Resepi Burnt Cheesecake

IMG_20200401_103726_150.jpg

Sejak dua menjak ni Burnt Cheesecake ni memang jadi pilihan ramai kan. Boleh kata mana-mana cafe yang Hafiz pergi sekarang mesti ada jual Burnt Cheesecake ni.

Sebenarnya tak susah mana pun nak buat Burnt Cheesecake ni. Bahan-bahan pun tak banyak. Cuma Hafiz cadangkan korang gunakan lah bahan-bahan yang premium untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan:

  • 650g cream cheese (room temperature)
  • 200 gram gula kastor
  • 4 biji telur
  • 250 gram whipped cream
  • 20 gram tepung gandum

Cara-cara penyediaanya:

  1. Panaskan oven pada suhu 200°C. (bergantung pada oven masing-masing)
  2. Sediakan loyang bulat bersaiz 7inci dan alaskan dengan parchment paper.
  3. Putarkan cream cheese dengan gula kastor sehingga sebati.
  4. Bila dah sebati dan nampak gebu tu, masukkan telur satu demi satu.
  5. Masukkan whipping cream dan gaulkan sehingga sebati.
  6. Masukkan tepung gandum dan gaulkan adunan sehingga sebati.
  7. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dialaskan dengan parchment paper.
  8. Bakarkan kek pada 200°C selama 1 jam atau sehingga bahagian atas kek sudah bertukar menjadi warna coklat gelap. Selepas 40 minit tu korang boleh cek tengok samada kek tu dibakar sama rata. Jika perlu untuk ubah, sila ubahuntuk dapatkan permukaan yang dibakar rata.
  9. Biarkan kek seketika di dalam ketuhar tanpa membuka pintu ketuhar.
  10. Selepas lebih kurang 1 jam, boleh lah disimpan didalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam sebelum dihidang.

Kalau rajin boleh lah cuba resepi ni ok. Kalau malas & nak cepat, korang pergi lah tengok kat Instagram @thelatenightbaker.kl untuk order.hehhehe

Kedai Kopi yang buka sampai lewat malam di Kuala Lumpur

Korang pernah tak plan nak lepak malam weekend nak minum kopi dan makan kek tapi tak tau nak pergi mana sebab kebanyakkan kedai kopi dan kek ni tutup awal.

Secara logiknya sapa nak minum kopi malam-malam jadi mungkin sebab tu lah banyak kedai kopi tutup awal. Tapi tu dulu lah kot kan. Bagi kita yang tak minum minuman haram tu, malam weekend tu kadang-kadang nak jugak kat tempat lepak yang best selain dari lepak minum kopi kat kedai mamak kan.

Ok apa pun yang ada dalam fikiran korang, Hafiz kongsikan sedikit senarai yang mungkin boleh bantu korang buat pilihan nanti.

Huckleberry Food & Fare, Damansara Height

huckleberry-food-and-fare-plaza-damansara-exterior-600x424
photo credit : foodmsia.com

Ni antara favorite Hafiz. Selain dari dia buka sampai lewat malam, kek kat sini pun banyak yang best. Pilihan makanan pun best kat sini. Hafiz cadangkan kalau korang nak pergi lepak masa weekend tu, boleh call & book spot korang. Takut nanti dah sampai tak ada seat pulak kan.

VCR Bangsar @ VCR Bukit Bintang

39509732_1777490235692230_1386272768630194176_o
photo credit : FB VCR

Satu lagi tempat yang korang boleh minum kopi sampai lewat malam ialah VCR Bangsar  atau VCR Bukit Bintang. Memang best & lawa cafe ni. Kopi diorang pun best…

Feeka @ Bukit Bintang

60490241_1301760089991649_3162152779573624832_o
Photo credit : FB Feeka

Kalau korang lepak santai dengan kawan-kawan, bolehlah orang singgah ke kafe Feeka ini. Kafe ini bertemakan minimalis tetapi sangat lawa. Korang boleh menikmati pelbagai hidangan brunch di sini seperti breakfast bowls dan pelbagai jenis pastri yang enak. Kopi kat sini pun best.

Nanti ada masa Hafiz buat review kedai2 lain jugak ok. Late ni masa terhad. Jadi kalau lepak on weekend tu biasanya kat kedai-kedai yang dah biasa. Nanti kita cuba tempat-tempat baru dan update ok.

Resepi Kek Pisang Yang Senang dan Sedap

Banana Cake

Mungkin ada dikalangan yang tahu Hafiz yang selain dari kerja 9 – 5 hari-hari, Hafiz juga ada jual kek kat instagram @thelatenightbaker.kl . Kalau korang ada masa g lah tengok kat situ ok.

Rasanya dah sampai masa untuk share jugak dengan korang resepi-resepi simple yang best. Konsepnya tak kira lah sesimple mana pun bahan yang korang ada kat dapur tu, kalau kena caranya mesti sedap. Yang penting kenalah rajin mencuba. Kadang yang kita beli kat luar tu pun rasanya tak lah sedap sangat kan.

Sapa kat sini yang suka baking? Untuk korang yang suka baking tu hari ni Hafiz nak kongsikan resepi mudah Kek Pisang yang lembut dan sedap. Kek pisang ni adalah antara kek yang paling awal Hafiz belajar. Jadi kalau korang tak dak asas baking pun korang masih boleh buat kek pisang ni. Sebab kek pisang resepi Hafiz ni tak perlukan peralatan yang complicated. Yang penting kena ada oven.

Untuk video lengkap, korang boleh ke Youtube Hafiz.

Bahan-bahan:

  • 250g pisang emas (dilenyek)
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara penyediaanya:

  1. Panaskan oven pada suhu 170c
  2. Satukan dan ayak tepung gandum, baking powder & soda bikarbonat didalam satu bekas.
  3. Pukul telur bersama gula. Sekejap jer sampai hilang texture gula. Kemudian masukkan minyak jagung(nak pakai minyak masak yang biasa tu pun boleh) & pisang yang telah dilenyek.
  4. Selepas adunan tadi kelihatan sekata, masukkan adunan tepung gandum. Gaulkan.
  5. Alaskan loyang 8inch dengan parchment/baking paper.
  6. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang
  7. Bakar dalam suhu 170c selama 1 jam atau sehingga masak. boleh cuba cucuk lidi ke bahagian tengah. kalau lidi tu keluar dalam keadaan bersih, maknanya kek tu dah masak.
  8. Selamat mencuba….. Kalau dah cuba dan jadi tu, tag lah Hafiz di instagram @thelatenightbaker.kl ok?

5 Kafe Menarik di Bangkok

gallery-drip-coffee-1024x636
photo credit expique.com

Jom ke Bangkok. Untuk memudahkan korang buat perancangan nak lepak mana bila ke Bangkok nanti, jom baca posting ni untuk bagi korang sedikit idea nak lepak & dapatkan shot2 menarik untuk percutian korang nanti. Harap maklum semua listing dibawah tidak ada halal certification. Jadi kalau korang was2 boleh minum air je atau tengok je lah pic2 ni ok 😛

1 . Rocket Coffeebar Soi 12, Sathorn

12.jpg

Ni merupakan cafe yang wajib Hafiz singgah setiap kali ke Bangkok. Kopi disini dibawakan khas dari Nicaragua, Kenya & Ethiopia. Croissants kat sini pun sedap. So untuk breakfast, cafe ni memang kena ada dalam bucket list korang.

 

2 . Gallery Drip Coffee, BACC

gallery-drip-coffee-1024x636Pilihan kedua Hafiz ialah Gallery Drip Coffee. Kat sini korang boleh buat pilihan samada nak artisan coffee atau thai ice coffee. Lokasi cafe ni sangat strategik. Terletak didalam bangunan Bangkok Art & Culture Centre. Untuk kesini korang boleh naik MRT dan turun di stesen Stadium. Kira lepas korang dah makan dalam MBK tu, boleh lah singgah sebab BACC ni betul2 kat depan MBK tu.

3. UnFashion Vintage Cafe, Ekkamai Soi 10

14374365_1088492167893655_620768833224835072_n
photo credit : UnFashion cafe instagram

Satu lagi lokasi unik yang boleh masuk dalam check list korang. Stesen BTS terdekat ialah Ekkamai BTS. Lepas dah turun tu korang kena jalan lebih kurang 5 – 10 minit. Apa yang best kat sini pastinya susun atur kedai ni yang sangat lah cool. Korang boleh lepak minum2 sambil cuba desserts yang sedap…

15048141_1166343423485644_7379848202259791872_n.jpg
photo credit @unfashioncafe

4.  Casa Lapin, Thonglor

32564992_232110824039573_6014842917678481408_n.jpg

Seperti cafe2 yang lain di Bangkok ni, kebanyakkan sediakan pilihan tempatan dan antrabangsa. Thai ice tea/coffee ataupun artisan coffee untuk korang pilih. Hafiz sempat cuba Cinnamon Thai Ice Tea. Casa Lapin ni juga ada 6 cawangan lain sekitar Bangkok.

5. Luka, Sathorn

luka-1
photo credit to cosmenet.in.th

Luka merupakan salah satu dari destinasi pilihan warga Bangkok untuk ‘brunch’. Menggunakan bahan-bahan organik dalam penyediaan makanan. Untuk pengetahuan korang, Luka juga menggunakan barang2 dari pembekal tempatan seperti Royal Project Foundation, Roti dari Maison Jean Philip dan teh dari Tea Ateliar.

31113885_1030956827055536_7708021185853784064_n

Inilah 5 pilihan Hafiz untuk lepak bila di Bangkok. Korang boleh cuba tapi harap sedia maklum yang cafe2 ni bukan dalam kategori halal ya.

 

5 Kedai Kek Terbaik di KL

weekend

Bila bab kek ni, keterujaan Hafiz lain macam sikit. Tak tau nak start kat mana menulis. Hafiz senaraikan 5 kedai kek yang terbaik di KL. Bagi Hafiz, kek yang sedap itu mestilah menggunakan bahan-bahan yang berkualiti. Penggunaan butter yang berkualiti sememangnya akan mempengaruhi rasa & texture kek.

1. Jaslyn Cakes
Pilihan no 1 Hafiz. Sejak Jaslyn Cakes ni dibuka few years back, ni lah destinasi pilihan untuk makan kek. Kalau korang nak tahu apa yg istimewa tentang Jaslyn Cakes ni, kek yang disediakan disini menggunakan telur ayam kampung, tepung organic dan tiada artificial products. Dan pastinya lah Jaslyn gunakan butter yang berkualiti. Pilihan Hafiz di Jaslyn ni ialah Victoria Sandwich & Red Velvet Cake.
Lokasi : 7A, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur Phone: 03-2202 2868
2. Dew Bangsar
Dimiliki oleh founder Jaslyn Cakes jugak. Baru dibuka sekitar awal 2018. Konsep Dew ni sedikit berbeza dgn Jaslyn. Bukanlah seperti kek yang biasa kita makan. Yes, i am big fan for Jaslyn(ni bukan review berbayar tau..heheh). Pilihan Hafiz di DEW Bangsar ialah Chocolate Cakes, Banana Dulcey, Kopiko Tart & Rosewater Grapefruit.
Lokasi : 7A, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
Phone: 03-2202 2868
3. Tray Cafe
Dikenali ramai sebab brunch kat sini sangat best sampai kadang terleoas pandang nak order kek kat sini. Ada pelbagai pilihan yang korang boleh pilih kat Tray Cafe ni. Pilihan Hafiz disini ialah Black Forest Pavlova & Nutella Chocolate Cakes. Kalau ada kesempatan boleh jugak order scones kat sini. Memang terbaik
Lokasi : H-0-2 Block H, Plaza Damas, 60 Jalan Sri Hartamas 1, 50480 Kuala Lumpur
4. A Slice of Heaven(Just Heavenly)
Seperti nama kedai ni sendiri, rasa kek kat sini memang terbaik. Selepas beberapa tahun, Just Heavenly ni masih sedap seperti dulu. Pilihan Hafiz pastinya Chocolate Durian, tapi macam dah tak jual sekarang. Pilihan yang lain pastinya Red Velvet Cake & Carrot Cake.
Lokasi : Bangsar Shopping Centre, KL
5. Alexis Bistro
Ni yang paling classic. Memang all time favorite. Pavlova kat Alexis ni memang terbaik. Quality consistent. Dan yang paling best boleh makan kek sampai lewat malam. Kedai-kedai yang Hafiz senaraikan kat atas tutup awal. Jadi kalau tetiba kul 10 malam tekak terasa nak makan kek, boleh lah pergi Alexis.
Lokasi : 29 Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur Phone: +60 032 284-2880
Ok lepas ni bolehlah korang cuba ok. Tapi harus di ingat ini cuma pendapat peribadi Hafiz. Selamat mencuba 🙂