Resepi Nasi Goreng Kampung yang Sedap dan Senang

Dalam banyak-banyak pilihan nasi goreng ni, Hafiz paling suka nasi goreng kampung. Salah satu sebab utamanya ialah bila goreng nasi goreng kampung ni boleh letak cili banyak-banyak. Lepas tu bila goreng kat umah ni, korang boleh letak sayur extra, kurang minyak dan ikut selera masing-masing.

Untuk tengok video lengkap, korang boleh klik YouTube Hafiz ok. Jangan lupa SUBSCRIBE & SHARE ok 😛

Bahan-bahan pun agak ringkas. Jom tengok…

Bahan-Bahan:
3 sudu besar Minyak Masak(mulakan dengan menggoreng ikan bilis)
30 g Ikan Bilis
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 tangkai cili padi (ikut tahap kepedasan masing2)
100 g Sayur Kangkung, dipotong 3cm
1 biji Telur
2 cawan nasi
Sedikit belacan

Cara Penyediaanya:

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak.
2. Gorengkan ikan bilis sehingga garing dan keemasan. Diketepikan. Kalau korang suka telur dadar, korang boleh goreng dan potong untuk dimasukkan bersama ikan bilis goreng ni nanti,
3. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang goreng & bawang putih. Agak2 dah naik bau tu, masukkan cili padi yang diketuk2 terlebih dahulu.
4. Masukkan nasi dan gaul rata. Kemudian masukkan kangkung.
5. Bila semua dah gaul rata, masukkan ikan bilis & telur yang telah digoreng sebetar tadi.
6. Selamat mencuba…
Untuk tengok video lengkap, korang boleh klik YouTube Hafiz ok. Jangan lupa SUBSCRIBE & SHARE ok 😛

Resepi Rendang Tempeh Mudah dan Sedap

Korang mesti dah biasa makan tempeh goreng, tempeh sambal dan macam-macam lagi cara hidangan penyediaan tempeh ni kan.

Hafiz memang suka tempeh ni. tak kiralah apa jenis cara masakan pun. Memang favorite. Lepas tu terfikir nak cuba buat masakan yang lain sikit. Lepas tu google lah cari resepi2 rendang tempeh ni. Tak banyak pilihan. Kalau ada pun resepi mat saleh di mana Hafiz rasa x sama dengan citarasa tekak melayu Hafiz ni.

Jom tengok bahan-bahan dan cara penyediaan rendang tempeh ni.

Korang jugak boleh ke YouTube Hafiz untuk tengok full video penyediaanya ok 🙂

Bahan-Bahan:

IMG_20191116_133446.jpg

  • 2 paket tempeh
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 mangkuk santan kotak
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1/2 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak, untuk menumis(ada yang letik 5- 8 sudu besar)
  • Bahan-bahan untuk rempah tumis(ikut citarasa korang):
    • kayu manis
    • bunga lawang
    • buah pelaga
  • Bahan-bahan untuk tumbuk:
    • 5 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 2 inci lengkuas
    • 2 batang serai

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk rendang:
    1. Potong dadu tempeh, ketepikan
    2. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan tumbuk dan cili kisar. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.
    3. Masukkan santan pekat dan air asam jawa.
    4. Masukkan tempeh. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
    5. Masukkan kerisik, daun limau purut dan daun kunyit. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
    6. Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.

Untuk video lengkap cara penyediaan boleh ke Youtube Hafiz ok. Jangan lupa SUBSCRIBE & SHARE ok…

IMG_20191116_144656.jpg

Selamat mencuba.