CARA UNTUK MENYELAMATKAN DIRI JIKA KERETA TERHUMBAN KE DALAM AIR

suvpenang.jpg
Sumber : mstar

 

Beberapa hari lepas kita digemparkan dengan berita mengenai kemalangan jalan raya membabitkan kereta Mazda CX-5 yang terbabas di Jambatan Pulau Pinang dan terhumban ke dalam laut.

Berdasarkan maklumat, usaha untuk menyelamatkan mangsa dan menaikkan kereta itu menggunakan bantuan kren.

Ini bukanlah kejadian pertama dimana dalam beberapa kes sebelum ini ada kemalangan kenderaan yang terhumban ke dalam sungai dan melibatkan kanak-kanak.

Pernah tak korang terfikir apa yang perlu dilakukan sekiranya kereta tercampak ke dalam air?

Dalam keadaan kelam kabut berdepan kereta yang sedang tenggelam, korang hanya mempunyai beberapa saat untuk bertindak dan menyelamatkan diri. Bagi korang yang tidak tahu apa perlu dilakukan, jom pelajari panduan asas keselamatan melalui video di bawah.

Paling penting korang tak boleh panik. (ya, diakui cakap memang senang)

Dua aspek penting dalam keadaan ini adalah waktu yang diambil untuk bertindak dan kepantasan untuk berbuat demikian. Untuk pengetahuan korang, sesebuah kereta tidak akan tenggelam dengan cepat. Ini bermakna ada sedikitbruang peluang untuk korang cuba menyelamatkan diri.

Perkara yang paling penting untuk korang ingat ialah untuk tidak sesekali membuka pintu kereta. Tekanan air yang kuat akan membuatkan korang lebih panik. Bukan itu saja, tindakan ini akan membuatkan lebih banyak air masuk dan akhirnya menyebabkan kereta anda tenggelam dengan lebih cepat.

Sebaliknya, cuba turunkan cermin tingkap, tanggalkan tali pinggang keledar dan berenang keluar(sebab itu lah setiap dari kita perlu untuk belajar berenang).

Foto: Tech Insider

Kalau korang mengambil masa terlalu lama untuk bertindak, tekanan air mungkin akan menekan cermin tingkap itu hingga ia tak boleh digerakkan langsung. Ini bermakna korang perlu pecahkan cermin itu. Cuba untuk TIDAK pecahkan cermin di hadapan kereta kerana ia telah dicipta untuk melawan impak kuat. Sebaliknya, sasarkan cermin tepi.

Gunakan kaki untuk tendang pada bahagian atas tingkap, ataupun tanggalkan tempat letak kepala di tempat duduk korang dan “cucuk” di bahagian bawah tingkap. Selepas memecahkan tingkap, cepat-cepat tarik nafas panjang dan berenang keluar menerusinya untuk ke permukaan air.

Foto: Gear Obsession

Selain itu, korang juga boleh menggunakan alat khas yang ada dijual di pasaran untuk memecahkan tingkap kereta. Andai kata kereta korang terbalik dan tali pinggang keledar kereta menyekat korang daripada bergerak, alat ini juga boleh memotong tali berkenaan.

Semoga menjadi panduan bersama jika berlaku kecemasan. Sila nyatakan pandangan atau tips yang boleh digunakan bersama di ruangan komen di bawah ya.

Sumber: Tech Insider

Malaysia Tidak Lagi Tersenarai 10 Passport Paling Berkuasa di Dunia…

pasprot.transformed

Henley & Partners Passport Index telah mengeluarkan senarai pasport paling berkuasa dengan bilagan negara yang boleh dilawati tanpa visa oleh sesebuah negara. Data yang diberikan oleh laman web tersebut berdasarkan rekod Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Setakat tahun lepas, Malaysia tersenarai dalam 10 pasport paling berkuasa dengan akses ke 180 buah negara tanpa visa pada tangga ke-6. Namun menurut data terbaru, Malaysia telah jatuh pada tangga ke-12 bersama Estonia yang kini hanya mempunyai akses ke 179 negara tanpa visa.

download-12.png
Sumber : HENLEY PASSPORT INDEX

Jepun telah mengungguli carta pada tangga pertama dengan akses tanpa visa ke 190 buah negara di dunia. Tempat kedua dikongsi bersama Singapura dan Korea Selatan dengan akses tanpa visa ke 189 buah negara dan diikuti oleh Perancis dan Jerman dengan akses 188 buah negara tanpa visa.

Fakta Tentang Kucing yang Anda Perlu Tahu

Kucing merupakan haiwan yang tidak asing lagi dalam kehidupan manusia. Ramai yang menjadikan haiwan yang comel ni sebagai haiwan peliharaan. Haiwan berbulu yang berkaki empat ini merupakan haiwan yang comel dan sering mencuit hati dengan telatah dan karenah yang dipamerkannya.

Berikut merupakan perkara-perkara yang anda perlu tahu tentang kucing.

1. Mata kucing membawa maksud yang tersendiri

IMG_7255.JPG

Kucing merupakan haiwan yang memiliki mata yang unik dan ia memberikan maksud yang tersendiri dalam keadaan yang tertentu. Anak mata kucing akan berubah bentuk atau saiz ketika ia berada dalam keadaan tertentu seperti sedang melihat mangsanya ataupun ketika melihat wajah tuannya.

2. Kucing tertua di dunia berusia 26 tahun

corduroy.jpg

Berdasarkan catatan Guinness World Records, Corduroy merupakan kucing domestik  tertua yang meninggal dunia pada usia 27 tahun. Seminggu sebelum kematiannya, Corduroy telah melarikan diri dari rumah tuannya sebelum ditemui mati. Namun,  selain Corduroy, ada juga rekod kucing tertua yang pernah wujud dan bernama Creme Puff. Creme Puff meninggal dunia usia 38 tahun.

3. Kucing memburu lebih baik daripada anjing

15043798_336979013329230_4321554870139092992_n.jpg

Mengikut satu kajian, kucing merupakan haiwan pemburu yang lebih baik berbanding anjing. Kucing memiliki keupayaan survival yang tinggi dan mampu untuk hidup lebih lama di kawasan hutan liar berbanding anjing.

4. Cara membelai kucing dengan betul

28153888_1459582457504672_6031281149089677312_n.jpg

Menurut penyelidik dari Universiti Lincoln, kucing suka disetuh di bahagian muka mereka, terutamanya di bahagian dagu, bawah dagu, pipi dan kepalanya. Manakala tempat yang paling tidak disukai kucing untuk disentuh adalah di bahagian ekornya, kerana ia merupakan kawasan yang akan menyebabkan kucing berasa tidak selesa sekiranya disentuh.

5. Lelaki yang sukakan kucing lebih menarik di mata wanita

14727717_1692482917738101_5679513401877856256_n.jpg

Lelaki yang memelihara dan menyayangi kucing merupakan lelaki yang lebih menarik bagi seorang wanita. Hal ini merujuk kepada kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik haiwan peliharaan Dr. Jun McNicholas, wanita melaporkan bahawa mereka lebih tertarik kepada lelaki yang sukakan haiwan.

Sumber :

Petcha

dailymail