Resepi Mudah Roti Jala & Kari Ayam

IMG_20180624_220732.jpg

Roti Jala, Roti Sorai, Roti Kirai atau apa saja yang korang biasa panggil untuk makanan istimewa ni. Roti jala ni memang antara favorite Hafiz. Sebenarnya penyediaan roti jala ni senang je cuma yang membuatkan ramai malas nak buat sebab agak memakan masa.

Dalam posting ni Hafiz nak share cara mudah untuk korang buat sendiri.

Roti Jala

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak
1 biji telur
2 1/2 cawan susu segar/Santan
Secubit garam
Secubit serbuk kunyit / pewarna kuning

Kisar semua bahan di atas menggunakan blender dan boleh lah korang mula menjala.
Kari Ayam

Bahan bahan:
Isi ayam dalam 500g
2biji bawang besar – hiris
6 biji bawang putih – hiris
2 inci halia – hiris
10 sudu besar serbuk kari
1 kotak santan kotak
4 kotak air
2 biji kentang – potong kecil
Daun kari
Asam keping
Rempah kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Garam
Gula

Cara cara:
Panaskan minyak yang secukupnya. Tumis rempah 3 sekawan sehingga wangi dan bawang serta halia yang dihiris tadi.

Masukkan rempah kari dan dikacau rata sehingga wangi dan masukkan sedikit air.

Masukkan daun kari, isi ayam dan ubi kentang. Kacau rata sehingga ayam masak dan bahan tumisan pecah minyak.

Masukkan santan dan air. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat dengan api perlahan. Masukkan garam, asam keping dan gula mengikut citarasa korang. Kemudian bolehlah tutup api.

Selamat mencuba…

Cara Meningkatkan Testosteron Secara Semulajadi

alexander-redl-185764-unsplash
photo credit : menstylefitness.com

Kita sering dengar ramai yang kata bila usia cecah 30 ni, metabolisma pun menurun. Apa yang korang faham tentang turunnya metabolisma ni? Untuk pengetahuan korang,  tahap metabolisma, otot dan mood dikawal oleh testosteron. Kebanyakan lelaki kehilangan kira-kira 1.5 peratus testosteron setiap tahun sebaik saja memasuki usia 30 tahun. Dalam perkongsian kali ni, Hafiz nak kongsi tip tingkatkan testosteron secara semulajadi.

testosterone-benefits-768x429.png
photo credit : rooshv.com

Vitamin D

1231326725489_2423785660053.jpg

Menurut kajian dari jurnal Hormone and Metabolic, vitamin D memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan tahap testosteron. Vitamin D boleh diperolehi melalui pemakanan mahupun terdedah kepada cahaya matahari. Tapi terdedah kepada cahaya matahari secara belebihan pula bakal mendedahkan korang kepada risiko kanser juga. Lakukan secara sederhana.

Angkat Berat

can-you-brighten-this-on-please-IMG_6328-copy
photo credit : health.spectator.co.uk

Selain pemakanan yang baik, bersenam secara konsisten pastinya mendatangkan banyak kebaikan terutama lelaki yang mempunyai tahap testosteron yang rendah.

KAJIAN 1993 MENDAPATI BERSENAM SEPERTI MELAKUKAN ANGKAT BERAT MEMBANTU MENINGKATKAN TAHAP TESTOSTERON DI DALAM DARAH DIIKUTI SENAMAN BIASA.

Ia bukan saja meningkatkan testosteron tetapi membentuk otot badan.

Tidur

sleeping-man anchor_0.jpg

Tidur yang cukup & berkualiti adalah sangat penting. Waktu tidur yang ideal bagi setiap individu mungkin berbeza tapi ada satu kajian yang mengatakan individu yang hanya tidur 5 jam sehari, boleh menyumbang kepada penurunan testosteron sebanyak 15%.

Walaupun ada yang mengatakan tidu 4 – 5 jam sudah mencukupi, namun kajian menunjukkan setiap individu memerlukan 7-10 waktu tidur setiap hari.

Masalah tekanan dan obesiti juga menjadi punca tahap testosteron menurun tanpa disedari. Jangan tunggu sehingga usia meningkat. Mulakan dari hari ni.

Rujukan :

https://www.healthline.com/nutrition/8-ways-to-boost-testosterone#section6