Pengalaman Bercuti di Terrapuri Heritage Village

Semuanya bermula bila pertama kali jejak kaki di bumi Terengganu pada tahun 2020. Masa trip tu, kawan Hafiz ada bawa kitorg semua ke Kg Mangkuk.

This is what we say love at first sight. Terus jatuh hati kat negeri Terengganu dan khususnya Kg Mangkuk ni. Bukan setakat tu saja, balik dari trip tu, terus cari tanah pantai sekitar Setiu dan bermulalah perancangan untuk berhijrah ke Terengganu. Ok part tu nanti kita cerita in details dalam post yang lain.

Balik pada tajuk kita kali ni, masa kat Kg Mangkuk ni kitorg lalu kat Terrapuri ni. My first impression ialah WOW.. lawa gila. Tgk dari luar pun mcm dah kagum sangat. so balik dari trip tu, terus buat plan nak balik ke Terengganu dan stay kat Terrapuri ni. Tapi apa kan daya lepas tu MCO 2.0 & 3.0 pun dilaksanakan.

Setahun kemudian impian berkenaan pun terlaksana. Bila dah boleh rentas negeri dan kebetulan nak site visit my future project di Terengganu, maka Terrapuri pun jadi pilihan.

Proses tempahan agak mudah. Hafiz dapat contact Mas, orang kuat Mr Alex iaitu tuan punya Terrapuri ni. So terus whatsapp Mas, dan buat tempahan dan bayaran yang diperlukan.

Hari pertama sampai dah agak lewat. Urusan check in jugak agak mudah. Prior to our arrival, kitorg minta Mas arrange kan dinner kitaorg. Satu perkara yang korang perlu tahu, Terrapuri ni agak jauh dari Kuala Terengganu. Kedai makan yang paling hampir pun agak jauh. Jadi kalau korang malas nak drive untuk dinner, Terrapuri boleh sediakan dinner.

Hafiz order Koay Teow Goreng & Satay Ayam. Memang terbaik. Harga mahal lah sikit consider hotel standard tapi memudahkan kehidupan. Hehe Dah kenyang terus jalan2 pusing sekitar Terrapuri sebelum masuk tidur.

Hafiz

Sedikit latar belakang Terrapuri ni. Setiap rumah yang ada disini adalah rumah asal yang dibina semula di sini. Setiap buah rumah disini dinamakan berdasarkan tempat / kampung asal lokasi rumah tersebut.

Semasa berada disini Hafiz sempat berjumpa dengan Mr Alex. Kagum melihat kefasihannya dengan sejarah melayu zaman dahulu.

Di Terrapuri ni ada 29 unit rumah klasik yang dianggarkan berusia ratusan tahun. Rumah melayu klasik ini dibina menggunakan kayu cengal dan penaga tanpa menggunakan paku.

Breakfast jugak disediakan disini. Tak ada buffet macam kat hotel tapi ada pilihan makanan yang baik. 3 hari Hafiz kat sini, sempatlah makan bihun goreng, nasi lemak, goreng pisang.

Bagi korang yang macam Hafiz ni tak pernah rasa dok rumah klasik macam ni, memang satu pengalaman yang luar biasa. Selain dari rumah klasik ni, korang jugak boleh tengok koleksi barang2 lama yang di pamerkan disini.

Mesti korang nak tahu macamana agaknya keadaan didalam rumah klasik ni. Jangan risau, setiap rumah ada aircond. Heehe dan berdasarkan pengalaman Hafiz, tak ada benda2 mistik yang mungkin macam korang pernah dengar. Semuanya ok. Sedap tidur sampai ke pagi tanpa gangguan.

Tandas yang disediakan untuk setiap rumah jugak agak besar. Nak letak extra bed pun muat kat dalam tandas ni..hehe

Satu lagi selling point yang best kat Terrapuri ni, keluar jer dari pintu gerbang Terrapuri ni, korang boleh meniknati suasana kampung yang tenang dengan pokok kelapa di sepanjang jalan dan laut china selatan yang terletak di depan Terrapuri.

Kesimpulannya, Hafiz rasa Terrapuri ni adalah satu destinasi di Malaysia yang wajib korang kunjungi. h

Harga : bermula dari RM450

Alamat : Terrapuri Heritage Village, Penarik, Terengganu.

One thought on “Pengalaman Bercuti di Terrapuri Heritage Village

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.