Apa Itu PKPB?

Apa yang perlu kita tahu tentang PKPB ni.

Photo by cottonbro on Pexels.com

PKPB telah diumumkan selama dua minggu di Selangor Putrajaya dan Kuala Lumpur bermula hari 14 Oktober 2020.

Berikut ialah aktiviti-aktiviti yang dilarang:

• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

• Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah DITUTUP.• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan dan pertunangan adalah TIDAK DIBENARKAN

• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Senarai SOP lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.

Kebaikan Minum Kopi Dalam Kehidupan Seharian

photo credit : sevenpie.com

Sedar atau tidak, budaya minum kopi ni dah wujud sekian lama dan lama di negara kita. Mungkin hari ni ada lebih banyak variasi berbanding 20 tahun lalu.

Latarbelakang kopi di Malaysia….

Sedikit sejarah kopi di Malaysia, ianya pertama kali diperkenalkan sewaktu pembukaan kedai-kedai ‘kopitiam’ (‘kopi’ diambil dari Bahasa Melayu dan ‘tiam’ bermaksud kedai dalam dialek Hokkien) bermula di zaman penjajahan British. Diawal pengenalan kopi di negara kita, kopi di Malaysia dipanggang dengan mentega dan gula sebelum ditambah dengan air mendidih melalui penapis kain. Jadi kopi yang ada dinegara kita pada masa itu adalah berbeza dengan kebanyakkan negara-negara di barat. Nanti dalam posting lain, Hafiz akan kongsi jenis-jenis kopi yang ada di dunia ni.

Kopi pada tahun 2020….

Photo by Burst on Pexels.com

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, sekarang ni ada pelbagai jenis kopi. Selain dari kopi tradisi yang kita ada dari dulu, budaya minum kopi yang dibru pun semakin berkembang disini dan tak lupa juga kopi segera 3 in 1. Tidak kiralah selera korang nak minum kopi jenis apa pun, samada di kedai kopi biasa, kedai-kedai kopitiam sehinggalah latte dengan lelehan caramel dan whipped cream sebagai penambah perasa kopi korang, rakyat Malaysia sememangnya gemarkan kopi! Secara purata, rakyat Malaysia meminum 2.5 cawan kopi setiap hari.

Persoalannya sekarang adalah adakah kopi memberikan kesan baik atau buruk kepada kita?

Sumber Kafein Utama

Kopi merupakan sumber utama untuk kafein, namun jumlah kafein sebenarnya berbeza dalam kopi yang anda minum; bermula dari hampir kosong sehingga lebih dari 500mg. Secara purata, secawan kopi mempunyai antara 95 – 180mg kafein.

Kebaikan Kafein

1. Bantu untuk kekal cergas

Satu cawan kopi biasa bukan sahaja mampu membantu korang kekal cergas tetapi juga boleh membuatkan minda kekal fokus. Kafein adalah perangsang psikoaktif yang meningkatkan kesedaran, perhatian, keupayaan untuk memberi tumpuan, dan meningkatkan tahap tenaga secara keseluruhan.

2. Meningkatkan Produktiviti

Kafein dikatakan mampu meningkatkan produktiviti seseoarang itu. Kafein dikenali sebagai penghalang reseptor untuk adenosin, satu kompaun di dalam otak yang menjadi punca keletihan dan mengantuk, oleh itu ianya mampu untuk meningkatkan prestasi fizikal dan mental. 

3. Menjadikan Emosi Lebih Baik

Satu kajian yang dilakukan oleh A. Nehlig menunjukkan bahawa pengambilan kafein secara berulang dalam kadar 75mg (bersamaan dengan 1 cawan kopi) boleh memberi kesan dalam perubahan emosi yang lebih baik. [1] Kajian juga menunjukkan kafein boleh membantu mengurangkan simptom kemurungan. [2]

[1] Nehlig A. (2010) Is Caffeine a Cognitive Enhancer?J Alzheimers Dis, 20(S1):85-94.

[2] Grosso G. et al. (2016) Coffee, tea, caffeine and risk of depression: a systematic review and dose-response meta-analysis of observational studies.Mol Nutr Food Res, 60(1):223-3.

Kopi Secara Berlebihan…

Berikut adalah kesan sampingan kalau korang minum kopi secara berlebihan:

  • Rasa gelisah dan gementar
  • Jantung berdebar-debar
  • Loya
  • Merasa bimbang secara tiba-tiba
  • Insomnia
  • Pening               
           

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda mengalami simptom terlebih dos kafein yang serius.

Apakah yang dimaksudkan dengan KAFEIN?

Photo by Igor Haritanovich on Pexels.com

DECAF TIDAK SAMA DENGAN BEBAS KAFEIN

Kopi decaf masih mengandungi 3% kafein. Jumlahnya mungkin lebih kecil tetapi meminum 5 cawan kopi decaf atau lebih bersamaan dengan 1 cawan kopi berkafein biasa.

KOPI MEMBERI TINDAK BALAS YANG CEPAT

Bermula dengan secawan kopi pertama pada waktu pagi, kafein memasuki aliran darah dengan pantas. Satu cawan kopi mempunyai penyerapan kafein yang cepat ke dalam aliran darah di mana ianya mengambil masa lebih kurang 20 minit.

KESAN YANG BERBEZA

Daya penerimaan kafein biasanya bergantung kepada gaya hidup, metabolisme dan genetik korang. Jika metabolisme tubuh lebih tinggi, kafein yang terkandung di dalam kopi lebih cenderung untuk membuat korang berasa gelisah dan gementar. Mereka yang menderita penyakit darah tinggi, diabetes, masalah jantung, osteoporosis dan wanita hamil disarankan untuk mengelakkan atau mengurangkan pengambilan kafein.

MINUM KOPI SECARA BERPADA

Disebabkan kopi adalah minuman yang digemari ramai, kebarangkalian untuk orang berhenti meminumnya adalah rendah. Jadi, di sini Hafiz kongsikan 3 tips buat penggemar kopi untuk minum secara berpada.

1. Kawal pengambilan kopi

Pengambilan kopi secara sederhana adalah selamat, dan ianya boleh termasuk dalam sebahagian dari diet sihat oleh kebanyakan orang dewasa. Pengambilan kafein secara sederhana bersamaan dengan 400mg, atau 3 hingga 4 cawan kopi sehari. Untuk kesan yang lebih sihat korang disarankan mengambil kopi tanpa gula.

2. Tambah sedikit susu

Walaupun kopi hitam boleh merangsangan tenaga dengan pantas, menambah sedikit susu ke dalam kopi juga sebenarnya mempunyai beberapa manfaat kesihatan, seperti membantu pola tidur, keasidan dan pengambilan kalsium.

3. Pelbagaikan pengambilan kopi kepada teh

Terdapat beberapa manfaat kesihatan apabila korang bertukar daripada kopi ke teh sekali-sekala. Tidak seperti kopi yang boleh memberi kesan sampingan jika tidak meminumnya sehari, teh boleh membantu anda berasa lebih relaks sepanjang hari. Ianya juga mampu mengurangkan berat badan dan mengurangkan kadar kolesterol.

Photo by Valeriia Miller on Pexels.com

KESIMPULANNYA?

Persoalan adakah kopi baik atau buruk kepada kita ialah ambillah secara sederhana. Satu atau dua cawan kopi sehari boleh memberi anda manfaat kesihatan, tetapi pengambilan empat cawan atau lebih dalam sehari boleh memberi kesan negatif. Adalah lebih baik untuk mengambil kopi secara sederhana sambil memantau kesan kafein dan mengetahui had pengambilan yang sesuai dengan korang.

Sejarah Central Market

Ada orang panggil Central Market ada orang panggil Pasar Seni. Keduanya membawa maksud dan cerita yang berbeza.

Central Market

Dibuka oleh Kapitan Cina, Yap Ah Loy pada tahun 1888 sebagai pasar basah. Pada awalnya, merupakan pusat tumpuan perniagaan ikan, daging dan sayur-sayuran serta keperluan harian lain dalam kalangan pelombong bijih timah sekitar Lembah Klang. Pada 1936, jurutera bandar, R H Seed menaiktaraf bangunan pasar besar ini.

Pasar Seni

Pada awal tahun 80an Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memindahkan pasar basah ini ke satu lokasi lain dan memperuntukkan RM9juta untuk menaiktaraf dan mengubah dari pasar basah kepada sebuah pusat kebudayaan dan kesenian Malaysia.

Pada 15 April 1986, Central Market telah dinamakan semula sebagai Pasar Seni.

Hari ini…

Setelah melalui pelbagai proses dan usaha pemuliharaan, hari ini Pasar Seni cukup terkenal dikalangan pelancung dalam dan luar negara. Secara peribadi, Hafiz rasakan Pasar Seni atau Central Market ni adalah sebuah lokasi yang wajib untuk korang datang sekiranya korang datang bercuti di Kuala Lumpur.

Pandangan…

Bagi Hafiz Pasar Seni ni perlu melalui satu proses pembaharuan. Bukan sekadar fokus kepada pelancong asing jika mahu terus kekal relevan. Lebih banyak program atau aktiviti yang boleh terus di lakukan bagi menggalakkan warga tempatan untuk terus ke sini.

Semoga Pasar Seni akan terus bertahan dan relevan di masa akan datang…

5 Kafe Retro Menarik di Petaling Street

Petaling Street atau ada yang panggil Chintatown ni bukanlah satu kawasan baru di Kuala Lumpur. Cuma sejak kebelakangan ni banyak usaha yang telah dilakukan untuk menukar wajah & landskap Petaling Street ni.

Kalau korang dah lama tak datang ke Petaling Street ni, apa kata korang luangkan masa korang ke Petaling Street ni nanti. Dah banyak ruang2 yang instagram worthy kat Petaling Street ni sekarang ni. Antara lokasi yang wajib korang boleh cari ialah Rex KL.

Yang pastinya kalau korang datang Petaling Street ni korang tak perlu risau nak makan kat mana sebab dah banyak kafe-kafe ‘retro inspired’ di sini.

1. Vintage 1988

Sesuai dengan namanya, kafe ni seolah membawa korang ke zaman 80 an. Bagi Hafiz, kafe ni mengimbau kenangan masa bercuti di Amsterdam dulu. Dari luar hinggalah hiasan dalamannya, setiap ruang di dalam kafe ni sesuai untuk korang abadikan dalam instagram korang.

Lokasi : 34 Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur

photo credit : FB Vintage 1988

2. Mingle Cafe

Bertentangan dengan Vintage 1988, korang akan nampak ada satu kafe menarik & ‘rustic’. Kafe ni mengetengahkan elemen ‘rustic’. Binaan separa siap dan perabot lama membawa kita kembali ke zaman dulu-dulu.

Lokasi : 55 Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur

3. Merchant Lane

Memasuki kafe ni membuatkan korang rasa macam berada jauh dari kesibukan Kuala Lumpur. Pelbagai menu menarik juga ada disini.

Lokasi : 150 Jalan Petaling, 50000 Kuala Lumpur

4. Chocha Foodstore

Terletak berdekatan dengan Merchant Lane Cafe, Chocha Foodstore ni juga tidak kurang hebatnya. Susun atur dan hiasan dalaman kafe ini juga sangat ‘instagram worthy’.

Lokasi : 156 Petaling Street, 50000 Kuala Lumpur

photo credit ; FB Chocha Foodstore

5. Luckin Kopi

Kafe ni juga korang mesti singgah kalau dah sampai ke Petaling Street ni. Kalau korang suka hidangan yang ada salted egg, kat sini memang heaven. Banyak menu-menu kat sini yang akan buat korang meleleh air liur.

Lokasi : 14 Jalan Panggung, 50000 Kuala Lumpur

photo credit : FB Luckin Kopi

Tempat Lepak Best di KL

Posting kali ni Hafiz nak senaraikan tempat-tempat best yang korang boleh untuk lepak dan makan-makan dengan kawan-kawan korang.

Posting ni jugak kita fokus kepada tempat/kedai yang santai-santai jer ok.

1. Jalan Telawi, Bangsar

Jalan Telawi ni terletaknya di Bangsar. Ramai yang suka lepak kat sini disebabkan variasi makanannya yang pelbagai bermula dari restoran mamak hinggalah ke fine dining. Antara restoran yang popular dan menjadi pilihan ramai adalah Restoran Nirwana Maju, Restoran Kayu Nasi Kandar, Jaslyn Cakes, VCR Cafe, Killer Gourmet Burger dan banyak lagi.

Lokasi : Bangsar

photo credit : the edge

2. Tapak, Jalan Ampang

Tapak ni sangat terkenal dengan pelbagai pilihan makanan food truck. Tapak ini berkonsepkan street food dan menyajikan pelbagai menu yang menarik seperti burger, nasi lemak dan juga pelbagai menu-menu hipster.

Tapak ni juga agak berdekatan dengan KLCC. So lepas dah jalan-jalan KLCC tu korang boleh datang ke Tapak ni atau lepas dah kenyang tu korang boleh pergi tengok wayang di KLCC.

Lokasi : Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 6.00ptg – 12.00tgh malam

3. GoBox Concept, Kampung Baru

GoBox Concept ini menggunakan kontena sebagai binaan asasnya. Agak popular dikalanagan warga KL.  Terdapat pelbagai food stalls yang menjual pelbagai makanan kegemaran seperti Thai food, western food, otak-otak dan banyak lagi.

Harga makanan juga agak berpatutan. Cuma masalah utama kat sini ialah nak cari parking yang berdekatan agak sukar oleh kerana jalannya yang agak sempit dan kecil.

Lokasi : No 12 Jalan Liew Weng Chee, Kampung Baru, KL

Waktu Operasi : 6.00ptg – 2.00pagi

4. The Garage, KL

The Garage KL ini juga adalah salah satu tempat lepak yang berkonsepkan restoran dalam kontena. Restoran ini menyajikan pelbagai Western food yang menarik dan lazat. Selain restoran, tempat ini juga mempunyai kedai potong rambut, kedai koleksi figurin Star Wars dan juga workshop kenderaan di tingkat bawah. Dan yang paling penting The Garage ni sangat Instagram worthy.

Lokasi : Lot 841, Jalan Hulu Kelang, Hillview

Waktu Operasi : 3.00ptg – 12.00tgh malam

Kalau korang ada tambahan cadangan, korang boleh senaraikan di bawah ni ok… 🙂

5 Kedai Ais Krim Pilihan di KL

Untuk perkongsian kali ni Hafiz nak kongsi kedai-kedai aiskrim pilihan Hafiz di sekitar KL. Buat penggemar ais krim, korang kena baca sampai habis ok?

1. Softsrve

Di sini korang aboleh pilih untuk yogurt based atau hard ice cream. Ada pelbagi jenis pilihan. Hafiz secara peribadi suka Blueberry yogurt seperti dalam gambar kat bawah ni. Sedap giler.

Lokasi : D-G-11 Plaza Arkadia No 3, Jalan Intisari, 52200 Kuala Lumpur

2. Kind Kones

Tekenal dikalangan rakan2 ‘vegan’ & mereka yang agak ‘health conscious’. Untuk pengetahuan korang, semua ais krim di Kind Kones ni adalah ‘dairy free’ dan bebas dari perisa tambahan. Jadi korng boleh lah makan ais krim tanpa rasa guilty..hehhe

Lokasi : No 61, Plaza Damansara, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur

3. Whimsical

Whimsical ni sangat terkenal dengan kepelbagaian perisa ais krim yang kadang-kadang agak diluar kebiasaan ais krim yang kita biasa makan. Jangan terkejut dengan menu ais krim nasi lemak yang ada disini. Antara pilihan utama Hafiz di Whimsical ialah Salted Gula Melaka dan Avocado Choc Chip. Apa-apa pun korang jangan risau Whimsical juga ada sediakan normal gelato kalau untuk korang cuba ok.

Lokasi : FF-17, The Waterfront 5, Desa Parkcity, Kuala Lumpur

4. Piccoli Lotti

Mesti korang tertanya apalah maksud Piccoli Lotti ni kan? Diambil dari bahasa Italy, Piccoli Lotti ni bermaksud ‘small batch’ yang memberi gambaran kepada kita yang ais krim disini dibuat dengan teliti dan berkualiti. Untuk pengetahuan korang, Piccoli Lotti juga hanya menggunakan bahan premium dan bebas dari pewarna atau perisa tiruan.

Lokasi : 45, Jalan SS 20/11, Damansara Kim, Petaling Jaya

5. Inside Scoop Ice Cream

Salah satu jenama yang agak terkenal di sek\itar Lembah Klang. Dah makin banyak cawangan. Ais krim kat sini pun best. Antara pilihan Hafiz ialah Coconut Sorbet. Sedap weh…

Diharap dengan perkongsian ni dapat membantu sedikit sebanyak nak makan ais krim kat mana di KL ni ok… Semua ni hanyalah pilihan peribadi mengikut citarasa Hafiz ok. Kalau kporang ada cadangan, boleh komen dibawah ok.

Street art & Mural di Kuala Lumpur

Sejak musim Covid dan larangan untuk keluar negara ni, destinasi dalam negara menjadi topik perbualan masa ni. Mesti korang terfikir nak pergi mana lagi selain pergi shopping mall dan lepak2 kafe kan.

Dalam posting kali ni Hafiz nak kongsikan street art dan mural yang korang kena cari di Kuala Lumpur.

River of Life Kuala Lumpur – berhampiran Mesjid Jamek

Mural gergasi ni terletak di sekitar kawasan River of Life Kuala Lumpur. Agak sukar untuk korang tak terperasan mural bersaiz gergasi ni. Mural ni telah berjaya menukar landskap di sini.

Kwai Chai Hong, Petaling Street KL

Lokasi mural ni pula terletak di Lorong Panggung. Bolehlah korang feeling2 macam balik zaman 60an dulu. Cuma kawasan ni agak sempit. Jadi sila datang awal pagi untuk elakkan kesesakkan manusia ok….

Jalan Alor

Mesti korang tak terbayang kawasan Jalan Alor ni ada mural gergasi yang lawa macam ni kan? Hafiz ingat lagi masa mula2 kenal KL sekitar 20 tahun lalu, Jalan Alor ni macam tempat yang paling takut nak pergi..hehhehe sekarang ni dah lawa dan bersih. boleh lah korang bawa anak2 korang g amik gambar kat sini.

Sebenarnya ada banyak lagi mural dan street art di sekitar KL ni. InsyaAllah dalam posting akan datang Hafiz akan senaraikan kat sini untuk korang cari ok. Jadi rajin2lah visit page ni ok?

Apa2 pun kalau keluar tu jangan lupa pakai mask dan jaga jarak korang ya.

Resepi Kari Ayam Senang & Sedap

IMG_20200318_124250.jpg

Hari ni Hafiz nak kongsi resepi senang yang korang boleh cuba bila ada di rumah ni. Resepi ni Hafiz buat dengan gunakan bahan-bahan asas yang biasa ada kat dapur. Kalau takda santan pun masih boleh buat resepi ni.

Seperti yang kita sedia maklum, memang banyak jenis resepi yang kita boleh cuba. Ada yang letak santan, kerisik, susu dan banyak lagilah. Cuma kali ni Hafiz nak bagi pilihan kat korang bersesuaian dengan keadaan sekarang yang memerlukan pergerakan yang terhad.

Kari ayam ni korang boleh makan dengan nasi, roti jala atau roti.

Kari Ayam

Bahan bahan:
Isi ayam dalam 500g
2biji bawang besar – hiris
6 biji bawang putih – hiris
2 inci halia – hiris
10 sudu besar serbuk kari
1 kotak santan kotak (optional… gambar diatas tak guna santan)
4 kotak air
2 biji kentang – potong kecil
Daun kari
Asam keping
Rempah kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Garam
Gula

Cara cara:
Panaskan minyak yang secukupnya. Tumis rempah 3 sekawan sehingga wangi dan bawang serta halia yang dihiris tadi.

Masukkan rempah kari dan dikacau rata sehingga wangi dan masukkan sedikit air.

Masukkan daun kari, isi ayam dan ubi kentang. Kacau rata sehingga ayam masak dan bahan tumisan pecah minyak.

Masukkan santan dan air. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat dengan api perlahan. Masukkan garam, asam keping dan gula mengikut citarasa korang. Kemudian bolehlah tutup api.

Selamat mencuba…

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Perintah Kawalan Pergerakan

face masks on white background
Photo by Polina Tankilevitch on Pexels.com

Seperti yang kita sedia maklum dengan keadaan Covid 19 yang semakin kritikal ni, kerajaan Malaysia dah umumkan untuk laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, apa yang kita perlu tahu tentang Perintah Kawalan Pergerakan ni.

  1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 March 2020.
  2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.  Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.
  3. Sekatan kemasukam semua pelancong asing ke dalam negara.
  4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.
  5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi(IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.
  6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara(essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

cooking hands handwashing health
Photo by Burst on Pexels.com

Simtom Koronavirus dan Cara Untuk Melindungi Diri

 

Mesti korang dah sedia maklum pasal Koronavirus ni kan. Kerajaan pun dah keluarkan arahan untuk berhati-hati atau menangguhkan perjalanan terutamanya ke negara yang berisiko ni.

Hafiz ringkaskan petikan dari Malaysiakini & Berita Harian untuk dijadikan rujukan panduan kita bersama. 🙂

Apa itu koronavirus dan di mana ia bermula?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak koronavirus dikesan selepas organisasi itu dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar Wuhan, di wilayah Hubei, China.

WHO dalam laman sesawangnya berkata, pihak berkuasa China pada 7 Januari lalu mengesahkan Koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.

Virus itu tidak sepadan dengan virus lain yang diketahui, dan mencetuskan kebimbangan kerana tidak banyak yang diketahui mengenai virus ini seperti tahap bahayanya dan bagaimana kesan jangkitannya terhadap manusia.

“Virus baru itu adalah koronavirus, yang merupakan keluarga yang termasuk selsema biasa, dan virus seperti Sars dan Mers,” katanya.

Virus baru ini buat sementara waktu dinamakan sebagai “2019-nCoV.”

Bagaimana Koronavirus memberi kesan kepada manusia?

Menurut WHO, koronavirus adalah keluarga besar virus yang menyebabkan penyakit daripada selesema biasa kepada penyakit yang lebih berbahaya seperti sindrom pernafasan akut teruk (Sars) dan sindrom pernafasan Timur Tengah (Mers-CoV).

“Tanda biasa jangkitan termasuk gejala pernafasan, demam, batuk, sesak nafas dan kesukaran bernafas.

“Dalam kes yang lebih teruk, jangkitan boleh menyebabkan radang paru-paru, sindrom pernafasan akut yang teruk, kegagalan buah pinggang dan malahan membawa maut,” kata organisasi kesihatan itu.

 

 

Diharap dengan perkongsian ni dapat menjadi panduan kita semua.