saya turunkan 10kg dalam hanya beberapa minggu… sebenarnya tidaklah terlalu susah atau terlalu sukar… cuma kita perlu ada:-

  1. motivasi
  2. usaha
  3. maklumat
  4. disiplin
  5. senaman

Ini ialah 5 asas yang anda perlu tahu….

  1. motivasi- motivasi datang dari dalam diri sendiri dan dorongan rakan2. motivasi ini biasanya lahir apabila kita sering rasa rendah diri atau kita berdepan dengan masalah kesihatan.
  2. usaha- usaha pula ialah bila kita sudah mengenal pasti komplikasia dalaman dan luaran yang timbul akibat kegemukan. disinilah kita mula berfikir alternatif dan jalan yang perlu kita pilih. salah satau diantaranya mula bersenam @ pilih utk sign up di GYM.
  3. maklumat- merangkumi info @ pengetahuan tentang nutrisi makanan. Banyakkan membaca tentang pemakanan dan jenis senaman yang bersesuaian. Jangan terlalu obses dengan pil diet atau jenis diet dari individu lain. pelbagaikan info dan sesuaikan dengan diri anda. setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza.
  4. disiplin- setelah anda lakukan semua yang diatas, anda kena pastikan yang anda aplikasikan kesemuanya untuk diri anda. didik diri untuk disiplinkan corak pemakanan dan senaman anda.
  5. senaman- pastikan anda mempunyai jadual senaman yang praktikal. sekurang2nya tetapkan 3 @ 4 hari dalam seminggu untuk anda lakukan senaman. sekurang2nya 45 minit untuk setiap sesi.

Anda perlu ingat sentiasa ingat bahawa, pilihan pemakanan yang seimbang amatlah penting. Jangan terlalu obses pada ‘diet’ tidak makan. Diet adalah pemakanan yang seimbang. makan mengikut jadual adalah jalan terbaik untuk jadikan kita berdisiplin berdepan dengan makanan.

Tidak salah juga sesekali memberi ‘reward’ pada diri anda setelah berhempas pulas menjaga pemakanan harian. Cuma satu yang perlu kita sentiasa ingat, kita makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan.

Semoga Tahun Baru ini akan menjadikan kita lebih peka tentang kesihatan diri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: