Info Mengenai Vitamin…

Hari ni aku nak share dgn korg info2 pasal vitamin… senang cerita… vitamin2 atau supplement yang aku amik buat masa ni… sepanjang pengambilan dalam tempoh lebih 6 bulan ni, aku rasa mcm ada improvement…

Vitamin C

Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat.  Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine.  Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras “low-density lipoproteins” (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan ” high-density lipoproteins ” (HDL) atau kolestrol yang baik dan juga menurunkan tekanan darah tinggi. Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

Komen – paling ketara, bila gosok gigi, gusi dah tak berdarah. Plus aku rasa kulit makin lebih sihat..haha kalo ada parut tu cepat hilang….

GLA(Gamma Linolenic Acid)

Ia merupakan sejenis asid lemak Omega 6. Untuk pengetahuan kalian sebenarnya tubuh kita mampu menghasilkan GLA. Tetapi didalam tubuh kita ia kenali sebagai acid linoleik . acid linoleik ini boleh dihasilkan jika kita mengambil makanan yang mengandungi lemak tidak tepu didalam diet seharian kita. GLA memainkan peranan penting didalam pembentukan prostaglandin. Prostaglandin ini merupakan bahan penting dalam mengawalatur perembesan hormon. Dengan ini secara tidak langsung, ia juga turut berperanan mengawal proses badan yang normal.

komen – stabilkan hormon… jerawat kurang naik.. bila aku intake utk beberapa hari, jerawat tumbuh mcm dulu.. jd skrg aku akan pastikan GLA ni mesti diambil setiap hari…

Zinc

Zinc adalah mineral penting yang terdapat pada hampir setiap sel. Zinc menstimulasi aktiviti lebih kurang 100 enzim, iaitu substansi yang memberi tindakan biokimia di dalam badan. Zinc diperlukan juga untuk sistem pertahanan badan yang baik, untuk penyembuhan luka, dan diperlukan untuk sintesis DNA. Zinc juga berguna untuk pertumbuhan tubuh yang normal dan perkembangan manusia mulai dari masa kehamilan, anak-anak dan dewasa.

komen – zinc ni aku ambil setiap hari. secara peribadi, aku rasa zinc ni byk membantu aku mempercepatkan penyembuhan otot selepas dari marathon. zince ni juga aku rasa dh byk membantu mengurangkan rambut gugur… itu komen peribadi aku laaa🙂

Folik Asid

Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan “anxiety”.

komen – baru je mula ambil dalam amsa 2 mingggu… progress baik…

jadi inilah yang perlu aku ambil setiap hari… kalo dulu aku takut tgk org telan pil2 ni.. tapi sekrang aku pun telan pil2 ni..heheh sekali telan 5-8 biji..hahah mcm fear factor jer..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: