Resepi Sambal Telur

IMG_20200319_133852.jpg

Hari ni merupakan hari ke7 Perintah Kawalan Pergerakan di laksanakan. Dah berapa jenis lauk korang masak nat rumah tu?hehehe Dah macam2 menu tengok orang buat.

Ok dalam keadaan kena dok dirumah dan mungkin bahan bekalan stok makanan yang sedia ada dan agak terhad, apa kata nanti korang cuba resepi mudah ni.

Korang boleh makan dengan nasi lemak atau nasi putih. Cicah roti pun boleh. Kalau nak resepi roti putih, Hafiz pernah kongsi dalam posting sebelum ni. Cuba lah juga nanti.

Bahan-bahan:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar – hiris
5 sudu besar cili kering kisar
Garam
Gula
Air asam jawa
2 sudu besar minyak masak
2 biji kentang digoreng terlebih dahulu
Telur : rebus, kupas & goreng sekejap dengan minyak panas
Cara cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi.
2. Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sampai betul-betul garing. Masukkan gula kedalam kedalam kuali supaya sambal berwarna merah cantik.

3. Masukkan garam dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit mengikut citarasa korang.

4. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris. Akhir sekali masukkan telur rebus & kentang yang telah digoreng. Rasa dan kepekatan sambal ni mengikut citarasa korang ok.
5. Angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba….

 

 

Resepi Kari Ayam Senang & Sedap

IMG_20200318_124250.jpg

Hari ni Hafiz nak kongsi resepi senang yang korang boleh cuba bila ada di rumah ni. Resepi ni Hafiz buat dengan gunakan bahan-bahan asas yang biasa ada kat dapur. Kalau takda santan pun masih boleh buat resepi ni.

Seperti yang kita sedia maklum, memang banyak jenis resepi yang kita boleh cuba. Ada yang letak santan, kerisik, susu dan banyak lagilah. Cuma kali ni Hafiz nak bagi pilihan kat korang bersesuaian dengan keadaan sekarang yang memerlukan pergerakan yang terhad.

Kari ayam ni korang boleh makan dengan nasi, roti jala atau roti.

Kari Ayam

Bahan bahan:
Isi ayam dalam 500g
2biji bawang besar – hiris
6 biji bawang putih – hiris
2 inci halia – hiris
10 sudu besar serbuk kari
1 kotak santan kotak (optional… gambar diatas tak guna santan)
4 kotak air
2 biji kentang – potong kecil
Daun kari
Asam keping
Rempah kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Garam
Gula

Cara cara:
Panaskan minyak yang secukupnya. Tumis rempah 3 sekawan sehingga wangi dan bawang serta halia yang dihiris tadi.

Masukkan rempah kari dan dikacau rata sehingga wangi dan masukkan sedikit air.

Masukkan daun kari, isi ayam dan ubi kentang. Kacau rata sehingga ayam masak dan bahan tumisan pecah minyak.

Masukkan santan dan air. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat dengan api perlahan. Masukkan garam, asam keping dan gula mengikut citarasa korang. Kemudian bolehlah tutup api.

Selamat mencuba…

Resepi Nasi Goreng Kerisik

Hari ni Hafiz nak kongsi lagi satu resepi yang senang dan juga sesuai untuk korang yang ada alahan kepada makanan laut seperti udang. Nama menu kita hari ni ialah Nasi Goreng Kerisik (cara saya). Kena bagitau siap-siap takut nanti ada yang  tersinggung sebab tak sama dengan cara masing-masing kan.

Seperti yang kita sedia maklum, kerisik ni memang sangat terkenal dalam kebanyakkan penyediaan masakan melayu seperti rendang, pajeri, kerabu dan banyak lagi. Kerisik ni diperbuat daripada kelapa parut yang digoreng tanpa minyak. Dalam masakan melayu, kerisik ni kira macam bahan penyedap masakan.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 4 ulas bawang putih(dihiris halus)
  • 5 tangkai cili kering
  • 1 sudu besar kerisik
  • Sayur brocoli / sayur pilihan korang
  • 1 biji tomato(dipotong dadu)
  • 1 sudu besar fish sauce*
  • sedikit kicap manis
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar minyak masak

*optional. korang boleh gantikan dengan garam

Cara-cara penyediaannya:

  1. Panaskan minyak. Kemudian goreng bawang putih hingga garing. Ketepikan
  2. Gunakan minyak yang sama semasa goreng bawang putih tadi, masukkan cili kering dan goreng sampai garing sikit.
  3. Kemudian masukkan telur kedalam kuali. Kacau-kacau.
  4. Campurkan nasi ke dalam kuali berserta dengan kerisik. Kacau-kacau lagi dan kemudian boleh masukkan sayur & tomato.
  5. Lepas tu bolehlah korang masukkan sedikit kicap manis & sos ikan(fish sauce)*. Gaul rata kesemuanya.
  6. Sekarang boleh lah korang masukkan bawang putih goreng tadi.
  7. Siap dan boleh lah korang hidang.
IMG_20200216_231433.jpg
Nasi Goreng Kerisik

Selamat mencuba.

 

Resepi Roti Putih Tanpa Menggunakan Mesin

IMG_20191115_110208_330.jpg

Kali ni Hafiz nak kongsikan resepi nak buat roti putih yang orang selalu kata susah nak buat ni. Sebenarnya resepi yang Hafiz nak kongsi dengan korang ni sangatlah mudah. Tak perlu gunakan mixer pun.

Resepi ni akan menghasilkan texture roti yang ringan dan tidak terlalu lembut. Sesuai untuk korang cicah dengan gulai atau pun buat toast. Memang sedap.

Selain dari rasa roti yang sedap ni, roti yang dibuat di rumah ni biasanya jauh lebih baik kerana tanpa bahan pengawet, shortening dan juga gula yang berlebihan.

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan:

375g tepung roti/tepung gandum
30g gula
1tsp garam
20g unsalted butter (room temperature)
1tsp instant dry yeast
240g susu kotak (sejuk)

Cara-cara penyediaan

  1. Campurkan tepung roti, gula, yeast dalam satu mangkuk besar dan gaulkan sampai sebati.
  2. Masukkan susu dan gaul rata. Bila dah agak sebati baru masukkan garam. Tujuan Hafiz masukkan garam kemudian ialah untuk mengelakkan garam tersebut mematikan yeast yang dah dimasukkan terlbih dahulu. Korang boleh mula gaul dengan menggunakan senduk kayu. Bila adunan dah sebati barulah boleh memulakan proses menggaul. Uli adunan sampai jadi doh. @ Kalau korang nak gunakan mixer kek (heavy duty) gunakan kelajuan perlahan dan kemudian sederhana. Hafiz gunakan level 2 je. Uli sampai adunan combine semua dan membentuk doh.
  3. Tambah butter, dan uli sampailah doh berkilat dan licin. Uli sampai la doh licin. Buat macam mak2 kita sental baju dulu tu. Tempoh masa tu bergantung. Kalau Hafiz, bila doh dah licin tu, terus bentukkan jadi bulat. Letak sedikit olive oil @ minyak sayuran di adunan/doh kita tu supaya tak melekat pada mangkuk.
  4. Proofkan doh (rehatkan untuk kembang) sampai saiz jadi 2 kali ganda. Beratnya lebih kurang 660gram.
  5. Bahagikan kepada 2 bahagian sama berat dan rehatkan 10 – 15 minit.
  6. Penyekkan doh dan buat bentuk segi empat. Kemudian lipat dan rollkan jadi macam bergulung sikit dan masukkan dalam loaf pan.
  7. Proofkan lagi 60 minit. Biasanya akan sampai atas penutup loaf pan tu.
  8. Tutup loaf pan dan bakar pada suhu 190C selama 30 minit.
  9. Bila dah sejuk baru lah potong ok. Kalau potong masa tengah panas, kadang2 roti tu akan pecah/berderai sikit….

IMG_20191115_110208_330.jpg

Selamat mencuba….

 

Resepi Rendang Tempeh Mudah dan Sedap

Korang mesti dah biasa makan tempeh goreng, tempeh sambal dan macam-macam lagi cara hidangan penyediaan tempeh ni kan.

Hafiz memang suka tempeh ni. tak kiralah apa jenis cara masakan pun. Memang favorite. Lepas tu terfikir nak cuba buat masakan yang lain sikit. Lepas tu google lah cari resepi2 rendang tempeh ni. Tak banyak pilihan. Kalau ada pun resepi mat saleh di mana Hafiz rasa x sama dengan citarasa tekak melayu Hafiz ni.

Jom tengok bahan-bahan dan cara penyediaan rendang tempeh ni.

Korang jugak boleh ke YouTube Hafiz untuk tengok full video penyediaanya ok 🙂

Bahan-Bahan:

IMG_20191116_133446.jpg

  • 2 paket tempeh
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 mangkuk santan kotak
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1/2 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak, untuk menumis(ada yang letik 5- 8 sudu besar)
  • Bahan-bahan untuk rempah tumis(ikut citarasa korang):
    • kayu manis
    • bunga lawang
    • buah pelaga
  • Bahan-bahan untuk tumbuk:
    • 5 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 2 inci lengkuas
    • 2 batang serai

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk rendang:
    1. Potong dadu tempeh, ketepikan
    2. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan tumbuk dan cili kisar. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.
    3. Masukkan santan pekat dan air asam jawa.
    4. Masukkan tempeh. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
    5. Masukkan kerisik, daun limau purut dan daun kunyit. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
    6. Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.

Untuk video lengkap cara penyediaan boleh ke Youtube Hafiz ok. Jangan lupa SUBSCRIBE & SHARE ok…

IMG_20191116_144656.jpg

Selamat mencuba.

Resepi Cucur Jagung yang sedap dan rangup

IMG_20191103_002339_145.jpgLepas lunch di hujung minggu ni sambil tengok tv, ada je idea nak makan itu ini kan. Tadi pagi dah busy kat dapur membaking. Jadi dah petang2 ni rasa nak rehat layan netflix. Jadi kalau nak masak pun kena menu-menu yang simple untuk minum petang.

Biasanya kalau untuk minum petang ni, menu pilihan Hafiz ialah Cucur Jagung. Hafiz kategorikan cucur jagung ni sebagai comfort food Hafiz. Tak kira masa, kalau rasa teringin, Hafiz akan buat..hehehe

Mungkin ada banyak resepi diluar sana. Resepi yang Hafiz akan kongsikan hari ni adalah resepi dari arwah nenek Hafiz. Resepi ni simple je tapi Hafiz yakin korang mesti suka rasanya.

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan isi jagung
  • 1/2 cawan taugeh
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam halus
  • daun kucai ~ dihiris
  • 1 bj cili merah ~ dicincang
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk & dihiris halus)
  • 1/2 cawan air sejuk (bergantung kepada keadaan adunan)
  • minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
  3. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.
  4. Toskan dan boleh la dihidangkan dgn sos kegemaran anda.. Selamat mencuba..

Resepi Kek Pisang Yang Senang dan Sedap

Banana Cake

Mungkin ada dikalangan yang tahu Hafiz yang selain dari kerja 9 – 5 hari-hari, Hafiz juga ada jual kek kat instagram @thelatenightbaker.kl . Kalau korang ada masa g lah tengok kat situ ok.

Rasanya dah sampai masa untuk share jugak dengan korang resepi-resepi simple yang best. Konsepnya tak kira lah sesimple mana pun bahan yang korang ada kat dapur tu, kalau kena caranya mesti sedap. Yang penting kenalah rajin mencuba. Kadang yang kita beli kat luar tu pun rasanya tak lah sedap sangat kan.

Sapa kat sini yang suka baking? Untuk korang yang suka baking tu hari ni Hafiz nak kongsikan resepi mudah Kek Pisang yang lembut dan sedap. Kek pisang ni adalah antara kek yang paling awal Hafiz belajar. Jadi kalau korang tak dak asas baking pun korang masih boleh buat kek pisang ni. Sebab kek pisang resepi Hafiz ni tak perlukan peralatan yang complicated. Yang penting kena ada oven.

Untuk video lengkap, korang boleh ke Youtube Hafiz.

Bahan-bahan:

  • 250g pisang emas (dilenyek)
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara penyediaanya:

  1. Panaskan oven pada suhu 170c
  2. Satukan dan ayak tepung gandum, baking powder & soda bikarbonat didalam satu bekas.
  3. Pukul telur bersama gula. Sekejap jer sampai hilang texture gula. Kemudian masukkan minyak jagung(nak pakai minyak masak yang biasa tu pun boleh) & pisang yang telah dilenyek.
  4. Selepas adunan tadi kelihatan sekata, masukkan adunan tepung gandum. Gaulkan.
  5. Alaskan loyang 8inch dengan parchment/baking paper.
  6. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang
  7. Bakar dalam suhu 170c selama 1 jam atau sehingga masak. boleh cuba cucuk lidi ke bahagian tengah. kalau lidi tu keluar dalam keadaan bersih, maknanya kek tu dah masak.
  8. Selamat mencuba….. Kalau dah cuba dan jadi tu, tag lah Hafiz di instagram @thelatenightbaker.kl ok?

Resepi Mudah Roti Jala & Kari Ayam

IMG_20180624_220732.jpg

Roti Jala, Roti Sorai, Roti Kirai atau apa saja yang korang biasa panggil untuk makanan istimewa ni. Roti jala ni memang antara favorite Hafiz. Sebenarnya penyediaan roti jala ni senang je cuma yang membuatkan ramai malas nak buat sebab agak memakan masa.

Dalam posting ni Hafiz nak share cara mudah untuk korang buat sendiri.

Roti Jala

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak
1 biji telur
2 1/2 cawan susu segar/Santan
Secubit garam
Secubit serbuk kunyit / pewarna kuning

Kisar semua bahan di atas menggunakan blender dan boleh lah korang mula menjala.
Kari Ayam

Bahan bahan:
Isi ayam dalam 500g
2biji bawang besar – hiris
6 biji bawang putih – hiris
2 inci halia – hiris
10 sudu besar serbuk kari
1 kotak santan kotak
4 kotak air
2 biji kentang – potong kecil
Daun kari
Asam keping
Rempah kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Garam
Gula

Cara cara:
Panaskan minyak yang secukupnya. Tumis rempah 3 sekawan sehingga wangi dan bawang serta halia yang dihiris tadi.

Masukkan rempah kari dan dikacau rata sehingga wangi dan masukkan sedikit air.

Masukkan daun kari, isi ayam dan ubi kentang. Kacau rata sehingga ayam masak dan bahan tumisan pecah minyak.

Masukkan santan dan air. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat dengan api perlahan. Masukkan garam, asam keping dan gula mengikut citarasa korang. Kemudian bolehlah tutup api.

Selamat mencuba…