Solo Traveler & Cara Dapat Tiket Murah

092

Kenapa solo? Selamat tak? Seronok tak? Berikut merupakan persoalan yang sering dipersoalkan setiap kali Hafiz cakap pergi sorang. Jawapan yang paling simple nak bagi ialah, BEST! Kat sini Hafiz akan explain kat korang serba sedikit pengalaman perjalanan solo Hafiz ok.

IMG_2521(1)

Perjalanan secara solo ni memang tidaklah semudah secara berkumpulan.. Suka atau tidak, perancangan adalah perkara wajib sebelum bermula perjalanan. Banyak benda yang perlu dipelajari sebelum kita sampai ke destinasi. Banyak rujukan dan bacaan tentang destinasi yang kita nak tuju. Dalam erti kata lain, ‘maps’ negara tu kena ada dalam otak. Sebab apa? Sebab dari situ kita boleh rancang apa yang nak dibuat. Tapi tak payah lah stress hafal maps macam nak exam geografi tu.

Bermula pada sekitar bulan May 2015, Hafiz dah mula buat perancangan untuk percutian hujung tahun. Masa tu dalam fikiran Hafiz cuma mahu ke satu destinasi yang luar dari Asia.. So masa tu boleh kata tiap-tiap minggu Hafiz akan buka skyscanner @ http://www.expedia.com. Cuba-cuba nasib mana negara yang ada tiket murah. budget masa tu ialah RM2000 ke bawah sahaja.

IMG_2638(1)

Sasaran awal tu ialah Australia. Memandangkan dah pernah sampai Sydney sebelum ni secara solo, rasanya macam nak buat ‘train ride’ dari Darwin – Sydney atau Perth – Sydney. Tetapi harga tiket masa tu macam tak berapa nak memberansangkan. So sabar jer lah sambil-sambil tengok destinasi lain. Sesekali cuba nasib untuk Paris atau London.. Nak dipendekkan cerita, akhirnya ternampak lah satu deal yang sangat best dalam Expedia. KL – Paris. Cer teka berapa? he he he hanya RM1,800 untuk KL – Paris & Paris – KL. Berkali-kali jugak Hafiz tengok harga masa tu dan pada awalnya aga kurang yakin dengan credibility Expedia. Tapi lepas dah balik ni, mmg Hafiz recommend kalau nak travel mana-mana tu boleh try cek dalam Expedia . Untuk dptkan tiket murah ni, Hafiz sarankan korang rajin-rajinlah buat homework cari tiket.

Selamat mencari tiket ya dan terima kasih membaca posting Hafiz kali ni. Dalam posting akan datang, Hafiz akan share panduan/tips solo traveler.

IMG_2619(1)

 

Kembali menulis.

IMG_2805(1)

Kali terakhir saya menulis di blog ini ialah kira-kira 8 tahun lalu. Iaitu satu tempoh yang agak lama. Faktor seperti kewujudan Facebook & Instagram dilihat sebagai penyumbang kepada tidak menulis blog ini.

Pastinya setelah 8 tahun tidak menulis, perkongsian dan corak penulisan kali ini pastinya lebih berbeza. “Content” yang lebih matang dan lebih komprehensif. Merangkumi ‘travel’, fitness, makanan/resepi dan banyak lagi. Yang paling penting tujuan penulisan akan datang adalah menjurus perkongsian positif untuk semua.

Terima kasih. 🙂