Energizer Night Race 2010….

Salam… Posting kali ni berkisarkan tentang pencapaian pertama aku dalam marathon… Pada mulanya aku sendiri agak tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri.. Ingat lagi ketika kali pertama aku jalani latihan marathon di Bukit Tunku pada bulan Januari. Keadaan berlari diatas mesin di gym dan di jalan raya sangatlah berbeza… Latihan pertama aku ketika itu, aku berlari untuk 12km… masa yang dicatat ketika ialah 1 jam 50 minit… satu pencapaian yang agak perlahan, tetapi sifu aku kata utk beginner boleh dimaafkan… haha

Latihan diteruskan setiap minggu… 2 hari berlari di gym dan 1 kali di sekitar bukit tunku… latihan yang intensif ini agak memberi sedikit tekanan pada permulaan… untuk menyesuaikan diri dengan rutin sebegini, kesabaran sgtlah diperlukan.. Disiplin juga sgt diperlukan… Tak lupa juga amalan pemakan yg seimbang perlu sentiasa diberi perhatian supaya berat badan tidak turun mendadak. pada permulaan mmg berat aku turun tetapi setelah aku jaga pemakanan, semuanya kembali ok… tips pemakanan tu dalam post akan datang ok..🙂

Dipendekkan cerita, aku pun dah berjaya sertai Energizer Night Race 2010… Catatan masa ialah 2 jam 18 minit…. bukanlah catatan yang terbaik tapi akan diperbaiki utk masa hadapan…. BAgi seorang yang tidak pernah menyertai apa2 pertandingan sukan seumur hidup, penyertaan pertama ini sgt bermakna… terima kasih utk sokongan dr semua…

Yang paling penting restu dari emak utk aku melibatkan diri dalam aktiviti ini… Restu dia tu yang buat aku bersemangat terus berlari… mungkin dia pun dah tak sanggup tgk aku OBES! Selamat Hari Ibu utk Emak!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: