Apa Itu PKPB?

Apa yang perlu kita tahu tentang PKPB ni.

Photo by cottonbro on Pexels.com

PKPB telah diumumkan selama dua minggu di Selangor Putrajaya dan Kuala Lumpur bermula hari 14 Oktober 2020.

Berikut ialah aktiviti-aktiviti yang dilarang:

• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

• Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah DITUTUP.• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan dan pertunangan adalah TIDAK DIBENARKAN

• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Senarai SOP lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.

Kebaikan Minum Kopi Dalam Kehidupan Seharian

photo credit : sevenpie.com

Sedar atau tidak, budaya minum kopi ni dah wujud sekian lama dan lama di negara kita. Mungkin hari ni ada lebih banyak variasi berbanding 20 tahun lalu.

Latarbelakang kopi di Malaysia….

Sedikit sejarah kopi di Malaysia, ianya pertama kali diperkenalkan sewaktu pembukaan kedai-kedai ‘kopitiam’ (‘kopi’ diambil dari Bahasa Melayu dan ‘tiam’ bermaksud kedai dalam dialek Hokkien) bermula di zaman penjajahan British. Diawal pengenalan kopi di negara kita, kopi di Malaysia dipanggang dengan mentega dan gula sebelum ditambah dengan air mendidih melalui penapis kain. Jadi kopi yang ada dinegara kita pada masa itu adalah berbeza dengan kebanyakkan negara-negara di barat. Nanti dalam posting lain, Hafiz akan kongsi jenis-jenis kopi yang ada di dunia ni.

Kopi pada tahun 2020….

Photo by Burst on Pexels.com

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, sekarang ni ada pelbagai jenis kopi. Selain dari kopi tradisi yang kita ada dari dulu, budaya minum kopi yang dibru pun semakin berkembang disini dan tak lupa juga kopi segera 3 in 1. Tidak kiralah selera korang nak minum kopi jenis apa pun, samada di kedai kopi biasa, kedai-kedai kopitiam sehinggalah latte dengan lelehan caramel dan whipped cream sebagai penambah perasa kopi korang, rakyat Malaysia sememangnya gemarkan kopi! Secara purata, rakyat Malaysia meminum 2.5 cawan kopi setiap hari.

Persoalannya sekarang adalah adakah kopi memberikan kesan baik atau buruk kepada kita?

Sumber Kafein Utama

Kopi merupakan sumber utama untuk kafein, namun jumlah kafein sebenarnya berbeza dalam kopi yang anda minum; bermula dari hampir kosong sehingga lebih dari 500mg. Secara purata, secawan kopi mempunyai antara 95 – 180mg kafein.

Kebaikan Kafein

1. Bantu untuk kekal cergas

Satu cawan kopi biasa bukan sahaja mampu membantu korang kekal cergas tetapi juga boleh membuatkan minda kekal fokus. Kafein adalah perangsang psikoaktif yang meningkatkan kesedaran, perhatian, keupayaan untuk memberi tumpuan, dan meningkatkan tahap tenaga secara keseluruhan.

2. Meningkatkan Produktiviti

Kafein dikatakan mampu meningkatkan produktiviti seseoarang itu. Kafein dikenali sebagai penghalang reseptor untuk adenosin, satu kompaun di dalam otak yang menjadi punca keletihan dan mengantuk, oleh itu ianya mampu untuk meningkatkan prestasi fizikal dan mental. 

3. Menjadikan Emosi Lebih Baik

Satu kajian yang dilakukan oleh A. Nehlig menunjukkan bahawa pengambilan kafein secara berulang dalam kadar 75mg (bersamaan dengan 1 cawan kopi) boleh memberi kesan dalam perubahan emosi yang lebih baik. [1] Kajian juga menunjukkan kafein boleh membantu mengurangkan simptom kemurungan. [2]

[1] Nehlig A. (2010) Is Caffeine a Cognitive Enhancer?J Alzheimers Dis, 20(S1):85-94.

[2] Grosso G. et al. (2016) Coffee, tea, caffeine and risk of depression: a systematic review and dose-response meta-analysis of observational studies.Mol Nutr Food Res, 60(1):223-3.

Kopi Secara Berlebihan…

Berikut adalah kesan sampingan kalau korang minum kopi secara berlebihan:

  • Rasa gelisah dan gementar
  • Jantung berdebar-debar
  • Loya
  • Merasa bimbang secara tiba-tiba
  • Insomnia
  • Pening               
           

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda mengalami simptom terlebih dos kafein yang serius.

Apakah yang dimaksudkan dengan KAFEIN?

Photo by Igor Haritanovich on Pexels.com

DECAF TIDAK SAMA DENGAN BEBAS KAFEIN

Kopi decaf masih mengandungi 3% kafein. Jumlahnya mungkin lebih kecil tetapi meminum 5 cawan kopi decaf atau lebih bersamaan dengan 1 cawan kopi berkafein biasa.

KOPI MEMBERI TINDAK BALAS YANG CEPAT

Bermula dengan secawan kopi pertama pada waktu pagi, kafein memasuki aliran darah dengan pantas. Satu cawan kopi mempunyai penyerapan kafein yang cepat ke dalam aliran darah di mana ianya mengambil masa lebih kurang 20 minit.

KESAN YANG BERBEZA

Daya penerimaan kafein biasanya bergantung kepada gaya hidup, metabolisme dan genetik korang. Jika metabolisme tubuh lebih tinggi, kafein yang terkandung di dalam kopi lebih cenderung untuk membuat korang berasa gelisah dan gementar. Mereka yang menderita penyakit darah tinggi, diabetes, masalah jantung, osteoporosis dan wanita hamil disarankan untuk mengelakkan atau mengurangkan pengambilan kafein.

MINUM KOPI SECARA BERPADA

Disebabkan kopi adalah minuman yang digemari ramai, kebarangkalian untuk orang berhenti meminumnya adalah rendah. Jadi, di sini Hafiz kongsikan 3 tips buat penggemar kopi untuk minum secara berpada.

1. Kawal pengambilan kopi

Pengambilan kopi secara sederhana adalah selamat, dan ianya boleh termasuk dalam sebahagian dari diet sihat oleh kebanyakan orang dewasa. Pengambilan kafein secara sederhana bersamaan dengan 400mg, atau 3 hingga 4 cawan kopi sehari. Untuk kesan yang lebih sihat korang disarankan mengambil kopi tanpa gula.

2. Tambah sedikit susu

Walaupun kopi hitam boleh merangsangan tenaga dengan pantas, menambah sedikit susu ke dalam kopi juga sebenarnya mempunyai beberapa manfaat kesihatan, seperti membantu pola tidur, keasidan dan pengambilan kalsium.

3. Pelbagaikan pengambilan kopi kepada teh

Terdapat beberapa manfaat kesihatan apabila korang bertukar daripada kopi ke teh sekali-sekala. Tidak seperti kopi yang boleh memberi kesan sampingan jika tidak meminumnya sehari, teh boleh membantu anda berasa lebih relaks sepanjang hari. Ianya juga mampu mengurangkan berat badan dan mengurangkan kadar kolesterol.

Photo by Valeriia Miller on Pexels.com

KESIMPULANNYA?

Persoalan adakah kopi baik atau buruk kepada kita ialah ambillah secara sederhana. Satu atau dua cawan kopi sehari boleh memberi anda manfaat kesihatan, tetapi pengambilan empat cawan atau lebih dalam sehari boleh memberi kesan negatif. Adalah lebih baik untuk mengambil kopi secara sederhana sambil memantau kesan kafein dan mengetahui had pengambilan yang sesuai dengan korang.

5 Kafe Menarik di TTDI, Kuala Lumpur

Taman Tun Dr Ismail atau TTDI ni terletak di sempadan Kuala Lumpur dan Selangor. Semakin hari semakin banyak kedai-kedai baru yang mula beroperasi disini. Dalam posting kali ni, Hafiz akan kongsi kafe-kafe yang menarik dan boleh korang kunjungi di sini.

1. Dough & Dolce

Ni pilihan pertama Hafiz. Sebabnya ialah sebab makanan kat sini sangatlah best. Dia punya Chipotle Grilled Cheese memang sedap giler…

Lokasi : 24A, Lorong Datuk Sulaiman 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

2. Thursdvys

Jangan confuse dengan ejaan Thursdvys tu ok. Bukan typo..hehehe Kafe ni membawa inspirasi dari kafe-kafe di Melbourne. Ada pelbagai pilihan menu disini yang korang boleh pilih. Ada pelbagai pilihan untuk pastry, pasta & kek.

Lokasi : 22, Lorong Datuk Sulaiman 1, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur

photo credit : FB Thursdvys

3. Der Backmeister

Kafe ni menghidangkan pelbagai pilihan menu dari German. Nak tunggu bile border buka nak travel g German tu tak tau lah bila, so korang boleh lah ke sini. Kafe ni menggunakan bahan-bahan premium, no chemical & no preservatives. Kiranya kalau korang memang suka makan roti, Der Backmeister ni adalah salah satu destinasi yang korang mesti pergi.

Lokasi : 40, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Photo Credit : FB Der Backmeister
Photo Credit : FB Der Backmeister

4. Pickle & Fig

Kafe ni pilihan Hafiz masa hari-hari yang rasa macam nak makan ‘healthy food’. Mesti korang pun ada kan hari yang tetiba rasa macam ni kan. Sandwiches kat sini memang best. Kopi kat sini pun best.

Lokasi : 26 Jalan Tun Mohd Fuad 2, TTDI, Kuala Lumpur

Photo credit : FB Pickle & Fig

5. Mukha

Kafe ni pula membawa inspirasi dari Yaman. Pelbagai pilihan menu disini antaranya Chicken Kebab, BBQ pulled beef sandwich, Salmon Tabbouleh dan banyak lagi.

Lokasi : 15, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, Malaysia

Photo credit : Mukha Cafe

Disclaimer : Semua pilihan diatas adalah pilihan peribadi Hafiz dan bukan review berbayar.

Sejarah Central Market

Ada orang panggil Central Market ada orang panggil Pasar Seni. Keduanya membawa maksud dan cerita yang berbeza.

Central Market

Dibuka oleh Kapitan Cina, Yap Ah Loy pada tahun 1888 sebagai pasar basah. Pada awalnya, merupakan pusat tumpuan perniagaan ikan, daging dan sayur-sayuran serta keperluan harian lain dalam kalangan pelombong bijih timah sekitar Lembah Klang. Pada 1936, jurutera bandar, R H Seed menaiktaraf bangunan pasar besar ini.

Pasar Seni

Pada awal tahun 80an Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memindahkan pasar basah ini ke satu lokasi lain dan memperuntukkan RM9juta untuk menaiktaraf dan mengubah dari pasar basah kepada sebuah pusat kebudayaan dan kesenian Malaysia.

Pada 15 April 1986, Central Market telah dinamakan semula sebagai Pasar Seni.

Hari ini…

Setelah melalui pelbagai proses dan usaha pemuliharaan, hari ini Pasar Seni cukup terkenal dikalangan pelancung dalam dan luar negara. Secara peribadi, Hafiz rasakan Pasar Seni atau Central Market ni adalah sebuah lokasi yang wajib untuk korang datang sekiranya korang datang bercuti di Kuala Lumpur.

Pandangan…

Bagi Hafiz Pasar Seni ni perlu melalui satu proses pembaharuan. Bukan sekadar fokus kepada pelancong asing jika mahu terus kekal relevan. Lebih banyak program atau aktiviti yang boleh terus di lakukan bagi menggalakkan warga tempatan untuk terus ke sini.

Semoga Pasar Seni akan terus bertahan dan relevan di masa akan datang…

5 Kafe Retro Menarik di Petaling Street

Petaling Street atau ada yang panggil Chintatown ni bukanlah satu kawasan baru di Kuala Lumpur. Cuma sejak kebelakangan ni banyak usaha yang telah dilakukan untuk menukar wajah & landskap Petaling Street ni.

Kalau korang dah lama tak datang ke Petaling Street ni, apa kata korang luangkan masa korang ke Petaling Street ni nanti. Dah banyak ruang2 yang instagram worthy kat Petaling Street ni sekarang ni. Antara lokasi yang wajib korang boleh cari ialah Rex KL.

Yang pastinya kalau korang datang Petaling Street ni korang tak perlu risau nak makan kat mana sebab dah banyak kafe-kafe ‘retro inspired’ di sini.

1. Vintage 1988

Sesuai dengan namanya, kafe ni seolah membawa korang ke zaman 80 an. Bagi Hafiz, kafe ni mengimbau kenangan masa bercuti di Amsterdam dulu. Dari luar hinggalah hiasan dalamannya, setiap ruang di dalam kafe ni sesuai untuk korang abadikan dalam instagram korang.

Lokasi : 34 Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur

photo credit : FB Vintage 1988

2. Mingle Cafe

Bertentangan dengan Vintage 1988, korang akan nampak ada satu kafe menarik & ‘rustic’. Kafe ni mengetengahkan elemen ‘rustic’. Binaan separa siap dan perabot lama membawa kita kembali ke zaman dulu-dulu.

Lokasi : 55 Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur

3. Merchant Lane

Memasuki kafe ni membuatkan korang rasa macam berada jauh dari kesibukan Kuala Lumpur. Pelbagai menu menarik juga ada disini.

Lokasi : 150 Jalan Petaling, 50000 Kuala Lumpur

4. Chocha Foodstore

Terletak berdekatan dengan Merchant Lane Cafe, Chocha Foodstore ni juga tidak kurang hebatnya. Susun atur dan hiasan dalaman kafe ini juga sangat ‘instagram worthy’.

Lokasi : 156 Petaling Street, 50000 Kuala Lumpur

photo credit ; FB Chocha Foodstore

5. Luckin Kopi

Kafe ni juga korang mesti singgah kalau dah sampai ke Petaling Street ni. Kalau korang suka hidangan yang ada salted egg, kat sini memang heaven. Banyak menu-menu kat sini yang akan buat korang meleleh air liur.

Lokasi : 14 Jalan Panggung, 50000 Kuala Lumpur

photo credit : FB Luckin Kopi