Resepi Sambal Telur

IMG_20200319_133852.jpg

Hari ni merupakan hari ke7 Perintah Kawalan Pergerakan di laksanakan. Dah berapa jenis lauk korang masak nat rumah tu?hehehe Dah macam2 menu tengok orang buat.

Ok dalam keadaan kena dok dirumah dan mungkin bahan bekalan stok makanan yang sedia ada dan agak terhad, apa kata nanti korang cuba resepi mudah ni.

Korang boleh makan dengan nasi lemak atau nasi putih. Cicah roti pun boleh. Kalau nak resepi roti putih, Hafiz pernah kongsi dalam posting sebelum ni. Cuba lah juga nanti.

Bahan-bahan:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar – hiris
5 sudu besar cili kering kisar
Garam
Gula
Air asam jawa
2 sudu besar minyak masak
2 biji kentang digoreng terlebih dahulu
Telur : rebus, kupas & goreng sekejap dengan minyak panas
Cara cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi.
2. Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sampai betul-betul garing. Masukkan gula kedalam kedalam kuali supaya sambal berwarna merah cantik.

3. Masukkan garam dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit mengikut citarasa korang.

4. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Akhir sekali masukkan telur rebus & kentang yang telah digoreng. Rasa dan kepekatan sambal ni mengikut citarasa korang ok.
5. Angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba….

 

 

Resepi Nasi Goreng Kerisik

Hari ni Hafiz nak kongsi lagi satu resepi yang senang dan juga sesuai untuk korang yang ada alahan kepada makanan laut seperti udang. Nama menu kita hari ni ialah Nasi Goreng Kerisik (cara saya). Kena bagitau siap-siap takut nanti ada yang  tersinggung sebab tak sama dengan cara masing-masing kan.

Seperti yang kita sedia maklum, kerisik ni memang sangat terkenal dalam kebanyakkan penyediaan masakan melayu seperti rendang, pajeri, kerabu dan banyak lagi. Kerisik ni diperbuat daripada kelapa parut yang digoreng tanpa minyak. Dalam masakan melayu, kerisik ni kira macam bahan penyedap masakan.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 4 ulas bawang putih(dihiris halus)
  • 5 tangkai cili kering
  • 1 sudu besar kerisik
  • Sayur brocoli / sayur pilihan korang
  • 1 biji tomato(dipotong dadu)
  • 1 sudu besar fish sauce*
  • sedikit kicap manis
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar minyak masak

*optional. korang boleh gantikan dengan garam

Cara-cara penyediaannya:

  1. Panaskan minyak. Kemudian goreng bawang putih hingga garing. Ketepikan
  2. Gunakan minyak yang sama semasa goreng bawang putih tadi, masukkan cili kering dan goreng sampai garing sikit.
  3. Kemudian masukkan telur kedalam kuali. Kacau-kacau.
  4. Campurkan nasi ke dalam kuali berserta dengan kerisik. Kacau-kacau lagi dan kemudian boleh masukkan sayur & tomato.
  5. Lepas tu bolehlah korang masukkan sedikit kicap manis & sos ikan(fish sauce)*. Gaul rata kesemuanya.
  6. Sekarang boleh lah korang masukkan bawang putih goreng tadi.
  7. Siap dan boleh lah korang hidang.
IMG_20200216_231433.jpg
Nasi Goreng Kerisik

Selamat mencuba.

 

Resepi Roti Putih Tanpa Menggunakan Mesin

IMG_20191115_110208_330.jpg

Kali ni Hafiz nak kongsikan resepi nak buat roti putih yang orang selalu kata susah nak buat ni. Sebenarnya resepi yang Hafiz nak kongsi dengan korang ni sangatlah mudah. Tak perlu gunakan mixer pun.

Resepi ni akan menghasilkan texture roti yang ringan dan tidak terlalu lembut. Sesuai untuk korang cicah dengan gulai atau pun buat toast. Memang sedap.

Selain dari rasa roti yang sedap ni, roti yang dibuat di rumah ni biasanya jauh lebih baik kerana tanpa bahan pengawet, shortening dan juga gula yang berlebihan.

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan:

375g tepung roti/tepung gandum
30g gula
1tsp garam
20g unsalted butter (room temperature)
1tsp instant dry yeast
240g susu kotak (sejuk)

Cara-cara penyediaan

  1. Campurkan tepung roti, gula, yeast dalam satu mangkuk besar dan gaulkan sampai sebati.
  2. Masukkan susu dan gaul rata. Bila dah agak sebati baru masukkan garam. Tujuan Hafiz masukkan garam kemudian ialah untuk mengelakkan garam tersebut mematikan yeast yang dah dimasukkan terlbih dahulu. Korang boleh mula gaul dengan menggunakan senduk kayu. Bila adunan dah sebati barulah boleh memulakan proses menggaul. Uli adunan sampai jadi doh. @ Kalau korang nak gunakan mixer kek (heavy duty) gunakan kelajuan perlahan dan kemudian sederhana. Hafiz gunakan level 2 je. Uli sampai adunan combine semua dan membentuk doh.
  3. Tambah butter, dan uli sampailah doh berkilat dan licin. Uli sampai la doh licin. Buat macam mak2 kita sental baju dulu tu. Tempoh masa tu bergantung. Kalau Hafiz, bila doh dah licin tu, terus bentukkan jadi bulat. Letak sedikit olive oil @ minyak sayuran di adunan/doh kita tu supaya tak melekat pada mangkuk.
  4. Proofkan doh (rehatkan untuk kembang) sampai saiz jadi 2 kali ganda. Beratnya lebih kurang 660gram.
  5. Bahagikan kepada 2 bahagian sama berat dan rehatkan 10 – 15 minit.
  6. Penyekkan doh dan buat bentuk segi empat. Kemudian lipat dan rollkan jadi macam bergulung sikit dan masukkan dalam loaf pan.
  7. Proofkan lagi 60 minit. Biasanya akan sampai atas penutup loaf pan tu.
  8. Tutup loaf pan dan bakar pada suhu 190C selama 30 minit.
  9. Bila dah sejuk baru lah potong ok. Kalau potong masa tengah panas, kadang2 roti tu akan pecah/berderai sikit….

IMG_20191115_110208_330.jpg

Selamat mencuba….