Percaya Pada Kemampuan Tubuh Anda

Kali terakhir saya menulis kira2 setahun yang lalu. Kewujudan Facebook sememangnya mempengaruhi kecenderungan menulis blog semakin berkurangan. Tapi bila tgk status pelawat ke blog ini yang sentiasa ada walaupun tak ramai, jadi apa kata kalau saya berkongsi lagi apa yang boleh dikongsi.

Bila pertama kali saya tergerak untuk ‘sign up’ gym. Perkara pertama yang ada di minda masa itu ialah nak kurus. Mudah dan ringkas saja bunyinya. Tetapi untuk melakukan langkah2 untuk kurus itu tidak lah semudah berkata. Persoalan disini, adakah kurus itu sihat? Gemuk itu sakit? Atau badan berketul2 itu benar2 kuat dan cergas serta sihat?

Mentaliti masyarakat kita secara umumnya mengatakan gemuk itu tidak sihat. Mungkin benar. Kerana gemuk itu mungkin akan menyumbang kepada pelbagai gejala penyakit. Kenapa kegemukkan ini berlaku? Puncanya mudah. Pengambilan makanan yang berlebihan dan 1001 alasan untuk mengelak dari bersenam. Bagaimana kita mampu membantu mengubah persepsi ini? Setiap individu perlu ada kesedaran betapa pentingnya menjaga tubuh kita. Tubuh badan kita adalah kurniaan terbaik dari Tuhan. Menjadi tanggungjawab kita menjaga ia sebaiknya. Kadang2 terfikir juga kenapa guru2 agama ketika disekolah tidak memberi penekanan kepada pelajar betapa pentingnya untuk menjaga tubuh badan kita. Ia juga adalah anugerah dari Tuhan yang perlu dijaga sebaiknya. Memilih untuk memakan apa saja tanpa sebarang kawalan, samalah juga seperti anda mengambil barang2 terlarang kepada tubuh badan anda. Cuma perjalanan penyakit akan datang dengan cara yg berbeza.

Ada juga dikalangan umum yang suka memberi alasan kesibukkan kerja dan jadual harian sebagai alasan untuk tidak bersenam. Tetapi boleh pula habiskan masa berjam2 hingga lewat malam di kedai mamak. 30 – 60 minit senaman anda mampu memberi impak jangka masa panjang yang sangat baik kepada tubuh badan kita.

Mengimbas 3 tahun lalu ketika aku menyertai gym. Tak pernah terlintas pun satu hari nanti aku mampu melakukan banyak perkara yang berbeza dan aku rasa jauh lebih baik dari mereka yang kononnya sangat aktif ketika dulu. aku mengubah hidup dari seorang yang sangat tidak aktif. Aku pernah diketepikan beberapa kali untuk pelbagai aktiviti. Atas alasan GEMUK! Aku bersyukur kerana berjaya buktikan walaupun aku gemuk satu ketika dulu dan aku bukan lagi gemuk di usia sekarang.

Kepada mereke yang merasa diri anda gemuk. Janganlah malu untuk bersenam. Anda perlu ubah diri anda. Kita perlu akui bahawa gemuk itu boleh mengundang pelbagai komplikasi kepada tubuh badan kita. Tidak bermakna kita perlu rasa rendah diri kerana kita gemuk. sebaliknya kita bersenam untuk menjaga kesihatan. Janganlah berpura2 bahawa anda gembira dengan badan anda yang gemuk dan terus memilih untuk makan sesuka hati. Jika itu pilihan anda, rugilah hidup anda kerana tidak menyayangi tubuh anda sebaiknya. Selagi kita bernyawa, tubuh kita adalah kekasih setia yang selalu bersama dalam apa jua keadaan. Jika anda putus kasih dengan tubuh anda, maka…. selamat jalanla kedunia lain..hehhehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: