Cara Untuk ke Pusat Bandar Bangkok Dari Suvarnabhumi Airport

MAS.jpg

Jika ini merupakan kali pertama korang menjejaki kaki ke Bangkok, posting kali ni mungkin dapat membantu memudahkan perjalanan korang. Ada pelbagai jenis pilihan untuk korang gunakan. Jarak dari Suvarnabhumi Airport ke pusat bandar Bangkok ialah lebih kurang 30km.

Airport Rail Link

Airport-link.jpg

Ini merupakan pilihan yang paling cepat. Tetapi bergantung kepada lokasi hotel korang jugak lah nanti. Untuk memudahkan perjalanan korang, pilih lah hotel/hostel yang dekat dengan stesen train/BTS/MRT. Train station ni terletak di Basement B.

Masa Perjalanan : 25 – 30 minit

Kos : 45 baht

Masa perkhidmatan : 6.00pagi – 12tghmalam setiap hari

Grab/Teksi

thailand-taxis-app-e1470251525498.jpg
photo credit packthailand.com

Pilihan paling mudah untuk ke hotel penginapan korang. Cuma seperti kita sedia maklum dengan kesesakan lalulintas di Bangkok, korang mungkin akan mengambil masa lebih dari 1 jam untuk tiba ke hotel/hostel.

Masa Perjalanan : 40 – 1 jam(bergantung pada traffic)

Kos : Anggaran 350baht – 500baht

Masa perkhidmatan : 24 jam

Public Van

bangkok-airport-public-van-860x573.jpg

Ini merupakan perkhidmatan paling murah yang boleh korang cuba. Korang boleh tunggu Public Van ni di Pintu 1 & Pintu 8 yang terletak pada Aras 1.

Masa Perjalanan : 45 – 55 minit (bergantung pada traffic)

Kos : 40 baht

Masa perkhidmatan : 5.00pagi – 10.00malam

Harap panduan ni dapat membantu korang buat pilihan & rujukan perjalanan nanti.

 

 

Best Street Market di Bangkok

cof

Dalam posting ni Hafiz nak share best street market yang korang boleh pergi bila di Bangkok. Di buka setiap hari berkerja dari Isnin hingga Jumaat. Ditutup Sabtu, Ahad & cuti umum.

Nama pasar ni ialah La Lai Sap Market Silom Soi 5. Pasar ni terletak di antara bangunan pejabat & hotel di Silom Road & Naradhiwas Road. Stesen BTS terdekat dengan pasar ini ialah Chong Nonsi. Cari exit BTS yang menuju ke Hotel I residence atau Heritage hotel. Turun disitu dan jalan ke arah Silom Road. Kalau confuse, tanya je orang sekelining tu yang korang nak ke La Lai Sap Market.

sdr

cof

cof

sdr

cof

Memang best cuci mata kat sini. Ada pelbagai jenis makanan yang menjadi pilihan orang tempatan. Harga pun jau lebih murah. Cuma tak banyak pilihan makanan yang Halal disini. Tapi semakin hari semakin bertambah peniaga beragama Islam disini. Jadi korang tengok2 lah sendiri bila di sana nanti ok.

 

Trip Budget ke Singapura dalam 24 Jam

36904164_236298483675838_984385884105211904_n

Percaya tak kalau Hafiz kata kita boleh buat percutian budget ke Singapura? Ya boleh. Dan cuma ambil masa dalam masa 24 jam.  Misi yang kita semua boleh buat dan pastinya boleh jimat banyak kalau sekadar korang nak rasa pergi ‘oversea’ dalam masa yang singkat dan budget yang terhad. Ok budget travel ni RM400. Ya RM400.

Memandangkan ini adalah budget trip, Hafiz akan list kan korang tips2 tempat yang murah dan lokasi yang korang boleh pergi dengan percuma.

First of all, korang boleh beli tiket bas kat EasyBook.com . Hafiz suggest korang select destinasi untuk turun di Singaoura ialah Golden Mile Complex (GMC). GMC ni lokasi dia terletak dekat dengan area Arab Street. Kenapa GMC? Sebab kebanyakkan bas yang turun kat sini ialah bas2 budget yang menawarkan harga serendah RM45. Hafiz dapat harga tiket pergi dan balik RM90. Harga tiket ni berbeza2. So korang pilih lah sendiri nanti mana bas yang korang nak. As long bas tu turun kat Golden Mile Complex should be ok. Pastikan tiket balik korang nanti pun dekat Golden Mile Complex juga.

Hafiz naik bas 1.00pagi dari TBS. Kebanyakkan bas express ni akan melalui Tuas(Second Link) untuk memasuki Singapura. Korang kena naik turun 2 kali lah untuk melalui imigresen ni. Awal pagi biasanya semua berjalan lancar dan cepat. Hafiz sampai di Golden Mile Complex lebih kurang 6 pagi. Ok dari sini, korang boleh berjalan ke Masjid Sultan dan bolehlah solat subuh disini.

Sedikit tentang Masjid Sultan ni, dibuka pada 1928 di Kampung Glam. Masjid Sultan telah diisytiharkan oleh Kerajaan Singapura sebagai monumen kebangsaan pada 14 Mac 1975.

MS_Reno-For-Web_0002
Photo credit : sultanmosque.sg

Dekat sekitar mesjid ni ada banyak kedai2 muslim. Jadi boleh lah korang breakfast di sini. Anggaran harga makanan untuk sarapan disini sekitar S$5. Hafiz tak sarapan disini sebab dah bawa roti dari KL. Jimatlah sikit. Ingat ni trip budget.

Dari Masjid Sultan ni korang boleh terus jalan ke MRT Bugis station untuk dapatkan pas Singapore Tourist Pass. Harga 1 day pass ni S$10(RM30). Dalam perjalanan korang nak ke MRT Bugis ni, boleh la singgah kat Duo Galleria untuk ambil gambar bangunan yang cantik ni.

37013414_2084059181860904_7045519800386191360_n
Duo Galleria

Hafiz cadangkan korang naik MRT terus ke Harbour Front MRT untuk ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Sentosa. Nama asal Pulau Sentosa ni ialah Pulau Belakang Mati. Keluar dari Harbour Front MRT ni, korang akan masuk ke Vivo City Mall. Ada 3 cara untuk ke Pulau Sentosa ni. Pertama naik monorel S$4, kedua bas RWS S$1 dan ketiga jalan kaki melalui Sentosa Boardwalk. Kalau rasa nak jimat, jom lah jalan kaki. Sebahagian laluan jalan kaki niada disediakan travelator mcm dlm gambar kat bawah ni. Siap ada bumbung & aircond. Sangat selesa.

sentosa-boardwalk-automated
photo credit : rwsentosablog.com

Korang boleh jalan2 dalam Sentosa ni secara percuma. Memang cantik. Macam2 yang korang boleh buat dengan percuma. Cuma kalau nak buat aktiviti2 macam naik cable car semua tu kena lah bayar. Jalan kaki pusing2 ada percuma. Yang menarik perhatian Hafiz ialah pantai buatan manusia disini. Cantik.

Siloso-Beach-Bridge_1467723393.jpg
photo credit : touristtube.com

Lepas korang dah penat jalan kaki dalam Pulau Sentosa, korang boleh balik makan di Vivo City atau food court di luar Harbour Front MRT ni. Boleh refer posting sebelum ni.

1530957486717
Mee goreng & Kopi ais ni S$5.

Destinasi berikut ialah naik MRT menuju ke City Hall MRT. Dari stesen City Hall ni bolehlah korang memulakan perjalanan ada ke beberapa destinasi penting di Singapura ni. Antaranya National Gallery Singapore dan Esplanade.

36750782_211704559487670_5147675951030599680_n

National Gallery Singapore(NGS) ni di buka kepada umum. Ada kawasan yang berbayar & ada yang percuma, so kalau tak nak bayar pun korang still boleh explore sebahagian besar ruang di dalam NGS ni.

venuehire-outdoor-spaces-02
photo credit esplanade.com

Dari NGS, korang boleh jalan ke Esplanade ni. Satu lagi tip percuma yang korang boleh explore ialah untuk naik ke rooftop Esplanade ni. Dari rooftop ni korang boleh nampak skyline Singapore. Cantik untuk korang ambil gambar. Untuk posting ni Hafiz copy paste gambar org lain sebab tak jumpa folder gambar Esplanade ni.

Dari Esplanade ni korang boleh terus jalan ke Marina Bay Sands. lebih kurang 15 – 30 minit berjalan bergantung tahap kelajuan korang. Eh kejap, sebelum korang ke Marina Bay Sands tu, dekat depan Esplanade ni ada jambatan untuk korang ke Merlion.

cover-mer-park.jpg
Merlion. Photo credit to traveltriangle.com
36904164_236298483675838_984385884105211904_n
Marina Bay Sands

Marina Bay Sands ni agak besar. Kalau korang tak bercadang nak shopping, boleh lah skip. Mungkin korang boleh masuk ambil gambar. Berbaloi untuk korang masuk ambil gambar. Alang2 korang dah masuk ni, Hafiz cadangkan korang cari laluan dari dalam Marina Bay Sands ni untuk ke Garden By The Bay. Sejuk lah sikit weh.

36944097_426537541171290_5102021161638690816_n

Gardens by The Bay ni terbahagi kepada beberapa kawasan. Yang berbayar dan tidak. Kalau korang tak becadang nk bayar, korang boleh jalan2 di sekitar taman yang agak luas ni. Ada pelbagai jenis tumbuhan yang mungkin korang tak pernah tengok seumur hidup korang. Gardens by The Bay ni bagi Hafiz, adalah satu kemestian kalau korang ke Singapura ni.

Lepas dah spend beberapa jam disini, korang boleh lah jalan balik ke Marina Bay Sands untuk ‘Light & Water Show’. Persembahan ni bermula jam 8 & 9 malam setiap hari. Setiap sesi tu mengambil masa lebih kurang 15 minit. Yang penting persembahan ni percuma.

Spectra Launch Event Coverage 020617-23
photo credit : marinabaysands.com

Lepas dah habis tengok ni, Hafiz pun terus naik MRT menuju ke Golden Mile Complex. Bertentangan Golden Mile Complex ni ada medan selera, Golden Mile Food Centre. Untuk bahagian Halal, korang boleh turun ke bahagian bawah bangunan ni. Dah kenyang marilah kita pulang ke tanah air.

Rumusan perbelanjaan dalam masa satu hari di Singapura:

  1. Tiket pergi dan balik : RM180
  2. Singapore Tourist Pass : RM30
  3. Lunch : RM15
  4. Lain-lain : RM50

Jumlah keseluruhan perbelanjaan ialah RM275.

Bolehlah korang cuba kalau2 rasa nak berjalan ke negara orang nanti ya.