Rex KL. Mungkin kebelakangan ni korang nampak ramai orang update kat instagram dan twitter gambar-gambar kat sini kan….
Lokasi
Lokasi
Terletak di Jalan Sultan, Kuala Lumpur atau lebih dikenali dengan Chinatown.
Fakta & Sejarah
- Bangunan asal ni mula beroperasi pada 28 July 1947 dan musnah dalam satu kebakaran pada tahun 1970.
- Pada tahun 1976, Rex KL telah dibuka dengan menempatkan single screen theatre yang boleh menempatkan lebih 1000 penonton pada satu-satu masa.
- Pada awalnya operasi Rex KL di uruskan oleh Shaw Brothers. Kemudiannya diambil oleh Golden Screen Cinemas sebelum ditutup pada tahun November 2002.
- Dari sebuah pawagam, Rex KL kemudiannya bertukar menjadi Hostel pada tahun 2007. Selepas beberapa bulan beroperasi, pada Ogos 2007 bangunan ini sekali lagi terbakar. Hostel ni kemudiaanya ditutup.
Hari ini…..
Selepas melalui proses pembaikan, Rex KL umpama dihidupkan semula.






Jadi kalau ada masa tu, singgahlah ke Rex KL ni ok.
[…] Kalau korang dah lama tak datang ke Petaling Street ni, apa kata korang luangkan masa korang ke Petaling Street ni nanti. Dah banyak ruang2 yang instagram worthy kat Petaling Street ni sekarang ni. Antara lokasi yang wajib korang boleh cari ialah Rex KL. […]