Puasa tak tinggal, tapi badan makin gemuk. Ketahui sebabnya

flat lay photo of katsu tea set and bowl of ramen
Photo by Vincent M.A. Janssen on Pexels.com

Selalunya di awal-awal bulan Ramadhan kita seringkali mendengar orang yang bercita-cita tinggi untuk menurutkan berat badan sempena berpuasa.

Malangnya, selepas bulan Ramadhan, ramai yang berat badannya bertambah-tambah, lagi berat daripada sebelum puasa. Pernah tidak terjadi pada anda atau orang sekeliling anda?

Mari ketahui beberapa sebab kenapa berat badan kita bertambah pada bulan Ramadhan.

1. Makan Terlalu Banyak Ketika Berbuka

Ini sebab utama yang dikenalpasti. Mentang-mentang penat berpuasa, habis macam-macam jenis kuih muih dan juadah yang dibeli ketika di bazar Ramadhan. Semuanya sebab nafsu.

Masuk sahaja waktu berbuka, kemain gelojoh makan segala makanan yang ada di atas meja. Belum termasuk bermacam-macam jenis air manis yang ada. Kesudahannya, kenyang yang teramat sangat dan mengantuk. Sebenarnya tanpa kita sedar, jumlah kalori dan gula yang diambil ketika berbuka juga boleh melebihi kadar yang biasa kita ambil ketika tidak berpuasa.

Itu belum lagi kalau pergi berbuka dengan juadah buffet.  Macam-macam lagi makanan yang tidak berkhasiat masuk dalam perut.

2. Makan Banyak Ketika Moreh

Moreh adalah majlis makan-makan secara kecil-kecilan yang dibuat selepas solat terawikh. Ianya lebih kepada adat semata-mata dan hanya bertujuan mengalas perut dan memberi peluang kepada orang ramai untuk bersedekah.

Malangnya, ada segelintir daripada kita yang mengambil makanan berat ketika moreh. Ada juga surau dan masjid yang berkemampuan menyediakan makanan berat ketika moreh seperti mee goreng, rojak, mee sup dan sebagainya sebagai moreh.

Sekiranya anda melantak ketika moreh, maka jangan hairanlah berat badan bertambah selepas bulan puasa. Elakkan memakan makanan berat pada waktu malam dan sebelum tidur.

3. Sahur Terlalu Awal

Nabi Muhammad menggalakkan kita mencepatkan berbuka apabila sudah masuk waktu dan melambatkan sahur. Walaubagaimanapun, ada segelintir manusia yang sukar bangun sahur jadi mereka mengambil keputusan untuk makan lewat malam dan hanya bangun pada waktu Subuh.

Ini juga merupakan penyebab berat badan naik. Seboleh-bolehnya elakkan makan 2 3 jam sebelum tidur. Sekiranya ada mengambil keputusan untuk sahur awal, bukan sahaja anda tidak memperolehi pahala sahur tetapi juga akan memudahkan berat badan cepat naik.

4. Tidur Selepas Sahur

Tidur sebaik sahaja makan adalah tidak elok untuk tubuh badan. Walau bagaimanapun, tidur selepas sahur adalah perkara biasa yang paling ramai antara kita lakukan pada bulan Ramadhan.

Paling mendukacitakan ada yang tidur sebaik sahaja makan sahur sebelum subuh. Kesudahannya, terlajak Subuh. Janganlah jadi manusia yang mementingkan pahala sunat (sahur) daripada perkara wajib iaitu solat.

 

person kneeling holding book
Photo by rawpixel.com on Pexels.com

Sumber : iluminasi.com

Tips Kekal Aktif di Bulan Puasa

Gelas-Air-bersih.jpgBagaimana untuk kekal cergas di bulan puasa? Takkan kita nak nampak pucat lesu hanya kerana berpuasa… Ada pelbagai pendapat yang Hafiz pernah dengar. Tak pasti kesahihannya. Kadang2 tips yang orang bagi atau kita baca di internet ni kena cuba kat diri sendiri baru tau ok ke tak.

Bagi Hafiz cara yang paling berkesan untuk kekal cergas ialah bersahur. Dan dilewatkan sahur sampailah menghampiri waktu imsak. Kena rajin lah sikit bangun awal pagi untuk sahur tu. Kat bawah ni ada tips2 yang korang boleh cuba ya.

  1. Mengambil makanan TINGGI SERAT semasa sahur. Makanan tinggi serat ni membantu kita kenyang lebih lama. Contoh makanan tinggi serat ialah whole grain(roti/pasta), beras perang, kekacang, oatmel, berries, epal hijau.
  2. Protein. Ini merupakan sumber wajib untuk diambil ketika sahur. Protein ni membekalkan tenaga untuk kita. Contoh sumber protein ialah telur, daging, soya, ikan dan banyak lagi. Tapi perlu diingat untuk diambil pada kadar yang berlebihan.
  3. Lemak Baik. Sumber lemak baik ini terdiri dari avocado, kekacang, mentega kacang, buah zaitun & minyak zaitun. Lemak baik ini membantu kita untuk kenyang lebih lama. Elakkan makanan yang bergoreng ketika sahur.
  4. Buah-buahan dan Sayuran. Sebaiknya mulakan sahur anda dengan buah diikuti makanan2 yang lain berserta sayur.
  5. Air. Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya 2 geas air ketika sahur.

Yang paling penting Hafiz nasihatkan korang bersederhana ketika sahur. Jangan berlebihan. Kalau ada masa 30 minit sebelum berbuka boleh lah bersenam sedikit untuk membuatkan anda kekal aktif.

Senarai Buffet Ramadan 2018

Buffet Ramadhan! Semakin hari semakin ramai yang mendapat kesedaran untuk tidak membazir di Bulan Ramadan ni. Cuma kadang2 kita memilih untuk berbuka diluar atau hotel pilihan atas dasar untuk bersama dengan rakan-rakan. Disini Hafiz senaraikan hotel, harga dan contact no untuk korang buat tempahan.

  1. Concorde KL : RM148nett : +603-21442200
  2. Mandarin Oriental Hotel KL : RM188 : +603-21798881
  3. Royal Chulan  Bukit Bintang Hotel : RM98nett : +603-21479898
  4. Hotel Istana KL : RM155nett : +603-21419988
  5. Sime Darby Conv Ctr : RM99 : +603-20893799
  6. Seri Pacific Hotel KL : RM98 : +603-40494351
  7. Coffee House, Sunway Putra KL : RM128 : +603-40409888
  8. KL Tower : RM128 : +603-20205444
  9. Paya Serai Hilton PJ : RM189 : +603-79559122
  10. Aloft KL Sentral : RM138nett : +603-27231188
  11. Vasco’s Hilton KL : RM188nett : +603-22642264

Ni sebahagian yang Hafiz ada info. Nanti kalau ada lagi Hafiz update korang ya.