Rahsia untuk turunkan berat badan – part 2

Hey all… kalo sebelum ni dah diceritakan apa yang memotivasikan aku untuk turunkan berat badan. jadi ‘posting’ kali ini, aku nak kongsi pulak camne nak mengatur menu yang sihat…

Trust me… menu yang sihat bukan bermakna you tak bleh makan itu dan ini tetapi menu yang sihat ni mengajar kita bersederhana dalam memilih makanan yang akan kita ambil..

Masa aku mula2 diet dulu, mmg diakui yang susah sgt2 nak diet ni… maybe bcoz of lack of knowledge pasal diet. i always assume that diet ni means tak makan itu dan ini, biar perut kelaparan dan macam-macam lagi. kadang2 tu seharian aku tak makan, then bila tiba time dinner, terus aku makan yang berat2… which is salah cara cam ni sebenarnya.

Dalam perjalanan hidup seharian kita, pastikan kita mengambil 5 – 6 kali hidangan sehari. Disinilah disiplin yang tinggi amat diperlukan.

8.00 am  – Roti wholemeal @ cereal + coffee @ milo @ milk

10.30 am – Roti @ buah @ milo @ soya

12.30 pm – Nasi* + ikan @ ayam + sayur

4.00 pm  – Roti @ Hot Milo

7.00 pm  – Ayam

10.00 pm – Milk

*gunakan anggaran segenggam nasi untuk sehari

Secara amnya, inilah amalan pemakanan yang sudah saya amalkan sejak kira2 4 bulan lalu. Menjadi kebiasaan juga, setiap hujung minggu saya akan pilih utk berehat dari jadual pemakanan ini dan memberi ruang pada diri untuk menikmati juadah yang diinginkan. jangan sesekali paksa diri anda untuk diet yang keterlaluan. Hidup kita cuma sekali, jadi berilah peluang pada diri anda untuk bergembira menikmati hidangan2 yang enak. Yang penting bersederhana dalam memilih hidangan. Kuantiti juga perlu dikawal.. Sertai juga jadual senaman yang konsisten, InsyaAllah anda mampu capai impian anda..

Lebih info lagi untuk posting akan datang… 🙂

lemangs & ketupats

salam semua…. how are the ketupats & lemangs getting along in your stomach?hehe must be great is it.. 🙂 i think i need not to think about lemangs & ketupats anymore… dah berterabur my diet since the day 1 of Raya… But one thing for sure, i really enjoy this Raya…

Rasanya tak salah kalo kita nak enjoy food. cuma kena selalu ada check and balance lah. After all hidup kita ni cuma sekali, so rugi lah kalo kita tak enjoy semua makanan yang ada ini. Enough excercise will do…

Nway starting from today, i m going to make myself busy at gym again. My PT, Hakim dah sms early this morning to remind about today session.. I am very eager top hit the gym again. 🙂 masa kat penang i sempat g gym 2 kali je. ermm Fitness First Island plaza x bes cam kat menara MBF tapi oklah dari xde apa langsung kan….

Oklah i m out to gym ni… nanti kita update lagi.. ciow…

Salam Aidilfitri untuk semua pembaca. Ampun dan maaf dipinta pada rakan taulan andai ada salah silap.

Adiilfitri kali ini dilalui dengan penuh kemeriahan. Syukur pada Allah SWT kerana memberikan kegembiraan ini. Tak tergambar rasa gembira dihati ini bila dapat meluangkan masa yang cukup bermakna bersama keluarga.

Ketika aku membuat catatan kali ini, aku berada di Penang International Airport. Aku ada masa yang cukup panjang untuk menulis kali ini. Ini kerana penerbangan aku di jadual pada jam 1455. Sengaja aku pilih untuk tiba lebih awal kerana aku mahu mengisi masa aku untuk bersendiri seketika.

Aku ingin berkongsi dengan anda semua betapa rungsingnya aku ketika ini kerana memikirkan berat badan aku yang mungkin sudah bertambah akibat ‘seronoknya raya’ kali ini. Tapi aku akan pastikan jadual diet dan perancangan makanan aku akan lebiuh teratur setibanya di KL nanti.

Pada cuti kali ini juga aku berkesempatan untuk menyertai rakan2 sekolah menengah aku bersama2 dalam reunion yang diadakan di Pantai Merdeka{gambar akan menyusul bila aku tiba di KL nnt). Pengalaman yang amat menyeronokkan bila dapat berkumpul semula selepas hampir 7 tahun tidak bersua. Yang kecik jadi besar dan yang besar bertambah besar. Terima Kasih buat Rakan2 yang menjadikan semua ini satu kenyataan. Tahniah!.

Sebenarnya aku sudah kembali membuat penulisan. Kali ini aku cuba untuk lebih matang dalam menghasilkan tulisan2 yang lebih baik. Aku yakin yang aku mampu menghasilkan karya2 yang terbaik untuk semua. Aku juga sedang berusaha untuk menyertai lebih banyak program penulisan supaya semua karya yang dihasilkan nanti dihasilkan dengan nilai kualiti yang tinggi. Sokongan dan doa dari kalian amat diharapkan.

Sampai sini dulu catatan kali ini. Nanti kita bersua lagi.

Salam Syawal utk semua!

Pungguk Rindukan Bulan

Ketika menulis ini, saya difahamkan merupakan hari pertama filem ini ditayangkan di pawagam. Pastinya saya rasa teruja untuk menonton filem ini dalam masa yang terdekat.

Inilah dia Maya Karin yang telah membuat penampilan khas dalam filem ini.

Sedikit sinopsis yang saya dapatkan dari 2 akhbar iaitu Berita Harian dan The Star..

Filem ini berlatarbelakangkan kawasan rumah kos rendah di Johor Baru. Sidi seorang remaja yang sedang membesar dan tinggal bersama bapanya Adman. Konflik mula timbul apabila Umi(maya karin), iaitu ibu kepada Sidi dan isteri kepada Adman meninggalkan mereka tanpa sebarang pesanan.

Semakin hari ruang sempit flet yang dihuni itu terasa begitu luas danm akhirnya merenggangkan Sidi dan Adman. Terlalu banyak kata yang tak terungkap dek kerana rindu yang terlalu membara antara mereka.

Ulasan lanjut mungkin aku mampu berikan selepas menonton filem ini. Setakat ini dulu catatan kali ini. Selamat menonton dan selamat berpuasa.

Rahsia untuk turunkan berat badan – part 1

Setelah ramai yang bertanya tentang apa yang aku sudah lakukan untuk kelihatan lebih kurus( dari 77kg ke 69kg dalam masa 2 bulan), kini aku bersedia untuk berkongsi dengan anda semua apa yang aku telah lakukan…

Jujurnya aku akui bahawa bukan mudah untuk turunkan berat badan. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan bagi memastikan semua yang diimpikan menjadi kenyataan. Satu perkataan yang paling sesuai untuk dinyatakan disini ialah Dedikasi. Dalam apa keadaan sekalipun, dedikasi yang diiring disiplin yang kuat, InsyaAllah impian kita semua boleh menjadi kenyataan.

Sedikit sejarah tentang aku. Aku bukanlah seseorg yang aktif dalam bidang sukan. sedari kecil lagi, sukan adalah perkara terakhir yang menjadi pilihan. Jika dikalangan aku ketika itu, ramai yang memilih bola sepak atau badminton tetapi tidak bagi aku. Aku lebih senang untuk tidak bersukan. Saiz badan juga sememangnya agak berisi kerana aku mmg amat ‘menghargai’ makanan. 🙂

Dan semua itu terus berterusan hingga aku berusia 24 tahun. Selepas menjalani ‘minor surgery’ untuk appendix pada bulan May 2008, berat dan selera makan aku semakin bertambah. Memang merisaukan.. Berat aku ketika itu ialah 77kg. Apa yang lebih membimbangkan ialah bila seluar dan baju aku ‘semakin kecil’.

Selepas aku habis fikir, aku putuskan untuk menyertai gym Fitness First(FF). Disinilah mulanya motivasi pada diri aku untuk memilih cara hidup yang lebih sihat.

Nak tahu lebih banyak cerita tentang menu makanan? diet pilihan, senaman dan banyak lagi? Nantikan kiriman yang akan datang…

Jumpa lagi.

hafiz mahadzir

Hafiz Mahadzir

Salam utk semua…

Mulai hari ini, anda akan dapat melihat aku menulis disini pulak. Bagi anda yang pernah ikuti tulisan aku di http://clixxfeez.blogspot.com , aku janjikan kelainan buat bacaan anda semua kali ini. Dengan gaya tulisan yang lebih matang dan terarah ke arah yang lebih bermanfaat untuk kita kongsi bersama. Dapat aku gambarkan disini bahawa tulisan aku nanti akan lebih terarah kepada info kesihatan, resipi makanan kesihatan, suntikan elemen seni dan pelbagai lagi yang pastinya buat akan membuatkan anda lebih yakin dengan Hafiz Mahadzir. Dan aku harapkan Hafiz Mahadzir ini akan mampu berdiri sebagai sebuah ‘branding’ yang berjaya dan dikenali semua….