Fakta Tentang Kucing yang Anda Perlu Tahu

Kucing merupakan haiwan yang tidak asing lagi dalam kehidupan manusia. Ramai yang menjadikan haiwan yang comel ni sebagai haiwan peliharaan. Haiwan berbulu yang berkaki empat ini merupakan haiwan yang comel dan sering mencuit hati dengan telatah dan karenah yang dipamerkannya.

Berikut merupakan perkara-perkara yang anda perlu tahu tentang kucing.

1. Mata kucing membawa maksud yang tersendiri

IMG_7255.JPG

Kucing merupakan haiwan yang memiliki mata yang unik dan ia memberikan maksud yang tersendiri dalam keadaan yang tertentu. Anak mata kucing akan berubah bentuk atau saiz ketika ia berada dalam keadaan tertentu seperti sedang melihat mangsanya ataupun ketika melihat wajah tuannya.

2. Kucing tertua di dunia berusia 26 tahun

corduroy.jpg

Berdasarkan catatan Guinness World Records, Corduroy merupakan kucing domestik  tertua yang meninggal dunia pada usia 27 tahun. Seminggu sebelum kematiannya, Corduroy telah melarikan diri dari rumah tuannya sebelum ditemui mati. Namun,  selain Corduroy, ada juga rekod kucing tertua yang pernah wujud dan bernama Creme Puff. Creme Puff meninggal dunia usia 38 tahun.

3. Kucing memburu lebih baik daripada anjing

15043798_336979013329230_4321554870139092992_n.jpg

Mengikut satu kajian, kucing merupakan haiwan pemburu yang lebih baik berbanding anjing. Kucing memiliki keupayaan survival yang tinggi dan mampu untuk hidup lebih lama di kawasan hutan liar berbanding anjing.

4. Cara membelai kucing dengan betul

28153888_1459582457504672_6031281149089677312_n.jpg

Menurut penyelidik dari Universiti Lincoln, kucing suka disetuh di bahagian muka mereka, terutamanya di bahagian dagu, bawah dagu, pipi dan kepalanya. Manakala tempat yang paling tidak disukai kucing untuk disentuh adalah di bahagian ekornya, kerana ia merupakan kawasan yang akan menyebabkan kucing berasa tidak selesa sekiranya disentuh.

5. Lelaki yang sukakan kucing lebih menarik di mata wanita

14727717_1692482917738101_5679513401877856256_n.jpg

Lelaki yang memelihara dan menyayangi kucing merupakan lelaki yang lebih menarik bagi seorang wanita. Hal ini merujuk kepada kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik haiwan peliharaan Dr. Jun McNicholas, wanita melaporkan bahawa mereka lebih tertarik kepada lelaki yang sukakan haiwan.

Sumber :

Petcha

dailymail

 

 

 

Pulau Hanya Untuk Kucing Di Malaysia

37576536_-_26_02_2016_-_japan-cat-island.jpg
photo credit : AFP
(Artikel dibawah merupakan petikan dari akhbar Berita Harian.

Mahu melindungi anak kucing yang tinggal di pulau daripada ancaman haiwan liar mendorong seorang doktor haiwan tampil dengan cadangan mewujudkan sebuah ‘Pulau Kucing’ di negeri ini.

Bagi mencapai hasrat itu, Dr Randolf Paza memuat naik cadangan berkenaan dalam status media sosial Facebook beliau sebelum ia menjadi viral dan dikongsi serta mendapat maklum balas ramai netizen.

Dalam status Facebook Dr Randolf, beliau meminta orang ramai terutama sukarelawan supaya menyokong usahanya untuk menjayakan projek ‘Pulau Kucing’ yang disifatkannya sebagai langkah terbaik melindungi kucing pulau.

Statusnya yang dikongsinya sejak 11 Januari lalu kini mendapat 1,300 perkongsian daripada orang ramai, 2,100 tanda suka dan menerima lebih 680 komen daripada netizen.

Menurut Randolf, beliau mendapat inspirasi untuk menjayakan projek itu selepas mendapat tahu di Jepun ada sebuah pulau dikhaskan untuk kucing yang dilindungi dan dijaga.

“Saya dapat tahu ada sebuah pulau di Jepun dipenuhi dengan kucing. Memandangkan saya selalu buat kerja amal merawat dan mengembiri haiwan seperti kucing terutama di beberapa pulau berhampiran Kota Kinabalu, timbul idea untuk melindungi kucing di kawasan itu.

“Anak kucing di pulau-pulau ini mati kerana kebanyakannya dimakan haiwan liar terutamanya biawak. Jadi saya sering melawat ke pulau ini untuk melindungi kucing yang ada di pulau sama ada dengan merawat atau mengembiri kucing terbabit,” katanya ketika ditemui NSTP, di sini.

Sehubungan itu, bagi merealisasikan projek itu, Randolf berharap semua pihak dapat menyokongnya terutama kerajaan dengan mewartakan sebuah pulau di sekitar Kota Kinabalu untuk dijadikan sebagai `Pulau Kucing’.

“Saya banyak menerima komen positif dan ada juga yang berkata ia mustahil dilakukan, namun ini adalah langkah permulaan dan saya harap kerajaan dapat melihat kepentingannya bagi melindungi haiwan ini selain memberi keuntungan dari segi pelancongan.

“Setakat ini saya bercadang menjadikan Pulau Mamutik untuk dijadikan Pulau Kucing kerana persekitaran yang sesuai untuk menempatkan dan mengumpul kucing di sekitar pulau berkenaan,” katanya.

Randolf yang juga sukarelawan Persatuan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) berkata, berdasarkan rekodnya, setakat ini sebanyak 18 kucing ada di Pulau Mamutik, 14 di Pulau Sapi dan 35 di Pulau Manukan.