Pengalaman ke Hatyai dengan ETS

Hatyai. Kali ni Hafiz nak share pengalaman Hafiz dan rakan-rakan ke Hatyai. Sapa kata tak boleh travel dengan budget yang kecil. Jom baca perjalanan Hafiz ke sana.

IMG-20171007-WA0001 (1)

Hatyai ni merupakan antara destinasi pilihan orang Malaysia. Kaya dengan kepelbagaian pilihan makanan halal dan murah. Bestkan… Untuk ke Hatyai ni korang boleh pilih nak naik train atau bas. Bas adalah pilihan paling murah dan senang sebab ada banyak bas yg sediakan perkhidmatan terus dari Terminal Bersepadu Selatan ke Hatyai. Tapi disebabkan kawan-kawan Hafiz ni tak pernah naik train/ets so kitaorang decide naik ETS/train.

Tambang ETS dari KL Sentral ke Padang Besar ialah RM79. Hafiz nasihatkan korang beli tiket sebulan lebih awal untuk mengelakkan tiket sold out untuk masa yang anda mahukan. Tiket boleh dibeli di kaunter KTM ataupun di laman web EasyBook.

ETS ni punctual tau. Jadi sila berada ditempat kejadian tepat pada waktunya. Kami bertolak pada jam 11.22pm. Dalam ets ni ada cafe kecil yang terletak di Coach C. Boleh lah nak beli air panas atau makan sekadar alas perut. Perjalanan mengambil masa 5 jam. Kami tiba di Padang Besar sekitar 5 pagi. Jika anda mahu teruskan perjalanan ke Hatyai dengan cepat, ada servis “coach” atau van yang ada disitu. Train ke Hatyai ni cuma ada dua trip sehari. Train pagi yang kami ambil ni jam 9 pagi. Sempatlah subuh dan sarapan di cafe yang ada di Stesen Padang Besar tu. Tiket train ke Hatyai ni cuma 100baht. Memandangkan stesen ni terletak dalam kawasan Malaysia, duit RM pun dia terima.

Kami tinggal di hotel The Red Planet yang harganya lebih kurang RM130 sehari. Hotel ni terletak di pekan Hatyai. Boleh jalan kaki dari stesen Hatyai. Dalam 10 minit jalan kaki. Selesa, bersih dan ruang yang agak luas dalam bilik dengan harga yang dibayar. Hotel ni dulunya Tune Hotel. Very basic unit tapi kami puas hati. Di sekitar hotel ni terdapat beberapa kedai makanan halal. Kebanyakkan orang disini boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Di Hatyai ni attraction dia jauh sikit dari pekan, jadi anda perlu gunakan Tuk Tuk lah untuk bergerak. Harga tuk tuk di sini tak semahal macam di Bangkok.

Kami ke sana 3 hari je. Hafiz listkan tempat-tempat yang kami sempat pergi:

  1. Khlong Hae Floating Market : Ni memang ah wajib pergi sebab makanan kat sini sedap, murah, banyak pilihan dan yang paling penting yang jual atas boat tu semua halal.
  2. Asean Trade Bazar :best jugak. Ada jual baju-baju semua tu. Tapi kitaorg terus pergi food court jer. Serious makanan kat sini pun sedap jugak dan banyak kedai yang halal.
  3. Hatyai Municipal Park
  4. Chang Puak Camp Hat Yai
  5. Night Market Hatyai
  6. Lee Garden Plaza : Terdapat pelbagai  gerai makanan halal di sekitar. Ada satu gerai jual nasi lemak sambal lada hitam. Serious sedap 🙂
IMG-20171010-WA0026
Dalam tuk tuk untuk ke Floating Market
IMG-20171010-WA0027
Floating Market
IMG-20171010-WA0028
Floating Market
IMG-20171010-WA0018
Asean Nigt Bazar
IMG-20171010-WA0014
Hatyai Municipal Park
IMG-20171010-WA0008
Chang Puak Camp

IMG-20171010-WA0019

Kami pergi tempat-tempat yang masuk percuma jer. Cuma makanan yang nak masuk dalam perut tu kenalah bayar ya. Sedikit tips utk ke Khlong Hae Floating Market ianya dibuka dari Jumaat – Ahad. Tambang tuk tu sekitar 200baht.

Dari Hatyai, kami tempah taxi untuk ke Padang Besar sebab semua dah kepenatan. Tambang untuk satu taxi tu dalam 800baht. Oklah untuk 4 orang dan kami semua dah penat berjalan. Untuk ke stesen keretapi Padang Besar, kami perlu melalui imigresen Thai & juga Imigresen Malaysia. Kena berjalan lah sikit.

IMG-20171010-WA0004
Ni lah keadaan di depan imigresen Thai. Kena jalan sikit untuk ke Imigresen Malaysia. Harap bersabar 🙂

Hatyai ni satu destinasi yang simple tapi sangat memuaskan hati. Mungkin sebab enjoy makan makanan yang sedap dengan harga yang murah.

Oklah semua.. nanti Hafiz share lagi ok.

Kalau korang suka posting ni, bolehlah belanja Hafiz minum kopi di link di bawah ni ya. Apa2 pun perkongsian ni dapat bantu memudahkan perjalanan korang ya…. 

20190213_153901_0001

 

Tips Memilih Hostel

685
Code Hostel Edinburgh

Hi korang. Dalam posting ni Hafiz nak share panduan pilih hostel bila travel. Bukan hostel / asrama sekolah tu ya..he he he

Ada pelbagai pendapat mengenai hostel ni. Ada yang pilih hostel sebab budget, boleh tambah kenalan dari serata dunia, kemudahan yang disediakan, lokasi dan macam-macam faktor lain. Sekarang ni dah banyak hostel yang lawa dengan harga berpatutan. Kebiasaannya bagi Hafiz, bila nak pilih hostel ni bergantung kepada keperluan pecutian tersebut. Jadi kali ni Hafiz nak share serba sikit tips dan pengalaman nak pilih hostel.

Lokasi

Ini merupakan antara perkara paling utama dalam membuat pemilihan tempat tinggal ketika bercuti. Jika anda tersilap membuat pilihan, anda mungkin perlu mengeluarkan lebih belanja untuk digunakan untuk pengankutan. Jadi buatlah pilihan dengan tepat. Kebiasaanya Hafiz akan memilih lokasi yang dekat dengan kemudahan pengankutan awam dan tidak terlalu jauh dengan pusat bandar.

387

Harga

“Cheaper is not always better”. Kebiasaan hostel yang terlalu murah ni keadaan bilik dan tandas agak kotor, tempat tidur yang tidak selesa dan banyak lagi. Hafiz pernah terkena di London. disebabkan tertarik dengan harga £10 tanpa berfikir panjang, Hafiz pun book lah. nasib baik solo trip masa tu Hafiz buat impromptu booking. So book satu malam je. Situasi di bilik tu sangat memeranjatkan. Bayangkan katil 3 tingkat. ya 3 tingkat. Bilik yang agak sempit dan ada satu tingkap kecil. Tapi kalau ada memang tidak kisah dan mempunyai budget yang agak terhad mungkin boleh cuba. 🙂

 

Review

Ambil sedikit masa anda untuk membaca komen atau review dari pengguna lain berkenaan hostel tersebut sebelum anda membuat keputusan membuat tempahan.

2616
View dari balcony 5footway Inn, Boat Quay Singapore

Free Internet

Sangat penting jika anda bercadang untuk berjimat dan tidak bercadang untuk membeli sim kad tempatan. Tidak dapat dinafikan kepentingan internet untuk solo traveler. Hotel, flight dan bas juga boleh di tempah secara talian.  Saya biasa gunakan waktu sebelum tidur untuk membuat perancangan keesokan harinya, Disinilah ‘high speed internet’ menjadi sangat penting dalam memastikan anda dapat membuat perancangan yang cepat dan mudah.

Lockers

Hostel yang baik juga biasanya menyediakan lockers untuk kemudahan anda menyimpan barangan berharga anda. Ada hostel yang pernah Hafiz pergi yang ada lockers sebesar luggage beg.. memang best 🙂

329
Dorm di Astor Queensway Hostel, London

Knowledgeable Staff

Ini merupakan antara kriteria yang agak penting bagi solo traveler. Bila kita travel seorang ke tempat asing, banyak persoalan yang akan timbul. Nak makan kat mana, nak pergi mana, nak buat apa…. maka disinilah mereka dapat membantu. kadang-kadang ada benda yang encik google tak boleh bantu… iaitu ‘human touch’.

Buat Tempahan

Yang paling penting ialah jangan lupa buat tempahan. Jangan terlalu stress dalam membuat pilihan. Just enjoy the journey.

802

Selamat bercuti!