Susahnya Nak Diet!

Pernah dengar orang mengeluh pasal isu ni? aku sendiri selalu mengeluh pasal isu yang tak berkesudahan ini…

Bagi sesetgh org, xde perlu diet2 pun… atas beberapa sbb seperti genetik atau sememangnya aktif bersukan dari kecil, maka diakdirkan laa badan diorg mmg dah comel… tapi bagi yang jenis2 ‘gebu’ ni laaa yang byk dugaan… aku paham ramai antara yang berada dalam golongan ‘gebu’ ni rasa dah cuba buat macam2 utk kurus… bersenam laaa, jaga pemakanan lah dan ada jugak yang dgn gigihnya sanggup makan pil2. bagus usaha tu tapi masalahnya disini ialah sejauh mana kita konsisten pasal usaha kita tadi… mcm yang aku pernah kata dulu, ramai yang harapkan magic. buat yanga ada di atas dalam masa sebulan, then nak terus langsng mcm beyonce…heheh mana ada magic beb.. lemak2 ni kita dah simpan bertahun beb… boleh tu mmg bleh nak turun berat dgn cepat, tapi korang kena usaha gigih laa…. aku dah berjaya lakukan, aku yakin kawan2 semua pun boleh jugak kan… tak susah tapi kena bersungguh dan kalau gagal capai sasaran, jangan sesekali putus asa.

cari seorang idola dan seorang teman yang boleh dijadikan tempat utk kite berbincang isu2 kcergasan dan diet. anda mesti tahu dengan jelas tentang apa saja diet dan senaman yang anda lakukan.

pernah jugak aku berdepan dgn rakan2 yang kata diorg diet dgn tak makan seharian, pastu pada malamnya makan dengan kuantiti berganda… BAHAYA… lebih baik kita makan sebyk 6 kali secara sederhana dari makan sekali dalam kuantiti yang berganda..

Buat pertama kalinya aku nak kongsi dengan semua satu petua yg aku amalkan dan aku rasa anda pun boleh mencuba jika merasakan sesuai dengan anda… iaitu buat catatan untuk setiap ‘meal’ anda… so kalo dalam sehari tu kita makan 6 kali, so catatkan setiap kali sele[as makan. mudah bukan… catatan seperti ini mampu buatkan kita lebih peka dgn pemilihan makanan harian. anda boleh rujuk Cekodok.com untuk mengira jumlah pengambilan kalori harian anda…

yang pasti buatlah pilihan bijak dalam menentukan hidangan harian anda, pelbagaikan menu makanan anda, suaipadankan dengan keperluan harian anda dan yang paling penting lakukan senaman secara konsisten.

sampai sini dulu… nnt jumpa lagi… daaaa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: