Malaysia Mendapat Tempat ke 3 Jumlah Pelancong Paling Ramai di Dunia….

nature clouds village skyscrapers
Photo by Zukiman Mohamad on Pexels.com

Buat warga KL sekalian, berdasarkan laporan tahunan dari World Travel Monitor, Malaysia dilihat tersenarai di tempat ke-3 sebagai tempat paling dilawati ppelancong. Kuala Lumpur dan Malaysia merupakan bandar dan negara paling banyak menjadi pilihan pelancong di Asia.

World Travel Monitor ini diterbitkan oleh perunding pelancongan di seluruh dunia IPK International. Ia ditugaskan untuk memantau jumlah perjalanan keluar & masuk setiap perjalanan di semua pasaran dunia.

Negara Jepun menjadi negara pertama paling banyak ditempah di Asia, diikuti Thailand tempat kedua dan Malaysia di tempat ketiga.

Apa yang sangat dibanggakan ialah bila Malaysia berjaya mengetepikan negara-negara lain seperti Hong Kong, Osaka, Taipei, Seoul, Singapura dan Bali.

Tahniah Malaysia.