Trip ke Koh Lipe

IMG-20190406-WA0018.jpg

Koh Lipe. Ada orang kata Koh Lipe ni macam Maldives of Thailand lah. Hafiz tak dapat nak verified statement ni sebab tak pernah sampai ke Maldives lagi.hehe

Sebenarnya dah lama tertangguh nak tulis pasal Koh Lipe ni. Idea tu macam tak sampai-sampai. Tengah dok ada mood nak menulis ni, Hafiz terus lah cuba untuk menulis sampai habis.

Apa yang korang tau pasal Koh Lipe ni? Kadang tu bila sebut Koh Lipe, ada yang ingat Kuala Lipis. Kuala Lipis tu kampung Dato Siti tau..hahha

IMG-20190407-WA0034.jpg

Tak dinafikan Koh Lipe ni agak kurang popular berbanding Phuket, Phi-Phi dan Samui. Hafiz difahamkan dari beberapa individu yang Hafiz kenal di Koh Lipe dulu, hardcore scuba dan snorkeling khususnya dari Eropah, Koh Lipe adalah destinasi utama yang mereka jejaki sebelum ke pulau-pulau lain yang disebutkan tadi. Jarak antara Koh Lipe ke daratan adalah 60km yang mana jaraknya dari Pulau Langkawi adalah lebih dekat iaitu sekitar 30 km sahaja! Pada musim melawat (November hingga May) terdapat 2 perjalanan terus speedboat atau feri setiap hari dari Langkawi. 

Koh Lipe adalah sebahagian dari gugusan kepulauan Adang dan lokasinya yang berdekatan Taman Negara Thailand, Koh Tarutao yang digazet sejak tahun 1974 menjadikan ia satu lokasi rekreasi laut yang menarik.

IMG-20190407-WA0029.jpg

Pengangkutan

Cara untuk ke Koh Lipe ni ialah:

1. Fly ke Langkawi then naik feri terus masuk ke Koh Lipe

2. Bus ke Hatyai dan pastu ke Pakbara (Van) – Pakbara ke Kohlipe (feri)

3. Train ETS ke Padang Besar. Dari Padang Besar korang boleh naik van atau naik train ke Hatyai. Dari Hatyai ke Pakbara(van) – Pakbara ke Koh Lipe (feri)

Hafiz nak cara senang. Jadi fly terus ke Langkawi. Jimat masa. Sampai je kat airport Langkawi, kitaorang terus naik teksi ke Telaga Terminal. Untuk pengetahuan korang perkhidmatan feri ni cuma ada 2 waktu je dalam sehari iaitu 9.30pagi atau 2.30petang. Harga pula dalam sekitar RM110-RM130.

Gaya Hidup

Di sini bagi Hafiz rasa selamat untuk yang nak bawa keluarga sebab tak la sosial sangat macam Phuket. Scam pun tak ada disini kalau korang nak travel solo.

Hotel kat sana banyak ja yang murah range dalam 800bath (untuk private room) dan 400-600bath (untuk hostel). Macam kes Hafiz, majoriti nak hotel yang tepi pantai. Jadi harga bilik mahal lah sikit. Secara amnya korang boleh atur ikut kemampuan masing-masing. Rasanya kalau pergi solo lepas ni, Hafiz macam nak try hostel lak. Hostel pun nampak macam menarik kat Koh Lipe ni.

Makanan halal memang banyak dan kebanyakkan pemilik kedai boleh cakap Melayu sebab Koh Lipe ni dibawah area Satun di mana Satun merupakan antara wilayah paling ramai masyarakat yang beragama islam. Masjid pun ada dia Koh Lipe ni. Kalau ada berkelapangan tu, boleh lah korang singgah solat jemaah disitu sambil memberi sedikit sumbangan kepada masjid dan komuniti muslim disitu.

Street food kat Koh Lipe ni memang best. Kalau rajin tu bila malam, pergilah aiskrim kelapa, roti canai pisang @ Thai pancake, PhadThai, pulut ayam goreng, green tea, seafood atau BBQ untuk malam. Biasanya kedai-kedai yang halal ni akan letak logo halal. 7 Eleven macam bersepah, ATM pun ada.

 

Aktiviti

Untuk pengetahuan korang, Koh Lipe ni dia ada 3 side.

1. Sunset
2. Sunrise
3. Pattaya beach

IMG-20190407-WA0048.jpg

Dari sini korang boleh buat pilihan tempat mana yang korang nak book hotel. Kalau korang suka tengok Sunrise, boleh lah korang book hotel di sekitar Sunrise Beach. Kalau korang suka bangun lewat dan suka ria malam-malam tu boleh lah korang tinggal di Sunset beach atau Pattaya Beach. Korang boleh . Semua walking distance dalam 15-20 minit jer. Dan area walking street menjadi jalan utama yang menghubungkan ketiga-tiga beach ni.

Aktiviti yang boleh buat bergantung kepada citarasa korang. Antaranya ialah:

1. Island hopping untuk snorkling
2. Diving bagi yang ada lesen
3. Hiking Cliff Koh Adang & ke Pirate Waterfall
4. Layan Sunset & Sunrise
5. Lepak tepi pantai sambil baca buku & cuci mata

IMG-20190407-WA0025.jpg

Untuk trip kali ni Hafiz tak buat proper itinerary & costing sebab pergi berkumpulan. Ahli kumpulan ni pulak jenis yang leisure2 habiskan duit…hahha *Pengsan aku tengok bil setiap kali makan.hahha

Harap perkongsian kali ni serba sedikit boleh tolong korang buat planning untuk ke Koh Lipe nanti ok.

 

 

 

Langkah Perlu di Ambil Bila Berlaku Kemalangan di Thailand

crowded street with cars passing by
Photo by suzukii xingfu on Pexels.com

Untuk panduan pada korang yang nak travel ke Thailand menggunakan jalan darat seperti memandu atau berkonvoi, berikut Hafiz kongsikan sedikit panduan apa yang perlu lakukan sekiranya berlaku kemalangan.

1.Hubungi pihak polis & ambulans jika perlu(biasanya orang disekeliling akan membantu)

2.Hubungi Konsulat Malaysia di Songkhla atau Kedutaan Malaysia di Thailand untuk bantuan dokumentasi & nasihat undang-undang.

3.Hubungi Polis Pelancongan Thailand(1155) dan Tourist Assistance Centre (+6697-2483637) untuk bantuan jurubahasa & nasihat undang-undang.

4.Buat laporan polis dan jika perlu bantuan jurubahasa, minta Konsulat atau Kedutaan Malaysia membantu.

5. Jika mangsa atau anda perlu dihantar ke hospital, serahkan laporan polis atau polisi insurans di kaunter hospital untuk tindakan selanjutnya.

road people street smartphone
Photo by SplitShire on Pexels.com

Kisah Di Sebalik Menara Berhantu Di Bangkok

sathorn-unique.jpg
Inilah binaan Sathorn Unique Tower – Photo credit packthailand.com

Kali ni Hafiz nak kongsi sikit pasal satu bangunan yang agak misteri di Bangkok. Sesiapa sahaja yang pernah ke Bangkok, mesti korang perasan satu bangunan yang tinggi dan terbengkalai. Dikatakan bangunan 49 tingkat ini telah siap 80%. Bangunan ini dinamakan Sathorn Unique Tower (Menara Unik Sathorn), namun ia lebih dikenali oleh kebanyakan orang dengan nama yang berbeza, iaitu Menara Hantu.

menara-unik-sathorn-di-bangkok (1).jpg

Bangunan yang sepatutnya menjadi simbol kelas dan kebudayaan di bandaraya Bangkok, Thailand ini akhirnya menjadi bangunan terbengkalai dan yang dicemari dengan grafiti, serpihan peninggalan dan kisah-kisah mistik.

Rangsan-Torsuwan2.jpg
Ragsan Torsuwan – Photo credit packthailand.com

Pembinaan bangunan berhantu ini bermula pada tahun 1990 apabila Rangsan Torsuwan, seorang arkitek dan pemaju hartanah terkenal Thailand , merangka struktur yang mega ini. Beliau membayangkan membina sebuah kompleks kondominium mewah di bandar Bangkok. Namun, impiannya itu terhenti ditengah jalan apabila pada tahun 1993, Rangsan telah ditangkap atas dakwaan merancang untuk membunuh Presiden Mahkamah Agung. Walaupun pembunuhan itu tidak berlaku, namun Torsuwan didapati bersalah pada 2008.

Pada 2010,  beliau dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan. Kes ini telah mengganggu keupayaan Rangsan untuk mendapatkan sokongan kewangan untuk projek-projeknya, dan pembinaan Sathorn Unique mengalami kelewatan kerana kekurangan dana. Krisis kewangan Asia yang melanda pada tahun 1997 juga menyebabkan pasaran hartanah Bangkok runtuh dan syarikat-syarikat kewangan yang membiayai projek muflis dan kemudiannya dibubarkan.

Pelbagai usaha & rundingan yang diteruskan oleh Pansit Torsuwan iaitu anak lelaki kepada Rangsan juga menemui jalan buntu.

Budaya & kepercayaan masayarakat Asia 

Secara umum, kita sedia maklum budaya & kepercayaan masyarakat Asia yang sarat dengan cerita-cerita hantu dan tahayul. Maka tidak hairanlah bangunan terbengkalai seperti Sathorn Unique Tower ini menjadi sebahagian daripada cerita-cerita hantu masyarakat disini.

Sathorn-Unique-Thibaud-Saintin2
photo credit packthailand.com

Ramai yang percaya bangunan ini berhantu dan khabar angin juga mengatakan ia dibina di atas bekas tapak kubur lama. Pada Disember 2014, mayat seorang lelaki warga Sweden ditemui di tingkat 43 dalam keadaan tergantung. Walaupun pihak berkuasa menyifatkan kematiannya sebagai bunuh diri, ia adalah satu perkara yang sangat mengejutkan bagi jurugambar Thailand yang masuk ke dalam bangunan dan naik ke tingkat atas untuk mengambil gambar matahari terbit.

Sathorn-Unique-Flickr-Thibaud-Saintin.jpg
photo credit packthailand.com

Laporan tambahan mengenai penampakan hantu kedengaran sepanjang tahun dan keadaan menakutkan bangunan ini  sememangnya mencetuskan kepada perkembangan kisah-kisah ini. Kekosongannya sangat menyeramkan dan grafiti di dinding mengandung imej yang mengganggu.

Lubang-lubang berbahaya memenuhi bahagian lantai dan anjing-anjing liar berkeliaran di ruangan-ruangan kosong menambahkan lagi bahaya yang sedia ada.

A Ghost Tower in the Sky: Bangkok's Creepy Abandoned Skyscraper
photo credit packthailand.com

Pada September 2015, Pansit Torsuwan dan pemilik semasa firma Rangsan telah memfailkan dakwaan pencerobohan jenayah terhadap lima pelancong yang telah memanjat menara ini dan memuatnaik secara dalam talian. Motif Pansit adalah untuk menjadikannya sebagai contoh dan menghalang sebarang cubaan untuk menceroboh masuk ke dalam bangunan ini pada masa akan datang.

menara-unik-sathorn

Rujukan :

https://coconuts.co/bangkok/features/scary-skyscraper-bangkoks-haunted-ghost-tower/

http://packthailand.com/sathorn-unique-bangkok-abandoned-building/