Bangkok 2019 – Hari Pertama

Selepas melalui 17 jam perjalanan ke Bangkok dengan menaiki train dari Hatyai, kitaorg pun sampai di Bangkok.

IMG-20190629-WA0016.jpg
Bahagian dalam Hua Lamphong Station ni…

Stesen Keretapi Hua Lamphong ni dibuka pada tahun 1916. Salah satu bangunan bersejarah yang masih beroperasi diBangkok. Untuk pengetahuan korang, stesen ni akan ditutup pada tahun 2021 utk dijadikan muzium. Semua operasi akan dipindahkan ke Bang Sue Central Station selepas itu. Jadi sebelum stsesen bersejarah ni ditutup, jom lah merasa pengalaman ni ok?

IMG_20190629_114228.jpg
Bang Sue Central Station yang masih dalam pembinaan…

Kitorang sampai di Hua Lamphong atau Bangkok Railway Station ni lebih kurang kul 11 pagi(waktu tempatan). Dari stesen ni korang boleh terus ke stesen MRT Hua Lamphong atau kalau nak cepat, bolehlah guna teksi atau grab. Kitaorg guna grab untuk terus ke hotel yang Hafiz dah tempah sebulan lebih awal.

IMG_20190629_130545.jpg
ni lah dia bilik tidur yang best tu..

Nama hostel ni ialan Warm Window Silom(WWS). Jadi kalau korang first time ke Bangkok, Hafiz suggest korang cari hotel atau hostel yang dekat area Silom ni. Ada beberapa BTS station kat sini. BTS Saladaeng, BTS Chong Nonsi & BTS Surasak. Senang. Restoran halal pun ada cuma hari pertama kitaorg sampai tu, Restoran Ibu tu tutup. Rupanya dia tutup setiap sabtu. So lepas dah check in kat hostel & kecewa tengok Restoran Ibu tutup, kitaorg pun singgah kat salah satu restoran vegetarian yang berhampiran. Ok lah untuk alas perut. Nk sedapkan hati masing2, semua mengaku sedap sgt makanan kat situ..hehhe

Lepas lunch, kitaorang teruskan perjalanan ke stesen BTS Surasak yang terletak lebih kurang 10 minit dari WWS. Dari BTS Surasak ke BTS Saphan Taksin ni dekat je. Satu stesen je pun. Tambang dalam 16 baht. Dah sampai kat stesen Saphan Taksin ni, turun melalui exit 1 menuju ke jetty yang berada di bawah stesen Shapan Thaksin. Kalau korang nak jimat, cari boat yang ada bendera warna oren. Harga yang dikenakan antara 15 – 20 baht je. Jangan amik private boat atau express boat. Tanya dulu sebelum bayar. Dah naik boat tu nanti bolehlah korang enjoy pemandangan sekeliling. Kat Malaysia tak boleh dapat pengalaman ni. Bila dah sampai ke jetty N9 Tha Chang, silalah siap sedia untuk turun..  Dari jetty Tha Chang ni jalan kaki tak jauh untuk ke Grand Palace. Kitaorg sampai dah agak lewat petang, Grand Palace dah tutup masa tu. So kitaorg ambil gambar dari luar je lah.

IMG_20190629_165238.jpg
Salah satu pintu di Grand Palace

Dari Grand Palace, kitaorang teruskan perjalanan ke Icon Siam. Untuk ke Icon Siam, korang  boleh naik boat di jetty Tha Chang. Jetty yang sama masa korang turun tadi. Tanya je kat kaunter tu. Tambang seorang dalam 20baht jugak.

IMG_20190629_180414.jpg
ni lah dia Icon Siam tu. Kitaorang jalan buat syarat je. Xda plan nak shopping kat sini…
IMG_20190629_180637.jpg
indoor floating market…
IMG_20190629_181652.jpg
pulut mangga ni sedap sgt2…

Kalau lapar korang boleh makan kat dalam Icon Siam ni. Di bahagian Sook Siam ni atau macam indoor floating market lah. Ada beberapa kedai yang jual makanan halal. So korang boleh lah makan kat sini. Kitaorang tak sempat nak makan kat sini. Tak lapar sangat masa tu…

Dari Icon Siam, kitaorg naik free boat untuk kembali ke stesen BTS Saphan Taksin. Destinasi berikutnya ialah Ratchada Train Market. Market ni ala2 macam kat uptown dulu2 lah. Ada banyak kedai jual barang2 vintage. Beberapa tahun lepas, banyak makanan Halal dijual kat sini tapi sekarang ni macam dah tak ada sangat. Mujurlah Hafiz terjumpa satu kedai yang hidangkan makanan Halal. Tak ingat nama kedai ni tapi kat bahagian dalam market ni lah. Alhamdulillah sedap.

IMG_20190629_210845.jpg
ikan goreng yang salut garam ni memang famous kat Bangkok. So bila dah jumpa kedai Halal yang jual ikan ni, kitaorg pun terus lah order… not bad. boleh order lagi…

Lepas dah kenyang, kitaorang pun terus lah balik ke hotel. masing2 dah penat seharian berjalan non stop… ada yang dah start buat muka masa ni..hahaha

Kos untuk hari ke2:

  • Grab dari Hua Lamphong Train – WWS : RM3.80*
  • Lunch : RM13.50*
  • Train & BTS & Boat : RM20(lebih kurang)
  • Dinner : RM21.40*

Jumlah perbelanjaan untuk hari pertama ialah RM58.70(*semua kos diatas telah dibahagi samarata)

Begitulah hari pertama… Nanti kita sambung dengan drama2 berikutnya…heheh

Pengalaman Ke Bangkok Dengan Train – Part 2

Seperti yang Hafiz ceritakan dalam posting Part 1, kali ni Hafiz nak kongsi pengalaman lebih kurang 17 jam dalam train Hatyai – Bangkok. Mental kena kuat nak travel jalan darat ni.

IMG_20190628_174343-1.jpg

Untuk memudahkan perjalanan korang di Thailand, tiket train boleh dibeli secara online di ThaiRailwayTicket.com. Ini bermakna tiket ni korang boleh beli lebih awal dan dimana saja korang berada. Tiket untuk ‘sleeper’ train ni selalu sold out. Jadi eloklah korang beli sebelum perjalanan korang. Ada beberapa jenis pilihan untuk korang pilih dan yang paling popular ialah sleeper train. Tak sanggup kot nak duduk 17 jam atas kerusi.

IMG-20190628-WA0035.jpg
ni lah keadaan di stesen Hatyai ni.. tak tau nak naik coach yang mana, boleh tanya kat staf2 yang friendly ni..
IMG-20190628-WA0029.jpg
sopan je beratur naik train..heheh

Train kitaorg bertolak kul 6.45petang. Hafiz nasihatkan korang dah bersiap sedia kat stesen ni dalam kul 6ptg. Biasanya train ni sangat menepati masa. Sampai awal ni korang boleh la ambil masa sikit posing2 kat luar stesen ni sebagai kenangan kan.

IMG_20190628_181453.jpg
ni lah dia suasana tempat duduk dalam trai ni. memang selesa.

Lepas train bergerak, kitaorg pun terus start makan. tak sempat nak ambil gambar makanan sebab terlalu lapar..ehehehe

IMG_20190629_081542.jpg
lepas sejam train bergerak, staff train ni akan datang transformkan tempat duduk tu jadi katil macam ni…
IMG_20190628_221007.jpg
tidur lah dengan nyenyak ya 🙂
IMG_20190629_082317.jpg
ni pulak cafeteria dalam train. buka 24jam. cuma menu dia tak halal lah. tapi bole lah kalau korang nak minum air panas atau sejuk. harga dia mahal sket.

Selepas melalui 17 jam perjalanan, kitaorang sampai lah ke Bangkok. Dalam posting berikut nanti Hafiz akan share itinerary ya..

 

Pengalaman ke Hatyai Dengan Bas – Part 1

Ke Hatyai dengan menaiki bas bukanlah sesuatu yang baru. mungkin dah ramai yang pernah cuba cara ni. Dalam posting ni Hafiz nak share pengalaman Hafiz naik bas. Sebelum korang mulakan perjalanan ni, korang mesti sedia maklum yang perjalanan menggunakan jalan darat ni akan mengambil masa yang panjang. Dalam beberapa posting akan datang ni Hafiz akan kongsi perjalanan dari KL – Hatyai – Bangkok – KL.

Mulakan dengan perancangan awal, lebih kurang sebulan dari tarikh perjalanan. Tiket bas ni cepat sold out, so kenalah kiasu sket. Hafiz beli tiket bas ni melalui Easybook.com. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, Hafiz memang selalu beli tiket kat sini. Selain memudahkan kerja membeli tiket, korang boleh jugak kumpul mata ganjaran sekali. Bolehlah guna untuk trip2 akan datang korang nanti. Harga tiket bas sekitar RM 70.

Sebelum beli tiket ni, Hafiz ada tanya jugak kawan2 yang pernah naik bas ke Hatyai. Kebanyakkannya suruh naik bas Alisan express. Sebabnya ada bas yang hanya berhentikan penumpang di sempadan Bukit Kayu Hitam. Jadi sebelum beli tiket, semak betul2 ya. Untuk melepasi sempadan Thai ni, ada 2 laluan yang utama iaitu, Bukit Kayu Hitam & Padang Besar. Bas biasanya akan melalui sempadan di Bukit Kayu Hitam. Sebab apa tu, Hafiz tak pasti. Kalau korang tahu, boleh lah share di ruangan komen di bawah ok.

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Pada hari kejadian, kitaorg pun berkumpul di Terminal Bersepadu Selatan(TBS). Bas dijadualkan bertolak pada jam 11.59malam. Tetapi tak tahu apa punca masalahnya, bas kitaorang hanya tiba pada jam 3 pagi. Ye, 3 jam weh delay. ingatkan naik flight je delay, bas pun delay jugak ya. Jadi kalau korang merancang untuk menggunakan pengangkutan darat ni, sila sediakan sedikit jarak masa untuk perkara2 yang tak dijangka macam ni.

IMG_20190628_092828.jpg
Keadaan diluar kompleks imigresen Thai. Kena banyak2 bersabar 🙂

Setelah 6 jam perjalan, kami pun tiba di sempadan Malaysia – Thailand. Urusan di sempadan Malaysia ni agak pantas. Cuma bila masuk di imigresen Thai ni, terkejut tengok orang dah beratur panjang. Memandangkan train kitaorg untuk ke Bangkok pada jam 6.45 petang, senyum & redha jer beratur untuk 2 jam.

Selepas dah selesai segala urusan imigresen, perjalanan diteruskan sehingga sampai ke Hatyai pada jam 11.30tghari(waktu Thai, kurang 1 jam dari Malaysia). Jadi jumlah masa perjalanan masa kami termasuk delay time ialah 12 jam 30 minit. Best tak?hehehe

IMG_20190628_114810.jpg
Kelantan Restaurant, Hatyai

Dah sampai kat Hatyai, kitorg pun terus serbu ke kedai Kelantan Restaurant. Kebetulan kedai ni terletak dekat dengan lokasi bas Alisan tu berhenti. Jalan kaki je. Kedai ni memang favorite kitaorg. Dalam trip ke Hatyai sebelum ni pun, 3 kali kitorg makan kat sini. Kalau korang pergi pagi, boleh rasa nasi kerabu kat sini. Untuk menu makan tengahari, Hafiz syorkan korang try daging goreng bawang putih dia. Sedap sangat2. Tomyam kat sini pun sedap. Puas hati.

IMG_20190628_120553.jpg
Menu meleleh air liur di Kelantan Restaurant
IMG_20190628_145627.jpg
Pacific Residence, Hatyai

Dah selesai makan, kitaorg terus jalan ke hotel yang Hafiz dah book untuk kegunaan satu hari ni. Tujuan bilik hotel ni ialah untuk memudahkan kitaorg mandi, membuang apa2 yang sepatutnya & solat. Persediaan mental untuk menempuh satu lagi perjalanan yang panjang 17 jam ke Bangkok.

IMG_20190628_134656.jpg
Stall ni terletak kat Morning Market, Hatyai

Sebelum naik train, kitaorang tapau kat salah satu stall pilihan kitaorg. Nasi kuning & ayam goreng kat sini memang terbaik. Ayam tu bila dah sejuk pun masih sedap…

IMG-20190628-WA0063.jpg

Sambungan dalam part 2 nanti, Hafiz akan share keadaan dalam train pulak ok…

Kos untuk hari pertama:

  • Tiket Bas : RM70
  • Lunch : RM20*
  • Hotel : RM17*
  • Dinner : RM10*

Jumlah perbelanjaan untuk hari pertama ialah RM117(*semua kos diatas telah dibahagi samarata)