Review Lunch di Cili Kampung Langkawi

Ramai kawan2 yang suggest untuk singgah makan di Cili Kampung Langkawi(CK) ni. Ada yang kata sedap tapi mahal, biasa2 je dan macam2 lagi lah yang orang kata.

Destinasi pertama bila sampai kat Langkawi ni kitorg terus ke Cili Kampung. Timing sampai kat airport pun dah dekat nak lunch jadi dapat je kereta kitaorg pun terus ke CK.

Senang cerita, kitorg bertiga memang tak berapa cerewet sangat bab makan ni. Kitorg order Masak Lemak Cili Api Daging Salai, Ayam Masak Kicap & Terung Goreng Ikan Bilis Cili Api.. ok terliur bila terbayang kesedapannya.

Secara peribadi kitorg bertiga memang suka gila dengan Ayam Goreng Masak Kicap kat CK ni. Sedap gila. Portion size agak besar. Harga pun berpatutan. Harga untuk 3 orang makan menu diatas ni termasuk air ialah RM109.

Kesimpulannya kitorg rasa CK ni memang best. Lauk2 dia terasa macam masakan kat rumah. Dah nama kedai pun cili kampung, jadi masakan dia memang agak pedas. Kalau nak kurang pedas boleh bagitau kat staff masa nak order tu ok. Staff & chef kat CK ni pun sangat friendly. Berbaloi lah untuk korang cuba makan kat sini.

Sebelum order dan makan, tengok menu dan harga. Sesuaikan dengan budget korang ok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.