Resepi Rendang Tempeh Mudah dan Sedap

Korang mesti dah biasa makan tempeh goreng, tempeh sambal dan macam-macam lagi cara hidangan penyediaan tempeh ni kan.

Hafiz memang suka tempeh ni. tak kiralah apa jenis cara masakan pun. Memang favorite. Lepas tu terfikir nak cuba buat masakan yang lain sikit. Lepas tu google lah cari resepi2 rendang tempeh ni. Tak banyak pilihan. Kalau ada pun resepi mat saleh di mana Hafiz rasa x sama dengan citarasa tekak melayu Hafiz ni.

Jom tengok bahan-bahan dan cara penyediaan rendang tempeh ni.

Korang jugak boleh ke YouTube Hafiz untuk tengok full video penyediaanya ok 🙂

Bahan-Bahan:

IMG_20191116_133446.jpg

  • 2 paket tempeh
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 mangkuk santan kotak
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1/2 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak, untuk menumis(ada yang letik 5- 8 sudu besar)
  • Bahan-bahan untuk rempah tumis(ikut citarasa korang):
    • kayu manis
    • bunga lawang
    • buah pelaga
  • Bahan-bahan untuk tumbuk:
    • 5 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 2 inci lengkuas
    • 2 batang serai

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk rendang:
    1. Potong dadu tempeh, ketepikan
    2. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan tumbuk dan cili kisar. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.
    3. Masukkan santan pekat dan air asam jawa.
    4. Masukkan tempeh. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
    5. Masukkan kerisik, daun limau purut dan daun kunyit. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
    6. Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.

Untuk video lengkap cara penyediaan boleh ke Youtube Hafiz ok. Jangan lupa SUBSCRIBE & SHARE ok…

IMG_20191116_144656.jpg

Selamat mencuba.

8 Kebaikan Tempe

how-to-make-chickpea-tempeh-23
photo credit : fullofplants.com

Posting kali ni Hafiz nak share dengan korang makanan pilihan Hafiz iaitu TEMPEH. Selain sedap digoreng makan dengan nasi, tempeh jugak boleh dibuat burger, diletak dalam salad dan banyak lagi.

Tempeh ni terlalu banyak kebaikan & khasiat kepada kesihatan. Hafiz nak share 8 kebaikan tempeh yang akan buat korang rasa nak makan tempeh hari2 lepas ni.

  1. Protein yang tinggi dan mudah dicerna untuk mengelakkan keracunan makanan.
  2. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.
  3. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.
  4. Anti infeksi. Kajian menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.
  5. Daya hipokolesterol. Kandungan asid lemak padat pada tempe dapat menurunkan kadar kolesterol. Kalau korang tak suka makan oat, boleh cuba cara ni!
  6. Memiliki sifat anti oksidan dan dapat mencegah kanser.
  7. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Untuk korang yang tak suka minum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.
  8. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).
21980152_385284495224994_1317704543462490112_n
Burger Tempe

Sekarang korang dah tahu tempe bukan sekadar makanan yang diperbuat dari kacang soya kan? Jadi rajin2 lah makan tempe ya.