Setiap kali bila orang sebut Genting Highland ni kita selalunya terbayang indoor & outdoor theme park je kan. Tahu kah korang di Genting Highland ni ada Ripley’s Believe It or Not?
Masa yang korang perlukan tu bergantung kepada kecenderungan masing2. Secara kebiasaannya masa yang diperlukan sekitar 1 – 2 jam.
Sedikit latarbelakang Ripleys Believe it or not. Ianya diasaskan ole Robert Ripley. Koleksi Robert Ripley ni buat pertama kalinya di pamerkan pada orang ramai di Chicago World Fair pada 1933. Sehingga ke hari ni, Ripleys Believe it or not telah dibuka di 11 buah negara termasuk di Malaysia.
Ripleys Believe it or not ni terbahagi kepada 5 bahagian.
1. Ripleys Adventureland
Adventureland ni merupakan tarikan utama di Ripleys Believe it or not. Apa yang korang perlu tahu, semua barang yang dipamerkan di Ripleys Believe it or not Genting adalah asli dan bukan replika. Di bawakan khas dari Amerika Syarikat oleh pihak Resorts World Genting.




2. Jurassic Research Centre
Kalau korang suka dinasour, this is ur heaven 😂


3. Zombie Outbreak
That feeling macam masuk rumah hantu. Tak seram pun unless korang memang betul2 penakut 😅

4. 4D Trick Art Museum
Kalau korang sejenis yang suka posing, ni syurga korang lah. Ambil lah puas2.

5. Infinity Room
Again. Ambillah gambar puas2


Harga tiket : RM95
Berbaloi tak? kalau ada masa dan duit lebih, silakan. Kalau budget dan masa terhad korang boleh cuba nextime. Tapi secara jujur, Hafiz rasa korang kena cuba at least sekali. Experience yang best.