Aktiviti Percuma Di Bangkok

Dalam posting-posting sebelum ni Hafiz ada share pengalaman di Bangkok. Ramai juga yang bertanya apa yang boleh di buat di Bangkok kalau ada budget yang terhad. Biasalah kadang2 bukan soal tentang tak mampu tetapi lebih kepada kenapa perlu berbelanja lebih jika boleh jimat. Ada juga yang lebih suka menggunakan wang untuk makan/shopping. Jadi kali ni Hafiz nak share dengan korang apa yang korang boleh buat secara percuma di Bangkok.

1. Chatuchak Market

chatuchak-bangkok.jpg

Merupakan antara tarikan utama semua pengunjung ke Bangkok ni. Tiada bayaran yang dikenakan untuk memasuki pasar ini. Tapi kalau korang dah lupa diri membeli belah tu, janganlah lupa bayar. Tengok-tengok adalah percuma.hehe

Chatuchak Market ni dibuka setiap Sabtu & Ahad. Pasar ini menempatken lebih dari 5000 gerai. Jadi tidak hairanlah kalau ia di katakan pasar terbesar didunia. Dari gerai yang menjual baju, aksesori, lukisan, buku dan banyak lagi. Kalau korang lapar, bolehlah cari kedai2 makanan halal yang ada disini.

2. Jalan-jalan di Lumphini Park

lumpini-park.jpg
photo credit : http://learnthaiwithmod.com

Kalau hotel/hostel korang disekitar Silom tu, boleh lah korang jalan kaki ke Lumphini Park ni. Biasanya setiap pagi ramai yang akan jogging & bersenam disini. Ada open air gym juga di dalam Lumpini Park ni. Apa yang menarik kalau korang berada disini pada jam 9 pagi, korang kena lah join orang tempatan berhenti mendengar lagu kebangsaan mereka. Ianya merupakan rutin setiap hari di sini.

Sedikit sejarah Lumpini Park ni, nama nya di ambil sempena tempat kelahiran Lord Buddha di Nepal. Di buka pada sekitar 1920an.

3. Chinatown(Yaowarat Road)

yaowarat-road-at-night-best-bustling-place-in-chinatown-bangkok
photo credit : livingnomads.com

Merupakan antara kawasan terawal di Bangkok. Di buka pada 1780an. Merupakan pusat perdagangan komuniti Cina pada masa itu. Sehingga hari ni Chinatown memang sesak dengan pelbagai jenis kedai. Terkenal juga dikalangan penggemar fabric dari seluruh dunia kerana korang boleh dapatkan pelbagai jenis kain dengan harga yang amat berpatutan. Selain kain, korang boleh cari barangan antik, permainan, alat muzik & banyak lagi.

Apa yang paling menarik di Chinatown ni ialah terdapat banyak bangunan-bangunan yang bersejarah.

4. Asiatique

chatuchak
photo credit : bangkok.com

Ada yang kata Asiatique ni macam Chatuchak versi malam. Walaupun kawasannya tidak lah sebesar Chatuchak, tapi ianya tetap menjadi tumpuan ramai. Mungkin sebab ianya di buka setiap hari dan lokasi yang terletak di tebing sungai juga menjadikan ianya antara tarikan utama pengunjung ke Bangkok. Untuk ke Asiatique ni korang boleh naik shuttle boat yang terletak di Saphan Thaksin BTS. Tiada sebarang caj untuk shuttle boat & masuk ke dalam Asiatique juga adalah percuma

Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh buat secara percuma tapi 4 yang Hafiz senaraikan ni,  Hafiz rasa paling bersesuaian untuk korang buat dalam tempoh 3 – 4 hari percutian korang.

 

 

Kenali Ulam-Ulam Yang Baik Untuk Kesihatan

Ulam merupakan antara makanan yang cukup sinonim dengan pemakanan harian kita. Selain khasiat2nya yang sering kita dengar tetapi ada juga yang makan sebab nak cantik.

Jom kita kenali ulam-ulam ni dan khasiatya:

  1. Daun Pegaga

Pegaga-Cina.jpeg

Nama saintifik bagi daun pegaga ini ialah Centella asiatica. Ulam ini mudah ditanam kerana sifatnya yang menyerap air, terutamanya di kawasan tropika yang terbuka di padang rumput, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya.

Daun pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Kerana khasiat yang banyak ini, pegaga dikatakan boleh merawat parut, masalah selulit wanita, merangsang peredaran darah dan menjadi agen antipenuaan.

Daun pegaga boleh dimakan begitu saja, direbus, dikisar menjadi air minuman dan disapu pada kulit. Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut.

Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen sekaligus mengurangkan masalah parut atau regangan kulit.

Daun pegaga juga boleh meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan paras glukos dan kolesterol. Ini terbukti melalui hasil kajian dari Prof Dr Suhaila Mohamed, profesor di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kajian ini telah dilakukan di kalangan lelaki dan wanita dalam lingkungan usia 35 hingga 55 tahun.

  1. Ulam raja

ulam-raja-3

Ulam raja atau nama saintifiknya cosmos caudatus tumbuh meliar dan dijadikan sebagai tanaman hiasan kerana bunganya yang cantik. Rata-rata menjadikan ulam raja sebagai makanan sampingan, sama ada dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sambal belacan.

Ulam raja ni ada dua jenis, ada yang boleh dimakan dan ada juga yang hanya dijadikan hiasan. Dua-dua tu memang sama je rupa dia, tapi berlainan rasa dan bau. Dan korang jangan pulak confuse antara ulam raja dengan pokok ‘Rumpai Miang Mexico’. Bentuk daunnya hampir serupa dengan ulam raja tapi korang boleh bezakan dengan melihat bunga pada masing-masing. Kesan kalau korang tersentuh pokok ni boleh menyebabkan alahan teruk kepada kulit terutamanya bagi kanak-kanak sebab pokok ni mempunyai miang iaitu bahan kimia parthenin, hymenin dan ambrosin. Nama pun dah miang, so hati-hati lah ya!

Antara khasiat ulam raja adalah mampu merawat diabetes mellitus type 2 berdasarkan kajian yang dibuat oleh penyelidik dari UPM. Selain itu, ulam raja juga mampu menambahkan kandungan oksigen dalam darah, sekaligus melancarkan peredaran darah dan memberi keanjalan kepada kulit.

Malah klorofil yang diekstrak daripada daun ulam raja mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semulajadi, dan dapat membantutkan aktiviti bakteria pembawa penyakit seperti E.coli.

  1. Daun ceylon/selom

daunselom-300x185

Nama saintifik bagi daun selom ialah oenanthe javanica. Kat Malaysia, daun selom digunakan dalam masakan seperti laksa atau ada juga yang menggunakannya dalam Nasi Kerabu.

Daun selom juga dikenali sebagai Chinese celery di negara Barat kerana penggunaannya yang terkenal di kalangan orang Cina untuk tujuan perubatan. Berbeza dengan Western celery yang biasa kita tengok, daun selom mempunyai batang yang kecil dan rasa daun yang kuat berbanding Western celery yang mempunyai batang yang rangup dan rasa manis. Kedua-duanya kaya dengan vitamin A, B, C, D, zat besi dan potasium.

Dalam perubatan Cina, daun selom boleh mengubati demam kuning (jaundice), demam panas, melawas kencing, merawat sembelit dan membantu dalam meningkatkan selera makan. Kebiasaannya, daun selom dihidangkan dalam jus atau direndam dalam air panas dan diperah untuk mendapatkan jusnya. Ia kemudian dihidang panas-panas untuk diminum.

Daun selom atau Western celery juga sesuai untuk orang yang selalu stress. Orang stress ni biasanya sukar tidur (insomnia) dan selalu sakit-sakit kepala, berpunca daripada masalah organ dalaman iaitu hati. Mereka yang ada simptom ini digalakkan untuk amalkan makan celery dengan kerap ataupun amalkan minum secawan jus celery yang dicampur dengan susu. Ia dapat membantu menenangkan sistem saraf sekaligus memudahkan proses untuk korang tidur.

  1. Kacang botol

small_fa9a6bd6-30e9-40fb-858e-8e1dd19bac5e.jpg

Nama saintifik bagi kacang botol ialah Psophocarpus tetragonolobus. Khasiatnya termasuklah melambatkan penuaan, memastikan kandungan dalam keadaan sihat, membantu masalah penglihatan dan membantu dalam mengurangkan berat badan. So kacang botol ni sangatlah sesuai kepada korang-korang yang tengah diet tu sebab kandungan kalorinya yang rendah.

Vitamin C dalam kacang botol membantu mengelakkan penyakit jantung, strok dan kanser kerana kandungan antioksida yang sangat kuat. Vitamin A dia pulak membantu mengelakkan kerosakan DNA. Last sekali, vitamin B dia membantu meningkatkan tenaga sekaligus memberi mood yang baik.

Fiber sangat penting dalam imun sistem badan kita jadi dengan memakan kacang botol ia membolehkan pertumbuhan bakteria probiotik (bakteria baik) dalam kolon badan kita dan enzim hidup untuk meningkatkan kesihatan badan. Kacang botol juga mengandungi kalsium dan fosforus untuk membantu pembentukan tulang yang kuat.

Kacang botol boleh dimakan mentah, direbus, ataupun dicelur. Kebiasaan di Malaysia, kacang botol dimakan bersama sambal belacan dan nasi.