Makanan Halal di Singapore

Dalam posting sebelun ni, Hafiz dah janjikan nak share lokasi makanan halal yang sedap & murah. Sebenarnya tak susah untuk korang dapatkan makanan yang murah dan sedap ni. Seperti kita sedia maklum, kat Singapura ni pun ramai orang melayu yang beragama Islam. Jadi untuk mencari makanan halal bukanlah satu masalah besar. Untuk lebih menjimatkan perjalanan food hunting ni, korang boleh lah beli Singapore Tourist Pass(STP) tu. Semua kedai makanan halal yang Hafiz senaraikan ni terletak dekat dengan stesen MRT.

Seah Im Food Centre

Secara peribadi, ni food court pilihan Hafiz untuk trip kali ni. Harga makanan & minuman disini bermula serendah S$1. Food court ni simple tapi ada pelbagai pilihan makanan halal. Dari mee rebus, mee goreng, pad thai, murtabak, nasi beriani dan banyak lagi lah.


sdr

Setibanya korang di stesen MRT Harbour Front, cari pintu A(Exit A). Jalan lebih kurang 3 minit dan anda akan tiba di Seah Im Food Centre ni. Senang je.

Restoran Encik Tan, Vivo City 

Encik Tan merupakan rangkaian terbesar makanan Halal yang berkonsepkan street food di Singapura. Terdapat pelbagai menu halal chinese food disini. Mendapat sijil HALAL dari Majlis Ugama Islam Singapura(MUIS). Pilihan seperti, wantan mee, nasi ayam & banyak lagi dengan harga dalam lingkungan S$3 – S$10. Encik Tan juga menyediakan tempat yang selesa & didalam Vivocity Mall.

cof
Sepinggan penuh ni S$5.

Restoran Encik Tan ni terletak betul2 dihadapan stesen MRT Harbour Front. Jadi bila anda keluar stesen nak masuk ke Vivocity, memang akan nampak. Sangatlah senang nak cari.

Golden Mile Food Centre, Beach Road

Satu lagi food court yang korang kena cari di Singapura ni ialah Golden Mile Food Centre. Seperti di Seah Im Food Centre, pelbagai juadah makanan Halal korang boleh dapat kat sini. Bahagian makanan Halal ni terletak kat bahagian bawah food court ni.

Hafiz tak sempat nk cuba pelbagai hidangan sebab kunjungan kali ni masa yang agak terhad. InsyaAllah next visit kita cuba yang lain pulak. Stesen MRT terdekat ialah Nicoll Highway MRT.

Sekian dulu perkongsian kali ni. Kalau korang ada suggestion, boleh komen kat bawah. InsyaAllah nnt hafiz cuba.

 

2 thoughts on “Makanan Halal di Singapore

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.