Cara Untuk Mulakan Tanam ‘Indoor Plants’

IMG_20200822_190327_213.jpg

Dalam posting kali ni Hafiz nak share satu kategori baru yang diharap boleh memberi manfaat kita bersama. Bukanlah expert dalam hal-hal tanaman pokok ni, cuma sekadar perkongsian dari pengalaman diri sendiri.

Sebagai permulaan ni, Hafiz cadangkan korang mula dengan pokok-pokok yang tidak terlalu mahal. Cuba dulu berlatih dengan skala kecil. Bila dah yakin nanti barulah korang jadikan umah korang ‘urban jungle’….hehhe

Penjagaan Indoor Plant

1. Pencahayaan

Tumbuhan memerlukan pencahayaan yang mencukupi mengikut jenis. Sekiranya tidak mendapat sumber cahaya yang mencukupi, daun akan mula kekuningan dan seterusnya mati. Adalah digalakkan untuk meletak pokok anda di kawasan yang dekat pada cahaya matahari seperti ditingkap. Jadi sebelum beli pokok, kenal pasti jenis pencahayaan yang diperlukan oleh pokok tersebut.

2. Kelembapan dan keperluan air

Kadar penyiraman yang terlalu kurang atau berlebihan boleh menyumbang kepada pokok yang bermasalah. Daun akan bertukar menjadi kekuningan dan mati jika kekurangan air. Manakala jika air yang berlebihan pula akan menyebabkan akar reput atau lemas. Jika ini berlaku pokok korang akan mula lembik dan mudah diserang penyakit. Adalah dinasihatkan untuk periksa tanah korang setiap hari untuk pastikan pokok korang berada pada tahap kelembapan yang mencukupi.

3. Pembajaan

Proses ini disarankan untuk dilakukan sebulan sekali. Bergantung kepada jenis baja yang korang gunakan. Hafiz gunakan baja organik. Ada juga guna tips2 pembajaan organic yang boleh dibuat sendiri. Nanti dalam posting akan datang Hafiz kongsi secara detail.

Buat permulaan ni, kita mulakan yang simple2 je dulu. Jangan pening2 ok. Yang penting korang kena ingat 3 asas ni dulu. Nanti Hafiz sambung lagi ok.

IMG_20200731_181142_295.jpg

 

Resepi Bingka Ubi Kayu Cheese

IMG_20191116_143215.jpg

Hai korang. Dah lama Hafiz tak update dalam blog ni. Bila dah tak boleh travel ni macam tak ada mood pulak nak menulis kan.

Memandangkan perkongsian resepi-resepi sebelum ni agak mendapat sambutan..hehhe Jadi Hafiz akan teruskan berkongsi resepi-resepi yang korang boleh cuba. Macam biasalah resepi yang dikongsi ni mungkin berbeza dengan apa yang korang pernah tengok dan cuba sebelum ni. Ikut cara masing-masing lah ya.

Resepi yang berikut ni rasanya bukanlah baru sangat tapi Hafiz suka Bingka Ubi Kayu Cheese ni. Cuma nak sagat ubi tu leceh lah sikit. Tapi percayalah hasilnya memang sangat berbaloi.

Bahan-bahannya:

200g cream cheese
200g gula
1 biji telur
400g ubi kayu pagat – tapis airnya
IMG_20191116_122539.jpg
1 kotak kecil santan
sedikit pewarna kuning
Cara:
1. Sediakan loyang 8″ x 8″. Panaskan oven pada suhu 170C.
2. Pukul cream cheese & gula sehingga rata.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul rata.
3. Masukkan ubi kayu & santan.
4. Bakar pada suhu 170C selama 1 jam 15 minit sehingga masak.
5. Sejukkan sebelum di potong.

IMG_20191116_141058.jpg

 

Selamat Mencuba ok…