Bas dari Bandara Soekarno Hatta ke Jakarta Pusat atau Gambir

Jakarta. Merupakan ibu kota dan kota terbesar di Indonesia. Jakarta juga pernah dikenali dengan nama Sunda Kelapa, Jayakarta, Djajakarta, Jacarta, Batavia hinggalah ke hari ni sebagai Jakarta.

IMG_20190913_102105.jpg

Kali pertama Hafiz ke Jakarta adalah pada tahun 2007.  Berbeza dengan percutian sebelum ni, kali ni Hafiz pergi secara solo. Jadi pastinya pengalaman yang berbeza.  Sebelum Hafiz ceritakan pengalaman & itinerary perjalanan semua, Hafiz akan kongsikan cara2 budget untuk solo traveler ke sini. Salah satu cara paling mudah untuk berjimat kalau travel solo ke Jakarta ni ialah dengan menaiki bas dari Soekarna Hatta Airport ke Jakarta Pusat.

Jakarta hari ni pastinya sudah jauh berbeza jika kita bandingkan 5 tahun lalu. Sistem pengangkutan awam yang ada di Jakarta hari ini boleh dikategorikan sebagai agak baik. Pilihan dari bas, train, MRT dan juga perkhidmatan e-hailing seperti Gojek, GoCar dan Grab pastinya memudahkan perjalanan anda ketika berada di Jakarta ini.

IMG_20190913_103735.jpg
Stesen Bas yang terletak di Terminal 2, Soekarno Hatta Airport

Di Soekarna Hatta Airport ni ada 3 terminal. Hafiz tiba di Terminal 2. Bagi korang yang pertama kali ke Jakarta, flight AirAsia akan tiba di Terminal 2.

 

IMG_20190913_104235.jpg

Bila dah selesai semua cari pintu arah ke arah terminal bas. Untuk lebih tepat pintu 2F. Dah nampak terminal bas tu nanti korang boleh bagi tahu kat staff di kaunter tu nak kemana. Memandangkan Hafiz nak menuju ke Jakarta Pusat, staff di kaunter tu cadangkan untuk naik bas yang menuju ke stesen Gambir. Tujuan Hafiz pilih stesen Gambir ni sebab berdekatan dengan Masjid Istiqlal dan Monumen Nasional Indonesia(Monas). Tambang sekitar Rp40,000. Kalau naik grab/gocar/taxi sekitar Rp100,000 – Rp200,000. Jadi kalau korang travel secara solo ni memang sangat berbaloi.

Senang jer kan? Masa perjalanan lebih kurang 1 jam jer. So next visit nanti boleh lah korang cuba. Bas Damri ni sangat selesa dan ada aircond ok.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengalaman ke Hatyai Dengan Bas – Part 1

Ke Hatyai dengan menaiki bas bukanlah sesuatu yang baru. mungkin dah ramai yang pernah cuba cara ni. Dalam posting ni Hafiz nak share pengalaman Hafiz naik bas. Sebelum korang mulakan perjalanan ni, korang mesti sedia maklum yang perjalanan menggunakan jalan darat ni akan mengambil masa yang panjang. Dalam beberapa posting akan datang ni Hafiz akan kongsi perjalanan dari KL – Hatyai – Bangkok – KL.

Mulakan dengan perancangan awal, lebih kurang sebulan dari tarikh perjalanan. Tiket bas ni cepat sold out, so kenalah kiasu sket. Hafiz beli tiket bas ni melalui Easybook.com. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, Hafiz memang selalu beli tiket kat sini. Selain memudahkan kerja membeli tiket, korang boleh jugak kumpul mata ganjaran sekali. Bolehlah guna untuk trip2 akan datang korang nanti. Harga tiket bas sekitar RM 70.

Sebelum beli tiket ni, Hafiz ada tanya jugak kawan2 yang pernah naik bas ke Hatyai. Kebanyakkannya suruh naik bas Alisan express. Sebabnya ada bas yang hanya berhentikan penumpang di sempadan Bukit Kayu Hitam. Jadi sebelum beli tiket, semak betul2 ya. Untuk melepasi sempadan Thai ni, ada 2 laluan yang utama iaitu, Bukit Kayu Hitam & Padang Besar. Bas biasanya akan melalui sempadan di Bukit Kayu Hitam. Sebab apa tu, Hafiz tak pasti. Kalau korang tahu, boleh lah share di ruangan komen di bawah ok.

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Pada hari kejadian, kitaorg pun berkumpul di Terminal Bersepadu Selatan(TBS). Bas dijadualkan bertolak pada jam 11.59malam. Tetapi tak tahu apa punca masalahnya, bas kitaorang hanya tiba pada jam 3 pagi. Ye, 3 jam weh delay. ingatkan naik flight je delay, bas pun delay jugak ya. Jadi kalau korang merancang untuk menggunakan pengangkutan darat ni, sila sediakan sedikit jarak masa untuk perkara2 yang tak dijangka macam ni.

IMG_20190628_092828.jpg
Keadaan diluar kompleks imigresen Thai. Kena banyak2 bersabar 🙂

Setelah 6 jam perjalan, kami pun tiba di sempadan Malaysia – Thailand. Urusan di sempadan Malaysia ni agak pantas. Cuma bila masuk di imigresen Thai ni, terkejut tengok orang dah beratur panjang. Memandangkan train kitaorg untuk ke Bangkok pada jam 6.45 petang, senyum & redha jer beratur untuk 2 jam.

Selepas dah selesai segala urusan imigresen, perjalanan diteruskan sehingga sampai ke Hatyai pada jam 11.30tghari(waktu Thai, kurang 1 jam dari Malaysia). Jadi jumlah masa perjalanan masa kami termasuk delay time ialah 12 jam 30 minit. Best tak?hehehe

IMG_20190628_114810.jpg
Kelantan Restaurant, Hatyai

Dah sampai kat Hatyai, kitorg pun terus serbu ke kedai Kelantan Restaurant. Kebetulan kedai ni terletak dekat dengan lokasi bas Alisan tu berhenti. Jalan kaki je. Kedai ni memang favorite kitaorg. Dalam trip ke Hatyai sebelum ni pun, 3 kali kitorg makan kat sini. Kalau korang pergi pagi, boleh rasa nasi kerabu kat sini. Untuk menu makan tengahari, Hafiz syorkan korang try daging goreng bawang putih dia. Sedap sangat2. Tomyam kat sini pun sedap. Puas hati.

IMG_20190628_120553.jpg
Menu meleleh air liur di Kelantan Restaurant
IMG_20190628_145627.jpg
Pacific Residence, Hatyai

Dah selesai makan, kitaorg terus jalan ke hotel yang Hafiz dah book untuk kegunaan satu hari ni. Tujuan bilik hotel ni ialah untuk memudahkan kitaorg mandi, membuang apa2 yang sepatutnya & solat. Persediaan mental untuk menempuh satu lagi perjalanan yang panjang 17 jam ke Bangkok.

IMG_20190628_134656.jpg
Stall ni terletak kat Morning Market, Hatyai

Sebelum naik train, kitaorang tapau kat salah satu stall pilihan kitaorg. Nasi kuning & ayam goreng kat sini memang terbaik. Ayam tu bila dah sejuk pun masih sedap…

IMG-20190628-WA0063.jpg

Sambungan dalam part 2 nanti, Hafiz akan share keadaan dalam train pulak ok…

Kos untuk hari pertama:

  • Tiket Bas : RM70
  • Lunch : RM20*
  • Hotel : RM17*
  • Dinner : RM10*

Jumlah perbelanjaan untuk hari pertama ialah RM117(*semua kos diatas telah dibahagi samarata)