Tips-tips untuk mengelak dari tersalah pilih rakan travel

Sapa yang dah biasa travel mesti faham betapa pentingnya kena ada chemistry dengan rakan travel ni. Kadang-kadang orang yang kita rasa dah cukup kenal pun boleh buat perangai yang kadang-kadang tu sukar untuk kita jangka.

Memilih rakan travel yang tepat sangatlah penting untuk mengelakkan rancangan korang tergendala dan bermasam muka antara satu sama lain. Berdasarkan pengalaman, Hafiz kongsikan serba sedikit panduan yang mungkin boleh membantu korang.

IMG_20190701_140133.jpg
ni lah keadaan dalam song thew ni. Rasa macam naik lori pun ada gak..hehehe

Kenali Diri Sendiri

Pertama sekali, korang harus kenal pasti ciri peribadi korang sama ada jenis dominant atau passive. Kalau korang jenis dominant tu, pastikan travel buddies korang jenis submissive. Kalau semua dominant memang huru hara lah perjalanan korang. Kalau semua submissive pun susah jugak.

Apa itu dominantDominant ini bermaksud korang jenis suka berkuasa atau mempunyai pengaruh kuat. Passive atau submissive ni bermaksud jenis yang senang ikut.

Walaubagaimanapun kalau semuanya bersikap dominant pun, korang boleh berbincang secara teliti siapa yang akan atur itinerary, tempat penginapan dan pengangkutan. Semuanya harus dirancang dengan teliti dan masing-masing perlu ada rasa sikap tolak ansur yang tinggi.

Ketahui Keadaan Kewangan Rakan-Rakan Travel

Adalah sangat penting untuk kita ambil tahu keadaan kewangan rakanrakan travel kita ni. Hafiz cadangkan korang berbincang terlebih dahulu angaran budget masing-masing. Jadi bila dah budget masing-masing ni senang nak rancang jenis penginapan & pengangkutan.

Dalam erti kata lain kalau kita ni jenis budget rendah, apakata kita travel dengan yang budget rendah jugak. Begitu jugaklah sebaliknya. Ada juga jenis yang berduit tapi sangat berkira untuk belanja membeli makan tetapi tak kisah untuk shopping.

Jadi pastikan korang kenal pasti budget masing-masing sebelum buat keputusan nak travel sama tu.

Kenali Cara atau ‘Lifestyle’ Rakan Travel

Ramai yang terlepas pandang bab ni.  Kenalpasti style travelling korang seperti fully backpacker atau jenis bawa backpack tapi stay hotel ke, bawa beg trolley tapi stay hostel ke atau jenis luxury traveler. Bila dah kenal diri, maka pilih lah travel buddies yang paling sesuai supaya tidak ada conflict masa pemilihan penginapan nanti.

Hafiz pernah travel bercampur antara luxury dan backpacker. Biasanya kalau travel secara berkumpulan ni, Hafiz akan ikut majoriti. Travel sekali tapi dok hotel atau hostel yang berbeza pun bukanlah satu masalah. Asasnya ialah buat ikut kemampuan masing-masing.  Sebenarnya, benda ini tidak jadi masalah sebenarnya asalkan semua pihak selesa dan ada sefahaman dan bukan kaki dengki dengan rakan yang lain.

Kalau korang rasa korang jenis queen atau diva yang ada cita rasa sukar nak difahami, silalah buat tempahan hotel sendiri. Bila kawan-kawan dah tolong book tu, janganlah complain itu ini tak kena. Sebab kawan yang tolong buat tempahan tu dah cuba sebaik mungkin memudahkan semua.

Beli Tiket Penerbangan

Bila nak beli tiket ni, kita kena ingat yang  tak semua orang suka naik low cost airlines dan tidak semua orang suka membazir untuk tiket mahal. Bagi conflict seperti ini, cara penyelesaianya anda boleh berpisah menaiki flight pilihan dan berjumpa di airport atau di hotel.

Tak kisah lah pilih pengangkutan atau airlines apa yang korang pilih, perlu sentiasa ingat ialah tujuan utama ialah untuk sampai ke destinasi dengan selamat.

Rancang Itinerary

Lepas dah kenal pasti keperluan travel tu, sekarang kita beralih ke bahagian penting dalam travel, iaitu itinerary. Pertama sekali, tanya travel buddies korang tu, apa dia expect atau apa outcome bila trip nanti? Ada orang suka cities, ada yang suka scenery, muzium, artsfood, culture dan macam-macam.

Dari sini korang boleh susun mana attractions yang patut skip, mana yang patut fokus supaya semua orang boleh berpuas hati. Kalau ada pendapat, nyatakan pendapat masa dalam proses tengah buat itinerary. Bukan bila dah sampai destinasi baru lah korang nak share idea korang tu.

Bab Makan

IMG_20190630_201726.jpg

Ni antara bab yang agak kritikal jugak. Kena tanya setiap ahli, jenis yang nk jimat makan maggi sepanjang masa ke, nak kedai yang ada HALAL guarantee ke, masak sendiri ke dan lain-lain lagi lah. Ingat, tentang makanan pon boleh ada isu. Ada yang pilih berjimat dengan masak untuk breakfast dan dinner. Makan di luar untuk lunch sahaja.

Ada juga jenis ikat perut waktu lunch, dan tidak lupa juga yang memang jenis makan kat luar setiap waktu. Ada yang jenis nak save budget, ada juga yang memang tak selera nak makan makanan asing.

Jadi, kenali tabiat permakanan travel buddy korang. Ingat, nak masak juga consume masa dan tenaga. Jadi, perlu berhati-hati dan selidik dahulu travel buddies anda jenis macam mana. Benda ni nampak simple tapi kalau tak bincang betul-betul boleh bawa masalah besar.

Timing

Ini paling penting apabila melancong bersama travel buddy. Ada yang jenis bangun lambat, ada yang jenis bila shopping lupa dunia, ada yang tak tahan panas, ada yang pantang jumpa benda pelik wajib singgah dan macam-macam lagi ragam manusia.

Jadi bila travel tu sama-samalah bertimbang rasa. Kalau nak buat ikut suka hati, sila travel secara solo.

Waktu Jalan Jalan

Tujuan utama travel ni pastinya keluar jalan-jalan atau melawat attractions. Ada traveler suka keluar seawal pagi, ada yang suka keluar lambat, ada yang suka keluar awal dan balik awal, ada yang suka keluar lambat dan balik lambat dan ada juga yang keluar pagi-pagi lepas itu balik rehat, refresh dan keluar balik pada belah malamnya.

Benda nampak kecil, tapi bab ni pun kadang-kadang boleh bawa kepada masam muka. Tanyalah pendapat kawan-kawan. Kalau badan rasa penat, baliklah hotel atau korang pergi lah berehat sendiri. Janganlah sebab korang penat, tunjuk masam muka tu kat kawan-kawan yang lain. Bertimbang rasalah.

Pengangkutan

Bila nak travel ni, tolong kaji dahulu ground transport tempat yang korang nak pergi tu. Accessible by public transport ke, senang dapat e-hailing car ke, senang dapat teksi ke atau boleh jalan kaki sahaja nak visit attractions.

Jadi, dari sini boleh berbincang method of transportation korang. Ada yang suka jalan kaki sahaja, ada yang suka naik pengangkutan awam dan ada yang suka naik teksi. . Apa-apa pun, tepuk poket, tanya bajet masing-masing.

IMG_3695

Semua-semua yang ada diatas ni tersangatlah subjektif dan Hafiz akui sangat sukar untuk kita kenal pasti rakan travel yang tepat selagi belum travel sama-sama. Hafiz harap perkongsian ni sedikit sebanyak dapat bantu korang bila nak travel nanti.

Sebagai manusia ni kita tak sempurna. Jadi kita kenalah beringat untuk selalu bertolak ansur. Ringan-ringankan mulut untuk berterima kasih dan meminta maaf sepanjang perjalanan kita tu. Selamat bercuti 🙂

 

 

Tip dan Etika sebelum menaiki kapal terbang

Ti

10852783_752297234853539_21582400_n
Stesen Train di Blue Mountain…

p-tip ni Hafiz kongsikan buat mereka yang pertama kali nak travel atau kalau dah biasa mungkin sekadar peringatan bersama.

Berikut adalah tips yang boleh korang amalkan:

1. Jika korang ah confirm booking berkaitan dengan perjalanan korangcetak semua travel itinerary. Kalau berlaku sebarang masalah mengenai tempat duduk, insurans penerbangan dan lain-lain, korang boleh tunjuk dokumen tersebut kepada staff yang berkenaan.

2. Pastikan korang sampai awal di airport untuk document check, sebab ada negara yang kalau korang takda return tiket, korang tak boleh board the aircraft sebab ia adalah rules & regulations daripada negara berkenaan.

3. Pastikan korang makan sikit sebelum penerbangan, kerana bila fly ni biasanya perut kita akan bloated dan akan rasa seperti macam angin. Bila bloated atau masuk angin tu nanti mulalah rasa nak muntah dan sakit kepala.

4. Sila bawa toileteries jika penerbangan lebih 3 jam untuk mengekalkan kesegaran dan kebersihan diri. Kalau tak nak gosok gigi, kunyahlah chewing gum bagi mulut tidak berbau..

5. Tolong sentiasa bertenang dan duduk di tempat yang telah ditetapkan. Tak ada bezanya kalau duduk di tepi tingkap atau tidak, masih menuju ke destinasi yang sama.

6. Masa hendak take off, ramai yang akan letak headset/airpods/earphone. Pada waktu ini, korang kena berhenti guna dahulu, sebab semasa take off & landing, waktu ini waktu crucial, takut nanti bila emergency, orang lain dah keluar kapal, korang masih duduk kat seat layan lagu..heheh

7. Bila aircraft dah fly. Waktu ini baru lah boleh korang switch on iPad, smartphone dan sebagainya. Cabin crew akan datang bagi landing form kepada korang (international fly) jadi pastikan anda ada pen sendiri.

8. Time paling best bla fly ni ialah makan nasi lemak..ahahahha! Masa ni, please tegakkan tempat duduk korang walaupun korang tak bercadang nak makan. Be considerate dengan orang belakang anda. Kesian orang nak makan terseksa nanti.

9. Bila dah habis makan, put it on a table and hand it over to the crew. Janganlah letak on the floor.

10. Pastinya selepas makan, ramai yang akan ke tandas. Tolong lap sink selepas guna untuk penumpang lain. Kalau rasa toilet sudah agak berbau, minta tolong krew untuk spray dan buat apa yang perlu..

11. JANGAN ‘poke’ krew untuk minta sesuatu. Just say ‘excuse me’ dan pasti krew akan membantu.

12. Untuk Muslim, kalau nak solat dalam kapal (perjalanan jauh), jangan segan silu untuk bertanya krew waktu solat. Captain sendiri akan buat perkiraan waktu solat, dan anda haruslah bertayamum. Jangan pulak request mineral water nak ambil wudhu dalam tandas ya.

13. Lastly korang akan dengar “Cabin crew disarm all doors and cross check.” masa ini korang dah boleh berdiri dan take your belongings. Lagi sekali, jangan kelam kabut sangat. Tidak ada benda yang nak dikejarkan melainkan korang ada connecting flight. Ok bagi kes connecting flight, korang boleh inform cabin crew untuk tolong arrangekan. Part tu bergantung kepada airlines dan cabin crew yang bertugas.

14. Bila dah nak keluar kapal terbang tu, senyum dan ucapkan terima kasih Tiada paksaan tetapi basic courtesy sebagai manusia.

Semoga tip-tip ni dapat membantu melancarkan perjalanan korang nanti ya.

Cara Untuk Renew Passport Secara Online

Pernah tak korang terfikir alangkah senangnya kalau boleh renew passport secara online kan? Kalau dulu-dulu setiap kali nak renew passport, mesti kena pergi awal pagi kan.

Sekarang ni korang dah tak payah risau sebab korang boleh renew passport dimana sahaja. Jom kita tengok langkah-langkah yang korang perlu lakukan.

Isi borang online

bnKorang perlu mengisi borang di laman sesawang Imigresen Malaysia dan isikan segala maklumat peribadi seperti yang dikehendaki dalam borang tersebut.

Kemudian, pilih cawangan imigresen mana yang korang nak ambil pasport baru tu. Perlu diingat foto yang dimuat naik mestilah mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Pastikan latar belakang gambar berwarna putih dan tidak kabur. Kalau tak, kenalah buat lagi sampai menepati piawaian imigresen malaysia.

Pembayaran

Bila korang dah selesai mengisi butiran lengkap, boleh terus klik submit dan membuat pembayaran secara online. Kadar bayaran yang dikenakan untuk memperbaharui pasport untuk mereka yang berumur 13 – 59 tahun adalah sebanyak RM200 manakala bagi warga emas (60 tahun ke atas) hanya RM100.

Dokumen yang perlu disediakan untuk mengambil passport

Korang perlu membawa tiga dokumen penting untuk mengambil pasport.

  1. Cetakan resit yang telah dibayar secara online
  2. Kad pengenalan
  3. Pasport lama.

Kemudian, korang ambil nombor giliran di kaunter untuk mengambil pasport online dan tunggu sehingga nombor giliran dipanggil untuk proses selanjutnya.

Untuk pengetahuan korang juga, kalau korang isi borang sebelum 12 tengah hari, korang boleh ambil pasport baharu pada sebelah petang hari yang sama. Kalau tak, korang perlu ambil pasport pada keesokan harinya.

Dalam beberapa langkah mudah ni, passport korang dah pun siap. Lepas ni tak payah risau nak tunggu lama untuk renew passport ok.

pasprot.transformed