Tips Kekal Aktif di Bulan Puasa

Gelas-Air-bersih.jpgBagaimana untuk kekal cergas di bulan puasa? Takkan kita nak nampak pucat lesu hanya kerana berpuasa… Ada pelbagai pendapat yang Hafiz pernah dengar. Tak pasti kesahihannya. Kadang2 tips yang orang bagi atau kita baca di internet ni kena cuba kat diri sendiri baru tau ok ke tak.

Bagi Hafiz cara yang paling berkesan untuk kekal cergas ialah bersahur. Dan dilewatkan sahur sampailah menghampiri waktu imsak. Kena rajin lah sikit bangun awal pagi untuk sahur tu. Kat bawah ni ada tips2 yang korang boleh cuba ya.

  1. Mengambil makanan TINGGI SERAT semasa sahur. Makanan tinggi serat ni membantu kita kenyang lebih lama. Contoh makanan tinggi serat ialah whole grain(roti/pasta), beras perang, kekacang, oatmel, berries, epal hijau.
  2. Protein. Ini merupakan sumber wajib untuk diambil ketika sahur. Protein ni membekalkan tenaga untuk kita. Contoh sumber protein ialah telur, daging, soya, ikan dan banyak lagi. Tapi perlu diingat untuk diambil pada kadar yang berlebihan.
  3. Lemak Baik. Sumber lemak baik ini terdiri dari avocado, kekacang, mentega kacang, buah zaitun & minyak zaitun. Lemak baik ini membantu kita untuk kenyang lebih lama. Elakkan makanan yang bergoreng ketika sahur.
  4. Buah-buahan dan Sayuran. Sebaiknya mulakan sahur anda dengan buah diikuti makanan2 yang lain berserta sayur.
  5. Air. Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya 2 geas air ketika sahur.

Yang paling penting Hafiz nasihatkan korang bersederhana ketika sahur. Jangan berlebihan. Kalau ada masa 30 minit sebelum berbuka boleh lah bersenam sedikit untuk membuatkan anda kekal aktif.

Senarai Buffet Ramadan 2018

Buffet Ramadhan! Semakin hari semakin ramai yang mendapat kesedaran untuk tidak membazir di Bulan Ramadan ni. Cuma kadang2 kita memilih untuk berbuka diluar atau hotel pilihan atas dasar untuk bersama dengan rakan-rakan. Disini Hafiz senaraikan hotel, harga dan contact no untuk korang buat tempahan.

  1. Concorde KL : RM148nett : +603-21442200
  2. Mandarin Oriental Hotel KL : RM188 : +603-21798881
  3. Royal Chulan  Bukit Bintang Hotel : RM98nett : +603-21479898
  4. Hotel Istana KL : RM155nett : +603-21419988
  5. Sime Darby Conv Ctr : RM99 : +603-20893799
  6. Seri Pacific Hotel KL : RM98 : +603-40494351
  7. Coffee House, Sunway Putra KL : RM128 : +603-40409888
  8. KL Tower : RM128 : +603-20205444
  9. Paya Serai Hilton PJ : RM189 : +603-79559122
  10. Aloft KL Sentral : RM138nett : +603-27231188
  11. Vasco’s Hilton KL : RM188nett : +603-22642264

Ni sebahagian yang Hafiz ada info. Nanti kalau ada lagi Hafiz update korang ya.

 

Nasi Lemak Terbaik di Kuala Lumpur

Nasi Lemak! Sapa yang tak suka nasi lemak kan. ada yg suka rasa santan banyak, ada yang suka kurang lemak. Selera masing-masing tak sama kan. Posting kali ni Hafiz nak kongsi pendapat peribadi Hafiz tentang nasi lemak paling best di KL. Segala pendapat yang Hafiz kongsi dalam ni adalah pendapat peribadi. So kalau korang ada pendapat nak share jugak, jangan malu2 tinggalkan di ruang komen di bawah ya…

  1. Restoran Village Park : Restoran ni terletak di no 5, Jalan SS 21/31, Damansara Utama. Waze kan je untuk ke lokasi ni ok. Rasa sambal dan ayam goreng ni memanglah sangat terbaik. Rendang kat sini pun sedap. Korang boleh jugak cuba lontong VP ni… Sedap jugak… cuma kalau pergi ke Village Park ni kena banyak bersabar sikit sebab nak kena tunggu tempat kosong ya.thumb_600
  2. Nasi Lemak Wanjo, Kg Baru KL : Hafiz suka sambal sotong disini. Sambal dia menepati cita rasa saya. Nasi lemak pilihan jika Hafiz ke Kg Baru.Nasi_Lemak_Wanjo_Big.jpg
  3. Nasi Lemak Tanglin : Kedai ni terletak di Kompleks Makan Tanglin. Senang je nak cariNi pun favorite saya jugak. Ada satu masa tu dulu tiap2 minggu lepas run kat Lake Garden, Hafiz akan singgah breakfast disini. Seperti kedai2 nasi lemak lain, korang memang kena beratur untuk makan disini.
  4. Nasi Lemak Rindu Pantai Dalam : Lepas cuba mesti terindu nak makan lagi. Secara jujur saya memang suka nasi lemak yg dibungkus kecil2 ni. Walaupun tak cukup sebungkus tapi mcm kurang rasa bersalah sbb tak nampak sangat makan banyak…heheh nasi lemak rindu ni buka dar petang sampai lewat tgh malam.
  5. Nasi Lemak Pak Nasser Air Asia : he he he Sorry yang ni memang kena masuk list sebab bila naik Air Asia, tak sah kalau tak order nasi lemak ni. Terbaik. Pak-Nassers-Nasi-Lemak.-Image-from-airasia.com_

Apa apa pun macam Hafiz cakap dari awal, ni semua hanyalah pilihan peribadi. Selera tak sama. Kalau korang ada tambahan, boleh lah share dibawah. Nanti saya nak cuba jugak. Tunggu next posting ya.

Tips Makanan Halal di Bangkok

Bangkok. Semakin hari menjadi destinasi paling popular dikalangan orang Malaysia. Jadi Hafiz ingin berkongsi tips mencari makanan halal di Bangkok dalam posting kali ni.

Hafiz rasa tak perlulah diperincikan definasi makanan halal itu sebab Hafiz yakin korang diluar sana lebih ‘expert’ bab halal ni kan. Rasanya tak lah susah nak dapatkan makanan yang Halal di Bangkok sekarang. Setelah beberapa kali ke Bangkok, ramai yang tanya pasal makanan halal ni. So untuk posting ni Hafiz akan senaraikan tempat yang sesuai korang pergi ok.

Chatuchak Market 

Ni antara destinasi wajib kalau orang ke Bangkok. Memang best shopping disini. Dah penat shopping tu boleh terus g makan kat situ jer. Cari Clock Tower. Di sekitar situ terdapat kedai-kedai yang menjual makanan halal. Yang paling famous ialah Saman Islam. Harga makanan yang dijual disitu bermula dari 50baht. Chatuchak ni dibuka Sabtu – Ahad sahaja.

chatuchak
Clock Tower yang terdapat di Chatuchak Market

Yana Restaurant, MBK Shopping Centre

Untuk sampai kesini, korang perlu menaiki BTS Skytrain dan turun di station National Stadium. Terus ke tingkat 5. Cari ‘international food court’. Korang boleh dapat pelbagai pilihan makanan halal disitu. Berdepan dengan food court ni korang akan nampak Yana Restaurant. Antara pilihan saya jika kesini kerana rasa dia lagi sedap dari makanan di food court tu..hehehe harga makanan disini bermula dari 100Baht ke atas. Agak mahal, tapi makanan disini dijamin halal & rasa pun sedap.

Sara Restaurant, Nuovo City Hotel

Restaurant ni terletak di Nuovo City Hotel. Hotel ni terletak di Samsen Soi 2, Khaosan Road. Satu-satunya hotel yang patuh syariah di tgh Bangkok ni. Anda boleh makan tanpa was was disini. Staf2 dia pun majoriti muslim. Hafiz tak pernah stay kat hotel ni tapi setiap kali ke Bangkok mesti ke Sara Restaurant ni. Padthai & Tomyam dia memang terbaik. Harga lebih kurang macam di Yana Restaurant juga. Sejak ada GRAB ni, tak susah pun nak ke lokasi ni. Anda cuma perlu letakkan nama Nuovo City Hotel tu je.

cof
Pad Thai
cof
Tom yam
cof
tak igt apa nama menu ni..hehhe

EaThai Food Court, Central Embassy

Seperti food court yang lain di Bangkok, memang susah nak cari makanan yang halal. Tapi di sini korang boleh jumpa satu stall yang sediakan makanan halal. Suasana food court ni pun sangat bersih dan tak terlalu ramai. Harga pun lebih kurang macam Yana & Sara Restaurant.

sdrcof

Ratchada Train Market, Bangkok

Ni satu lagi tempat korang boleh dapatkan makanan street food yang halal. Biasanya penjual muslim ni akan letak logo Halal kt kedai dia dan kebykkan dari peniaga muslimah ni bertudung. Ada macam2 yang boleh korang cuba. Harga bermula dari serendah 10baht. Untuk ke sini, korang kena naik MRT, turun di stesen National Cultural Centre. Market ni terletak di belakang Esplanade Shopping Mall.

cof
Seafood Tom Yum Noodle, 100Baht
sdr
Satay Ayam Thai style ni, 10Baht
sdr
Thai Dessert

sdr

Sebenarnya kat Bangkok ni dah banyak street food yang halal. Tak susah. Cuma kena mencari sikit lah. Oklah sampai sini dulu perkongsian Hafiz. Nanti ada masa Hafiz tambah lagi info2 yang berkaitan ya.