Street art & Mural di Kuala Lumpur

Sejak musim Covid dan larangan untuk keluar negara ni, destinasi dalam negara menjadi topik perbualan masa ni. Mesti korang terfikir nak pergi mana lagi selain pergi shopping mall dan lepak2 kafe kan.

Dalam posting kali ni Hafiz nak kongsikan street art dan mural yang korang kena cari di Kuala Lumpur.

River of Life Kuala Lumpur – berhampiran Mesjid Jamek

Mural gergasi ni terletak di sekitar kawasan River of Life Kuala Lumpur. Agak sukar untuk korang tak terperasan mural bersaiz gergasi ni. Mural ni telah berjaya menukar landskap di sini.

Kwai Chai Hong, Petaling Street KL

Lokasi mural ni pula terletak di Lorong Panggung. Bolehlah korang feeling2 macam balik zaman 60an dulu. Cuma kawasan ni agak sempit. Jadi sila datang awal pagi untuk elakkan kesesakkan manusia ok….

Jalan Alor

Mesti korang tak terbayang kawasan Jalan Alor ni ada mural gergasi yang lawa macam ni kan? Hafiz ingat lagi masa mula2 kenal KL sekitar 20 tahun lalu, Jalan Alor ni macam tempat yang paling takut nak pergi..hehhehe sekarang ni dah lawa dan bersih. boleh lah korang bawa anak2 korang g amik gambar kat sini.

Sebenarnya ada banyak lagi mural dan street art di sekitar KL ni. InsyaAllah dalam posting akan datang Hafiz akan senaraikan kat sini untuk korang cari ok. Jadi rajin2lah visit page ni ok?

Apa2 pun kalau keluar tu jangan lupa pakai mask dan jaga jarak korang ya.

Cara Untuk Mulakan Tanam ‘Indoor Plants’

IMG_20200822_190327_213.jpg

Dalam posting kali ni Hafiz nak share satu kategori baru yang diharap boleh memberi manfaat kita bersama. Bukanlah expert dalam hal-hal tanaman pokok ni, cuma sekadar perkongsian dari pengalaman diri sendiri.

Sebagai permulaan ni, Hafiz cadangkan korang mula dengan pokok-pokok yang tidak terlalu mahal. Cuba dulu berlatih dengan skala kecil. Bila dah yakin nanti barulah korang jadikan umah korang ‘urban jungle’….hehhe

Penjagaan Indoor Plant

1. Pencahayaan

Tumbuhan memerlukan pencahayaan yang mencukupi mengikut jenis. Sekiranya tidak mendapat sumber cahaya yang mencukupi, daun akan mula kekuningan dan seterusnya mati. Adalah digalakkan untuk meletak pokok anda di kawasan yang dekat pada cahaya matahari seperti ditingkap. Jadi sebelum beli pokok, kenal pasti jenis pencahayaan yang diperlukan oleh pokok tersebut.

2. Kelembapan dan keperluan air

Kadar penyiraman yang terlalu kurang atau berlebihan boleh menyumbang kepada pokok yang bermasalah. Daun akan bertukar menjadi kekuningan dan mati jika kekurangan air. Manakala jika air yang berlebihan pula akan menyebabkan akar reput atau lemas. Jika ini berlaku pokok korang akan mula lembik dan mudah diserang penyakit. Adalah dinasihatkan untuk periksa tanah korang setiap hari untuk pastikan pokok korang berada pada tahap kelembapan yang mencukupi.

3. Pembajaan

Proses ini disarankan untuk dilakukan sebulan sekali. Bergantung kepada jenis baja yang korang gunakan. Hafiz gunakan baja organik. Ada juga guna tips2 pembajaan organic yang boleh dibuat sendiri. Nanti dalam posting akan datang Hafiz kongsi secara detail.

Buat permulaan ni, kita mulakan yang simple2 je dulu. Jangan pening2 ok. Yang penting korang kena ingat 3 asas ni dulu. Nanti Hafiz sambung lagi ok.

IMG_20200731_181142_295.jpg

 

Resepi Bingka Ubi Kayu Cheese

IMG_20191116_143215.jpg

Hai korang. Dah lama Hafiz tak update dalam blog ni. Bila dah tak boleh travel ni macam tak ada mood pulak nak menulis kan.

Memandangkan perkongsian resepi-resepi sebelum ni agak mendapat sambutan..hehhe Jadi Hafiz akan teruskan berkongsi resepi-resepi yang korang boleh cuba. Macam biasalah resepi yang dikongsi ni mungkin berbeza dengan apa yang korang pernah tengok dan cuba sebelum ni. Ikut cara masing-masing lah ya.

Resepi yang berikut ni rasanya bukanlah baru sangat tapi Hafiz suka Bingka Ubi Kayu Cheese ni. Cuma nak sagat ubi tu leceh lah sikit. Tapi percayalah hasilnya memang sangat berbaloi.

Bahan-bahannya:

200g cream cheese
200g gula
1 biji telur
400g ubi kayu pagat – tapis airnya
IMG_20191116_122539.jpg
1 kotak kecil santan
sedikit pewarna kuning
Cara:
1. Sediakan loyang 8″ x 8″. Panaskan oven pada suhu 170C.
2. Pukul cream cheese & gula sehingga rata.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul rata.
3. Masukkan ubi kayu & santan.
4. Bakar pada suhu 170C selama 1 jam 15 minit sehingga masak.
5. Sejukkan sebelum di potong.

IMG_20191116_141058.jpg

 

Selamat Mencuba ok…

 

 

Resepi Burnt Cheesecake

IMG_20200401_103726_150.jpg

Sejak dua menjak ni Burnt Cheesecake ni memang jadi pilihan ramai kan. Boleh kata mana-mana cafe yang Hafiz pergi sekarang mesti ada jual Burnt Cheesecake ni.

Sebenarnya tak susah mana pun nak buat Burnt Cheesecake ni. Bahan-bahan pun tak banyak. Cuma Hafiz cadangkan korang gunakan lah bahan-bahan yang premium untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:

  • 650g cream cheese (room temperature)
  • 200 gram gula kastor
  • 4 biji telur
  • 250 gram whipped cream
  • 20 gram tepung gandum

Cara-cara penyediaanya:

  1. Panaskan oven pada suhu 200°C. (bergantung pada oven masing-masing)
  2. Sediakan loyang bulat bersaiz 7inci dan alaskan dengan parchment paper.
  3. Putarkan cream cheese dengan gula kastor sehingga sebati.
  4. Bila dah sebati dan nampak gebu tu, masukkan telur satu demi satu.
  5. Masukkan whipping cream dan gaulkan sehingga sebati.
  6. Masukkan tepung gandum dan gaulkan adunan sehingga sebati.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dialaskan dengan parchment paper.
  8. Bakarkan kek pada 200°C selama 1 jam atau sehingga bahagian atas kek sudah bertukar menjadi warna coklat gelap. Selepas 40 minit tu korang boleh cek tengok samada kek tu dibakar sama rata. Jika perlu untuk ubah, sila ubahuntuk dapatkan permukaan yang dibakar rata.
  9. Biarkan kek seketika di dalam ketuhar tanpa membuka pintu ketuhar.
  10. Selepas lebih kurang 1 jam, boleh lah disimpan didalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam sebelum dihidang.

Kalau rajin boleh lah cuba resepi ni ok. Kalau malas & nak cepat, korang pergi lah tengok kat Instagram @thelatenightbaker.kl untuk order.hehhehe

Resepi Sambal Telur

IMG_20200319_133852.jpg

Hari ni merupakan hari ke7 Perintah Kawalan Pergerakan di laksanakan. Dah berapa jenis lauk korang masak nat rumah tu?hehehe Dah macam2 menu tengok orang buat.

Ok dalam keadaan kena dok dirumah dan mungkin bahan bekalan stok makanan yang sedia ada dan agak terhad, apa kata nanti korang cuba resepi mudah ni.

Korang boleh makan dengan nasi lemak atau nasi putih. Cicah roti pun boleh. Kalau nak resepi roti putih, Hafiz pernah kongsi dalam posting sebelum ni. Cuba lah juga nanti.

Bahan-bahan:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar – hiris
5 sudu besar cili kering kisar
Garam
Gula
Air asam jawa
2 sudu besar minyak masak
2 biji kentang digoreng terlebih dahulu
Telur : rebus, kupas & goreng sekejap dengan minyak panas
Cara cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi.
2. Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sampai betul-betul garing. Masukkan gula kedalam kedalam kuali supaya sambal berwarna merah cantik.

3. Masukkan garam dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit mengikut citarasa korang.

4. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Akhir sekali masukkan telur rebus & kentang yang telah digoreng. Rasa dan kepekatan sambal ni mengikut citarasa korang ok.
5. Angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba….

 

 

Resepi Kari Ayam Senang & Sedap

IMG_20200318_124250.jpg

Hari ni Hafiz nak kongsi resepi senang yang korang boleh cuba bila ada di rumah ni. Resepi ni Hafiz buat dengan gunakan bahan-bahan asas yang biasa ada kat dapur. Kalau takda santan pun masih boleh buat resepi ni.

Seperti yang kita sedia maklum, memang banyak jenis resepi yang kita boleh cuba. Ada yang letak santan, kerisik, susu dan banyak lagilah. Cuma kali ni Hafiz nak bagi pilihan kat korang bersesuaian dengan keadaan sekarang yang memerlukan pergerakan yang terhad.

Kari ayam ni korang boleh makan dengan nasi, roti jala atau roti.

Kari Ayam

Bahan bahan:
Isi ayam dalam 500g
2biji bawang besar – hiris
6 biji bawang putih – hiris
2 inci halia – hiris
10 sudu besar serbuk kari
1 kotak santan kotak (optional… gambar diatas tak guna santan)
4 kotak air
2 biji kentang – potong kecil
Daun kari
Asam keping
Rempah kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Garam
Gula

Cara cara:
Panaskan minyak yang secukupnya. Tumis rempah 3 sekawan sehingga wangi dan bawang serta halia yang dihiris tadi.

Masukkan rempah kari dan dikacau rata sehingga wangi dan masukkan sedikit air.

Masukkan daun kari, isi ayam dan ubi kentang. Kacau rata sehingga ayam masak dan bahan tumisan pecah minyak.

Masukkan santan dan air. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat dengan api perlahan. Masukkan garam, asam keping dan gula mengikut citarasa korang. Kemudian bolehlah tutup api.

Selamat mencuba…

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Perintah Kawalan Pergerakan

face masks on white background
Photo by Polina Tankilevitch on Pexels.com

Seperti yang kita sedia maklum dengan keadaan Covid 19 yang semakin kritikal ni, kerajaan Malaysia dah umumkan untuk laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, apa yang kita perlu tahu tentang Perintah Kawalan Pergerakan ni.

  1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 March 2020.
  2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.  Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.
  3. Sekatan kemasukam semua pelancong asing ke dalam negara.
  4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.
  5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi(IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.
  6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara(essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

cooking hands handwashing health
Photo by Burst on Pexels.com

Persediaan Sebelum Menunaikan Umrah

IMG_20200302_165439.jpg

Alhamdulillah, Hafiz baru balik dari menunaikan umrah. Satu perjalanan yang lain dari kebiasaannya. Banyak benda yang perlu dipersiapkan sebelum pergi menunaikan umrah ni.

Hafiz akan berkongsi serba sedikit pengalaman perjalanan kali ni. Bermula dari persediaan sebelum bertolak hinggalah selesai menunaikan umrah. Di harap perkongsian ni nanti dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Untuk posting kali ni Hafiz nak kongsikan persediaan untuk menunaikan Umrah. Tips-tips ni mungkin sangat berguna sekiranya ini merupakan Umrah korang yang pertama.

NIAT

Bagi Hafiz, niat ni tersangatlah penting. Kena jaga betul-betul dari awal supaya kita tak tergelincir kerana “Innamal a’malu binniat” iaitu sesungguhnya setiap perbuatan itu bergantung kepada niat. Kita perlu sentiasa beringat bahawa menunaikan umrah ni bukanlah seperti bercuti. Akhir ni kita tengok ramai yang sibuk berselfie depan kaabah semua tu kan sampai kadang tu ada yang terlupa tujuan asal ke Mekah. Kadang-kadang tu ada yang terlupa perbuatan selfie atau buat facebook live semua tu sehingga mengganggu urusan jemaah lain.

Hafiz tak kata yang bergambar itu menjadi suatu kesalahan, tetapi dibimbangi gambar-gambar yang dikongsikan di laman media sosial itu nanti akan mengundang perasaan riak dalam diri kita sekaligus menjejaskan niat dan ibadah yang kita lakukan. Jadi berhati-hatilah ok. Ingat bahawa kita buat umrah ni sebagai ibadah dan bukan riadah.

ILMU

Selain dari niat, Ilmu merupakan antara persediaan menunaikan umrah terpenting yang perlu kita miliki sebelum menunaikan umrah. Perlu untuk diketahui bahawa ibadah umrah mempunyai rukun-rukun yang perlu kita patuhi. Ilmu-ilmu berkaitan ibadah umrah ini boleh dipelajari secara teori dan praktikal sama ada melalui pembacaan buku, mengikuti kursus umrah yang biasanya disediakan oleh travel ejen secara percuma atau pun belajar daripada internet. Hafiz cadangkan kalau boleh, cubalah sertai kursus-kursus umrah yang disediakan travel ejen ni.

KEWANGAN

Rasanya korang pun boleh agak kenapa kewangan ni penting kan. Kalau kewangan tak mencukupi, macamana nak pergi umrah kan. Cuma pastikan lah sumber kewangan yang nak digunakan tu dari sumber-sumber yang bersih dan bebas dari sebarang sumber yang diragui.

IMUNISASI & KESIHATAN

IMG_20200315_112306.jpg

Semua jemaah umrah dan haji diwajibkan untuk suntikan imunisasi. Ini merupakan salah satu langkah pencegahan yang perlu dilakukan oleh bakal Jemaah sebelum berangkat ke Makkah. Ini kerana, suntikan vaksin dapat membantu bakal-bakal Jemaah mengelakkan diri mereka daripada dijangkiti wabak-wabak penyakit ketika berada di luar negara.

Untuk pengetahuan korang pihak berkuasa Arab Saudi telah mewajibkan pengambilan Vaksin Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) kepada mana-mana Jemaah yang belum pernah mengambil suntikan ini sebelum berlepas ke Tanah Suci. Ini bagi mengelakkan diri daripada terdedah kepada penyakit berjangkit dan boleh disebarkan kepada orang lain. Kebiasaanya travel ejen akan minta korang serahkan sijil vaksin ni 30 hari sebelum tarikh korang bertolak.

PASSPORT & VISA

Seperti yang kita sedia maklum, untuk mana-mana urusan penerbangan ke luar negara ni kita diwajibkan mempunyai passport sebagai pengenalan diri bagi mengelakkan kita daripada ditahan pihak imigresen. Bagi bakal Jemaah yang belum mempunyai passport,  bolehlah buat ataupun memperbaharui passport sedia ada di mana-mana cawangan Jabatan Imigresen di seluruh Malaysia. Korang jugak boleh perbaharui passport korang secara dalam talian.

Permohonan Visa Umrah pula korang boleh serahkan kat travel ejen yang selesaikan. Seperti sijil vaksin, korang kena serahkan passport ni sekurang-kurangnya 30 hari dari tarikh korang bertolak.

SOLAT

Sesungguhnya solat ni merupakan kewajipan semua umat Islam. Jadi, sebelum menjejakkan kaki ke Tanah Suci apa kata kita perbaiki kualiti solat kita dan tidak melengahkan waktu solat. Selain itu, kita boleh mula biasakan untuk solat berjemaah di masjid, disamping membiasakan diri dengan solat-solat sunat.

TAUBAT NASUHA

Taubat nasuha merupakan sejenis taubat yang sebenar-benarnya taubat dengan janji yang ditepati tidak akan mengulangi lagi segala perbuatan yang salah atau dosa tersebut umrah ini umpama mempersembahkan diri kita kepada Allah. Memandangkan umrah ni seperti perjalanan penyucian jiwa ke rumah Allah, adalah elok kita perbaiki diri sebaiknya sebelum bertolak.

BERSENAM

Bagi korang yang dah sedia aktif mungkin boleh skip bahagian ni. Kalau yang jarang-jarang bersenam atau dah lama tak bersenam tu, bolehlah mula untuk bersenam semula sebelum pergi umrah ni. Selain dapat meningkatkan stamina badan, bersenam juga dapat membantu kita untuk kekal cergas. Aktiviti seperti berjoging terutamanya dapat membantu kita membiasakan diri untuk berjalan kaki ketika melaksanakan ibadah umrah terutamanya sewaktu tawaf dan sa’i.

DOA & TAWAKAL

Selepas dah buat semua yang di rancang, hanya kepada Allah kita serahkan segalanya. Banyakkan berdoa dan bertawakkallah kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan ketika menunaikan umrah nanti. Semoga amal ibadah yang akan dilakukan nanti diterima oleh Allah s.w.t dan mendapat umrah yang mabrur.

 

 

 

 

Resepi Nasi Goreng Kerisik

Hari ni Hafiz nak kongsi lagi satu resepi yang senang dan juga sesuai untuk korang yang ada alahan kepada makanan laut seperti udang. Nama menu kita hari ni ialah Nasi Goreng Kerisik (cara saya). Kena bagitau siap-siap takut nanti ada yang  tersinggung sebab tak sama dengan cara masing-masing kan.

Seperti yang kita sedia maklum, kerisik ni memang sangat terkenal dalam kebanyakkan penyediaan masakan melayu seperti rendang, pajeri, kerabu dan banyak lagi. Kerisik ni diperbuat daripada kelapa parut yang digoreng tanpa minyak. Dalam masakan melayu, kerisik ni kira macam bahan penyedap masakan.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 4 ulas bawang putih(dihiris halus)
  • 5 tangkai cili kering
  • 1 sudu besar kerisik
  • Sayur brocoli / sayur pilihan korang
  • 1 biji tomato(dipotong dadu)
  • 1 sudu besar fish sauce*
  • sedikit kicap manis
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar minyak masak

*optional. korang boleh gantikan dengan garam

Cara-cara penyediaannya:

  1. Panaskan minyak. Kemudian goreng bawang putih hingga garing. Ketepikan
  2. Gunakan minyak yang sama semasa goreng bawang putih tadi, masukkan cili kering dan goreng sampai garing sikit.
  3. Kemudian masukkan telur kedalam kuali. Kacau-kacau.
  4. Campurkan nasi ke dalam kuali berserta dengan kerisik. Kacau-kacau lagi dan kemudian boleh masukkan sayur & tomato.
  5. Lepas tu bolehlah korang masukkan sedikit kicap manis & sos ikan(fish sauce)*. Gaul rata kesemuanya.
  6. Sekarang boleh lah korang masukkan bawang putih goreng tadi.
  7. Siap dan boleh lah korang hidang.

IMG_20200216_231433.jpg
Nasi Goreng Kerisik

Selamat mencuba.

 

Resepi Roti Putih Tanpa Menggunakan Mesin

IMG_20191115_110208_330.jpg

Kali ni Hafiz nak kongsikan resepi nak buat roti putih yang orang selalu kata susah nak buat ni. Sebenarnya resepi yang Hafiz nak kongsi dengan korang ni sangatlah mudah. Tak perlu gunakan mixer pun.

Resepi ni akan menghasilkan texture roti yang ringan dan tidak terlalu lembut. Sesuai untuk korang cicah dengan gulai atau pun buat toast. Memang sedap.

Selain dari rasa roti yang sedap ni, roti yang dibuat di rumah ni biasanya jauh lebih baik kerana tanpa bahan pengawet, shortening dan juga gula yang berlebihan.

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan:

375g tepung roti/tepung gandum
30g gula
1tsp garam
20g unsalted butter (room temperature)
1tsp instant dry yeast
240g susu kotak (sejuk)

Cara-cara penyediaan

  1. Campurkan tepung roti, gula, yeast dalam satu mangkuk besar dan gaulkan sampai sebati.
  2. Masukkan susu dan gaul rata. Bila dah agak sebati baru masukkan garam. Tujuan Hafiz masukkan garam kemudian ialah untuk mengelakkan garam tersebut mematikan yeast yang dah dimasukkan terlbih dahulu. Korang boleh mula gaul dengan menggunakan senduk kayu. Bila adunan dah sebati barulah boleh memulakan proses menggaul. Uli adunan sampai jadi doh. @ Kalau korang nak gunakan mixer kek (heavy duty) gunakan kelajuan perlahan dan kemudian sederhana. Hafiz gunakan level 2 je. Uli sampai adunan combine semua dan membentuk doh.
  3. Tambah butter, dan uli sampailah doh berkilat dan licin. Uli sampai la doh licin. Buat macam mak2 kita sental baju dulu tu. Tempoh masa tu bergantung. Kalau Hafiz, bila doh dah licin tu, terus bentukkan jadi bulat. Letak sedikit olive oil @ minyak sayuran di adunan/doh kita tu supaya tak melekat pada mangkuk.
  4. Proofkan doh (rehatkan untuk kembang) sampai saiz jadi 2 kali ganda. Beratnya lebih kurang 660gram.
  5. Bahagikan kepada 2 bahagian sama berat dan rehatkan 10 – 15 minit.
  6. Penyekkan doh dan buat bentuk segi empat. Kemudian lipat dan rollkan jadi macam bergulung sikit dan masukkan dalam loaf pan.
  7. Proofkan lagi 60 minit. Biasanya akan sampai atas penutup loaf pan tu.
  8. Tutup loaf pan dan bakar pada suhu 190C selama 30 minit.
  9. Bila dah sejuk baru lah potong ok. Kalau potong masa tengah panas, kadang2 roti tu akan pecah/berderai sikit….

IMG_20191115_110208_330.jpg

Selamat mencuba….