Kebaikan Minum Kopi Dalam Kehidupan Seharian

photo credit : sevenpie.com

Sedar atau tidak, budaya minum kopi ni dah wujud sekian lama dan lama di negara kita. Mungkin hari ni ada lebih banyak variasi berbanding 20 tahun lalu.

Latarbelakang kopi di Malaysia….

Sedikit sejarah kopi di Malaysia, ianya pertama kali diperkenalkan sewaktu pembukaan kedai-kedai ‘kopitiam’ (‘kopi’ diambil dari Bahasa Melayu dan ‘tiam’ bermaksud kedai dalam dialek Hokkien) bermula di zaman penjajahan British. Diawal pengenalan kopi di negara kita, kopi di Malaysia dipanggang dengan mentega dan gula sebelum ditambah dengan air mendidih melalui penapis kain. Jadi kopi yang ada dinegara kita pada masa itu adalah berbeza dengan kebanyakkan negara-negara di barat. Nanti dalam posting lain, Hafiz akan kongsi jenis-jenis kopi yang ada di dunia ni.

Kopi pada tahun 2020….

Photo by Burst on Pexels.com

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, sekarang ni ada pelbagai jenis kopi. Selain dari kopi tradisi yang kita ada dari dulu, budaya minum kopi yang dibru pun semakin berkembang disini dan tak lupa juga kopi segera 3 in 1. Tidak kiralah selera korang nak minum kopi jenis apa pun, samada di kedai kopi biasa, kedai-kedai kopitiam sehinggalah latte dengan lelehan caramel dan whipped cream sebagai penambah perasa kopi korang, rakyat Malaysia sememangnya gemarkan kopi! Secara purata, rakyat Malaysia meminum 2.5 cawan kopi setiap hari.

Persoalannya sekarang adalah adakah kopi memberikan kesan baik atau buruk kepada kita?

Sumber Kafein Utama

Kopi merupakan sumber utama untuk kafein, namun jumlah kafein sebenarnya berbeza dalam kopi yang anda minum; bermula dari hampir kosong sehingga lebih dari 500mg. Secara purata, secawan kopi mempunyai antara 95 – 180mg kafein.

Kebaikan Kafein

1. Bantu untuk kekal cergas

Satu cawan kopi biasa bukan sahaja mampu membantu korang kekal cergas tetapi juga boleh membuatkan minda kekal fokus. Kafein adalah perangsang psikoaktif yang meningkatkan kesedaran, perhatian, keupayaan untuk memberi tumpuan, dan meningkatkan tahap tenaga secara keseluruhan.

2. Meningkatkan Produktiviti

Kafein dikatakan mampu meningkatkan produktiviti seseoarang itu. Kafein dikenali sebagai penghalang reseptor untuk adenosin, satu kompaun di dalam otak yang menjadi punca keletihan dan mengantuk, oleh itu ianya mampu untuk meningkatkan prestasi fizikal dan mental. 

3. Menjadikan Emosi Lebih Baik

Satu kajian yang dilakukan oleh A. Nehlig menunjukkan bahawa pengambilan kafein secara berulang dalam kadar 75mg (bersamaan dengan 1 cawan kopi) boleh memberi kesan dalam perubahan emosi yang lebih baik. [1] Kajian juga menunjukkan kafein boleh membantu mengurangkan simptom kemurungan. [2]

[1] Nehlig A. (2010) Is Caffeine a Cognitive Enhancer?J Alzheimers Dis, 20(S1):85-94.

[2] Grosso G. et al. (2016) Coffee, tea, caffeine and risk of depression: a systematic review and dose-response meta-analysis of observational studies.Mol Nutr Food Res, 60(1):223-3.

Kopi Secara Berlebihan…

Berikut adalah kesan sampingan kalau korang minum kopi secara berlebihan:

  • Rasa gelisah dan gementar
  • Jantung berdebar-debar
  • Loya
  • Merasa bimbang secara tiba-tiba
  • Insomnia
  • Pening               
           

Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda mengalami simptom terlebih dos kafein yang serius.

Apakah yang dimaksudkan dengan KAFEIN?

Photo by Igor Haritanovich on Pexels.com

DECAF TIDAK SAMA DENGAN BEBAS KAFEIN

Kopi decaf masih mengandungi 3% kafein. Jumlahnya mungkin lebih kecil tetapi meminum 5 cawan kopi decaf atau lebih bersamaan dengan 1 cawan kopi berkafein biasa.

KOPI MEMBERI TINDAK BALAS YANG CEPAT

Bermula dengan secawan kopi pertama pada waktu pagi, kafein memasuki aliran darah dengan pantas. Satu cawan kopi mempunyai penyerapan kafein yang cepat ke dalam aliran darah di mana ianya mengambil masa lebih kurang 20 minit.

KESAN YANG BERBEZA

Daya penerimaan kafein biasanya bergantung kepada gaya hidup, metabolisme dan genetik korang. Jika metabolisme tubuh lebih tinggi, kafein yang terkandung di dalam kopi lebih cenderung untuk membuat korang berasa gelisah dan gementar. Mereka yang menderita penyakit darah tinggi, diabetes, masalah jantung, osteoporosis dan wanita hamil disarankan untuk mengelakkan atau mengurangkan pengambilan kafein.

MINUM KOPI SECARA BERPADA

Disebabkan kopi adalah minuman yang digemari ramai, kebarangkalian untuk orang berhenti meminumnya adalah rendah. Jadi, di sini Hafiz kongsikan 3 tips buat penggemar kopi untuk minum secara berpada.

1. Kawal pengambilan kopi

Pengambilan kopi secara sederhana adalah selamat, dan ianya boleh termasuk dalam sebahagian dari diet sihat oleh kebanyakan orang dewasa. Pengambilan kafein secara sederhana bersamaan dengan 400mg, atau 3 hingga 4 cawan kopi sehari. Untuk kesan yang lebih sihat korang disarankan mengambil kopi tanpa gula.

2. Tambah sedikit susu

Walaupun kopi hitam boleh merangsangan tenaga dengan pantas, menambah sedikit susu ke dalam kopi juga sebenarnya mempunyai beberapa manfaat kesihatan, seperti membantu pola tidur, keasidan dan pengambilan kalsium.

3. Pelbagaikan pengambilan kopi kepada teh

Terdapat beberapa manfaat kesihatan apabila korang bertukar daripada kopi ke teh sekali-sekala. Tidak seperti kopi yang boleh memberi kesan sampingan jika tidak meminumnya sehari, teh boleh membantu anda berasa lebih relaks sepanjang hari. Ianya juga mampu mengurangkan berat badan dan mengurangkan kadar kolesterol.

Photo by Valeriia Miller on Pexels.com

KESIMPULANNYA?

Persoalan adakah kopi baik atau buruk kepada kita ialah ambillah secara sederhana. Satu atau dua cawan kopi sehari boleh memberi anda manfaat kesihatan, tetapi pengambilan empat cawan atau lebih dalam sehari boleh memberi kesan negatif. Adalah lebih baik untuk mengambil kopi secara sederhana sambil memantau kesan kafein dan mengetahui had pengambilan yang sesuai dengan korang.

Kelebihan Makan Telur Separuh Masak Yang Ramai Tidak Tahu

six brown eggs in tray
Photo by Modernista Magazine on Pexels.com

Telur Separuh Masak. Tentu ramai yang suka menikmati telur separuh masak ini pada waktu bersarapan pagi.

Sejak zaman dahulu lagi, telur rebus dianggap sebagai menu sihat untuk sarapan pagi kerana mengandungi nutrisi penting protein, riboflavin dan selenium.Tambahan pula semua nutrisi tersebut sememangnya diperlukan oleh tubuh, terutama buat kanak-kanak yang sedang membesar.

Telur sesuai dijadikan menu sarapan pagi kerana ia juga dapat memenuhi keperluan energi yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti seharian.Selain itu, telur boleh dimasak dengan pelbagai cara dan jenis masakan.

Telur rebus atau telur separuh masak, kedua-duanya mempunyai rasa yang enak serta kandungan nutrisi yang tinggi.Sungguhpun begitu, masih ramai yang ragu-ragu dengan kandungan nutrisinya. Ramai orang takut untuk menikmati telur kerana menganggap pengambilan telur pada setiap hari boleh menaikkan kolesterol dalam tubuh.

Tetapi tahukah anda, telur separuh masak sebenarnya lebih rendah kalori jika dibanding kan dengan resepi telur yang lain termasuk telur goreng dan telur dadar.Selain rasanya enak, telur separuh masak ini mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan.

Lagipun telur separuh masak ini juga lebih kaya dengan nutrisi. Namun, pastikan anda tidak memasak kuning telur terlalu lama atau sehingga keras supaya nutrisi di dalam kuning telur tidak akan hilang dan dapat memenuhi keperluan nutrisi harian untuk tubuh.

Berikut beberapa kebaikan yang boleh anda peroleh daripada pengambilan telur separuh masak:

1. Menu Sarapan Yang Sihat

Dua biji telur separuh masak pada setiap hari untuk sarapan terbukti boleh mengecilkan ukuran pinggang. ‘Lemak jahat’ di dalam telur separuh masak juga merupakan sumber lemak tidak jahat yang sangat baik. Tidak seperti sumber protein atau lemak haiwan yang lain, kerana telur separuh masak tidak akan meningkatkan risiko terkena penyakit jantung.

2. Membantu Pembentukan Otot

Untuk membentuk otot agar kelihatan tegap, bukan hanya dengan menikmati telur yang direbus sahaja.Pengambilan telur separuh masak ternyata boleh membentuk otot dan sangat elok untuk anda yang sedang berdiet. Kandungan nutrisi yang lengkap daripada telur separuh masak akan menjadikan otot anda kuat dan ‘berisi’.

3. Bantu Turunkan Berat Badan

Telur mengandung asid amino yang sangat tinggi. Asid amino yang masuk ke dalam tubuh boleh diubah menjadi energi dan mampu membantu untuk membentuk otot-otot ataupun kulit. Asid amino di dalam telur separuh masak juga mengandungi sumber energi yang jauh lebih baik dibandingkan dengan protein dan boleh membantu anda kenyang lebih lama.

4. Menguatkan Daya Ingatan

Dua biji telur separuh masak merupakan sumber ‘choline’ yang sangat tinggi. ‘Choline ‘adalah unsur yang sangat baik dan boleh meningkatkan kapasiti memori di dalam otak kita.

5. Mencegah Penuaan

Telur separuh masak merupakan seumber ‘lutein’, ‘carotenoid’ serta ‘zeaxanthin’ yang dapat membantu melindungi organ penglihatan daripada proses penuaan. Pengambilan telur separuh masak secara rutin boleh membantu tubuh, organ tubuh serta fungsinya dari pada proses kerosakan sel dan jaringan akibat penuaan.

6. Mencegah Anemia

Darah di dalam tubuh sangat penting bagi fungsinya. Kekurangan darah boleh membuatkan anda mengalami anemia. Anemia ini juga terjadi jika tubuh kekurangan vitamin B12. Telur separuh masak boleh menjadi alternatif makanan untuk mengubati kekurangan darah.

7. Baik Untuk Mata

Kesihatan mata sangat penting sebagai fungsi penglihatan. Vitamin A adalah salah satu vitamin yang dapat menjaga kesihatan mata.Vitamin A yang terdapat di dalam telur separuh m

asak ini juga jauh lebih banyak berbanding dengan telur yang direbus dan sebagainya.

Sumber : UTUSAN ISLAM via BLOG MAZEER

Puasa tak tinggal, tapi badan makin gemuk. Ketahui sebabnya

flat lay photo of katsu tea set and bowl of ramen
Photo by Vincent M.A. Janssen on Pexels.com

Selalunya di awal-awal bulan Ramadhan kita seringkali mendengar orang yang bercita-cita tinggi untuk menurutkan berat badan sempena berpuasa.

Malangnya, selepas bulan Ramadhan, ramai yang berat badannya bertambah-tambah, lagi berat daripada sebelum puasa. Pernah tidak terjadi pada anda atau orang sekeliling anda?

Mari ketahui beberapa sebab kenapa berat badan kita bertambah pada bulan Ramadhan.

1. Makan Terlalu Banyak Ketika Berbuka

Ini sebab utama yang dikenalpasti. Mentang-mentang penat berpuasa, habis macam-macam jenis kuih muih dan juadah yang dibeli ketika di bazar Ramadhan. Semuanya sebab nafsu.

Masuk sahaja waktu berbuka, kemain gelojoh makan segala makanan yang ada di atas meja. Belum termasuk bermacam-macam jenis air manis yang ada. Kesudahannya, kenyang yang teramat sangat dan mengantuk. Sebenarnya tanpa kita sedar, jumlah kalori dan gula yang diambil ketika berbuka juga boleh melebihi kadar yang biasa kita ambil ketika tidak berpuasa.

Itu belum lagi kalau pergi berbuka dengan juadah buffet.  Macam-macam lagi makanan yang tidak berkhasiat masuk dalam perut.

2. Makan Banyak Ketika Moreh

Moreh adalah majlis makan-makan secara kecil-kecilan yang dibuat selepas solat terawikh. Ianya lebih kepada adat semata-mata dan hanya bertujuan mengalas perut dan memberi peluang kepada orang ramai untuk bersedekah.

Malangnya, ada segelintir daripada kita yang mengambil makanan berat ketika moreh. Ada juga surau dan masjid yang berkemampuan menyediakan makanan berat ketika moreh seperti mee goreng, rojak, mee sup dan sebagainya sebagai moreh.

Sekiranya anda melantak ketika moreh, maka jangan hairanlah berat badan bertambah selepas bulan puasa. Elakkan memakan makanan berat pada waktu malam dan sebelum tidur.

3. Sahur Terlalu Awal

Nabi Muhammad menggalakkan kita mencepatkan berbuka apabila sudah masuk waktu dan melambatkan sahur. Walaubagaimanapun, ada segelintir manusia yang sukar bangun sahur jadi mereka mengambil keputusan untuk makan lewat malam dan hanya bangun pada waktu Subuh.

Ini juga merupakan penyebab berat badan naik. Seboleh-bolehnya elakkan makan 2 3 jam sebelum tidur. Sekiranya ada mengambil keputusan untuk sahur awal, bukan sahaja anda tidak memperolehi pahala sahur tetapi juga akan memudahkan berat badan cepat naik.

4. Tidur Selepas Sahur

Tidur sebaik sahaja makan adalah tidak elok untuk tubuh badan. Walau bagaimanapun, tidur selepas sahur adalah perkara biasa yang paling ramai antara kita lakukan pada bulan Ramadhan.

Paling mendukacitakan ada yang tidur sebaik sahaja makan sahur sebelum subuh. Kesudahannya, terlajak Subuh. Janganlah jadi manusia yang mementingkan pahala sunat (sahur) daripada perkara wajib iaitu solat.

 

person kneeling holding book
Photo by rawpixel.com on Pexels.com

Sumber : iluminasi.com

Cara Untuk Meningkatkan Kadar Metabolisma

man carrying barbel
Photo by Victor Freitas on Pexels.com

Apa itu metabolisma? Metabolisma berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Metabolisma adalah fungsi automatik badan kita dalam mengawal suhu badan, kadar tenaga serta tahap kesukaran kita mengawal kadar berat badan. Kadar metabolisme pula berubah-ubah mengikut kadar usia, serta banyak dipengaruhi oleh gaya hidup dan kesihatan.

Bagaimana kita hendak mengetahui sama ada kita mempunyai kadar metabolisme yang rendah?  Jawapannya ialah sudah tentu boleh. Sekiranya korang sedang cuba menurunkan berat badan ataupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan,  dengan meningkatkan metabolisme korang boleh membantu proses mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.

Berikut merupakan langkah yang boleh kita lakukan untuk mempertingkatkannya:

Minum Air Secukupnya

Paling mudah tapi ramai yang abaikannya. ada juga bagi alasan malas nanti kerap buang air. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.

Kalsium

Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh membuatkan hormon dalam badan korang berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Korang juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.

Tidur yang cukup

Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan kadar metabolisma yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang berlebihan juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama). Cuba jadikan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.

Jangan Stress

Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Makan

Healthy Eating
photo credit : healthseed.com

Makan dengan kerap dapat membantu. Perut kita akan bagi ‘signal’ seperti mula memulas dan berbunyi. Jika korang abaikan ‘signal’ ini, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.

Cahaya Matahari

Matahari baik untuk kesihatan dan metabolism. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila korang sedang tidur. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit cahaya matahari korang juga akan menaikkan kadar jantung dan dapat menghirup udara yang segar.

Senaman Angkat Berat(weight training).

butt-exercises-for-men_48ar.jpg
photo credit : askmen.com

Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Korang tak perlulah angkat berat macam atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya korang sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.

Pedas

Untuk korang yang suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baiklah. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya. Kalau korang perasan lepas makan makanan yang pedas ni korang mesti berpeluh kan?