Resepi Nasi Goreng Kerisik

Hari ni Hafiz nak kongsi lagi satu resepi yang senang dan juga sesuai untuk korang yang ada alahan kepada makanan laut seperti udang. Nama menu kita hari ni ialah Nasi Goreng Kerisik (cara saya). Kena bagitau siap-siap takut nanti ada yang  tersinggung sebab tak sama dengan cara masing-masing kan.

Seperti yang kita sedia maklum, kerisik ni memang sangat terkenal dalam kebanyakkan penyediaan masakan melayu seperti rendang, pajeri, kerabu dan banyak lagi. Kerisik ni diperbuat daripada kelapa parut yang digoreng tanpa minyak. Dalam masakan melayu, kerisik ni kira macam bahan penyedap masakan.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 4 ulas bawang putih(dihiris halus)
  • 5 tangkai cili kering
  • 1 sudu besar kerisik
  • Sayur brocoli / sayur pilihan korang
  • 1 biji tomato(dipotong dadu)
  • 1 sudu besar fish sauce*
  • sedikit kicap manis
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar minyak masak

*optional. korang boleh gantikan dengan garam

Cara-cara penyediaannya:

  1. Panaskan minyak. Kemudian goreng bawang putih hingga garing. Ketepikan
  2. Gunakan minyak yang sama semasa goreng bawang putih tadi, masukkan cili kering dan goreng sampai garing sikit.
  3. Kemudian masukkan telur kedalam kuali. Kacau-kacau.
  4. Campurkan nasi ke dalam kuali berserta dengan kerisik. Kacau-kacau lagi dan kemudian boleh masukkan sayur & tomato.
  5. Lepas tu bolehlah korang masukkan sedikit kicap manis & sos ikan(fish sauce)*. Gaul rata kesemuanya.
  6. Sekarang boleh lah korang masukkan bawang putih goreng tadi.
  7. Siap dan boleh lah korang hidang.
IMG_20200216_231433.jpg
Nasi Goreng Kerisik

Selamat mencuba.

 

Resepi Nasi Goreng Kampung yang Sedap dan Senang

Dalam banyak-banyak pilihan nasi goreng ni, Hafiz paling suka nasi goreng kampung. Salah satu sebab utamanya ialah bila goreng nasi goreng kampung ni boleh letak cili banyak-banyak. Lepas tu bila goreng kat umah ni, korang boleh letak sayur extra, kurang minyak dan ikut selera masing-masing.

Untuk tengok video lengkap, korang boleh klik YouTube Hafiz ok. Jangan lupa SUBSCRIBE & SHARE ok 😛

Bahan-bahan pun agak ringkas. Jom tengok…

Bahan-Bahan:
3 sudu besar Minyak Masak(mulakan dengan menggoreng ikan bilis)
30 g Ikan Bilis
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 tangkai cili padi (ikut tahap kepedasan masing2)
100 g Sayur Kangkung, dipotong 3cm
1 biji Telur
2 cawan nasi
Sedikit belacan

Cara Penyediaanya:

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak.
2. Gorengkan ikan bilis sehingga garing dan keemasan. Diketepikan. Kalau korang suka telur dadar, korang boleh goreng dan potong untuk dimasukkan bersama ikan bilis goreng ni nanti,
3. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang goreng & bawang putih. Agak2 dah naik bau tu, masukkan cili padi yang diketuk2 terlebih dahulu.
4. Masukkan nasi dan gaul rata. Kemudian masukkan kangkung.
5. Bila semua dah gaul rata, masukkan ikan bilis & telur yang telah digoreng sebetar tadi.
6. Selamat mencuba…
Untuk tengok video lengkap, korang boleh klik YouTube Hafiz ok. Jangan lupa SUBSCRIBE & SHARE ok 😛