CARA UNTUK MENYELAMATKAN DIRI JIKA KERETA TERHUMBAN KE DALAM AIR

suvpenang.jpg
Sumber : mstar

 

Beberapa hari lepas kita digemparkan dengan berita mengenai kemalangan jalan raya membabitkan kereta Mazda CX-5 yang terbabas di Jambatan Pulau Pinang dan terhumban ke dalam laut.

Berdasarkan maklumat, usaha untuk menyelamatkan mangsa dan menaikkan kereta itu menggunakan bantuan kren.

Ini bukanlah kejadian pertama dimana dalam beberapa kes sebelum ini ada kemalangan kenderaan yang terhumban ke dalam sungai dan melibatkan kanak-kanak.

Pernah tak korang terfikir apa yang perlu dilakukan sekiranya kereta tercampak ke dalam air?

Dalam keadaan kelam kabut berdepan kereta yang sedang tenggelam, korang hanya mempunyai beberapa saat untuk bertindak dan menyelamatkan diri. Bagi korang yang tidak tahu apa perlu dilakukan, jom pelajari panduan asas keselamatan melalui video di bawah.

Paling penting korang tak boleh panik. (ya, diakui cakap memang senang)

Dua aspek penting dalam keadaan ini adalah waktu yang diambil untuk bertindak dan kepantasan untuk berbuat demikian. Untuk pengetahuan korang, sesebuah kereta tidak akan tenggelam dengan cepat. Ini bermakna ada sedikitbruang peluang untuk korang cuba menyelamatkan diri.

Perkara yang paling penting untuk korang ingat ialah untuk tidak sesekali membuka pintu kereta. Tekanan air yang kuat akan membuatkan korang lebih panik. Bukan itu saja, tindakan ini akan membuatkan lebih banyak air masuk dan akhirnya menyebabkan kereta anda tenggelam dengan lebih cepat.

Sebaliknya, cuba turunkan cermin tingkap, tanggalkan tali pinggang keledar dan berenang keluar(sebab itu lah setiap dari kita perlu untuk belajar berenang).

Foto: Tech Insider

Kalau korang mengambil masa terlalu lama untuk bertindak, tekanan air mungkin akan menekan cermin tingkap itu hingga ia tak boleh digerakkan langsung. Ini bermakna korang perlu pecahkan cermin itu. Cuba untuk TIDAK pecahkan cermin di hadapan kereta kerana ia telah dicipta untuk melawan impak kuat. Sebaliknya, sasarkan cermin tepi.

Gunakan kaki untuk tendang pada bahagian atas tingkap, ataupun tanggalkan tempat letak kepala di tempat duduk korang dan “cucuk” di bahagian bawah tingkap. Selepas memecahkan tingkap, cepat-cepat tarik nafas panjang dan berenang keluar menerusinya untuk ke permukaan air.

Foto: Gear Obsession

Selain itu, korang juga boleh menggunakan alat khas yang ada dijual di pasaran untuk memecahkan tingkap kereta. Andai kata kereta korang terbalik dan tali pinggang keledar kereta menyekat korang daripada bergerak, alat ini juga boleh memotong tali berkenaan.

Semoga menjadi panduan bersama jika berlaku kecemasan. Sila nyatakan pandangan atau tips yang boleh digunakan bersama di ruangan komen di bawah ya.

Sumber: Tech Insider