Trip ke Koh Lipe

IMG-20190406-WA0018.jpg

Koh Lipe. Ada orang kata Koh Lipe ni macam Maldives of Thailand lah. Hafiz tak dapat nak verified statement ni sebab tak pernah sampai ke Maldives lagi.hehe

Sebenarnya dah lama tertangguh nak tulis pasal Koh Lipe ni. Idea tu macam tak sampai-sampai. Tengah dok ada mood nak menulis ni, Hafiz terus lah cuba untuk menulis sampai habis.

Apa yang korang tau pasal Koh Lipe ni? Kadang tu bila sebut Koh Lipe, ada yang ingat Kuala Lipis. Kuala Lipis tu kampung Dato Siti tau..hahha

IMG-20190407-WA0034.jpg

Tak dinafikan Koh Lipe ni agak kurang popular berbanding Phuket, Phi-Phi dan Samui. Hafiz difahamkan dari beberapa individu yang Hafiz kenal di Koh Lipe dulu, hardcore scuba dan snorkeling khususnya dari Eropah, Koh Lipe adalah destinasi utama yang mereka jejaki sebelum ke pulau-pulau lain yang disebutkan tadi. Jarak antara Koh Lipe ke daratan adalah 60km yang mana jaraknya dari Pulau Langkawi adalah lebih dekat iaitu sekitar 30 km sahaja! Pada musim melawat (November hingga May) terdapat 2 perjalanan terus speedboat atau feri setiap hari dari Langkawi. 

Koh Lipe adalah sebahagian dari gugusan kepulauan Adang dan lokasinya yang berdekatan Taman Negara Thailand, Koh Tarutao yang digazet sejak tahun 1974 menjadikan ia satu lokasi rekreasi laut yang menarik.

IMG-20190407-WA0029.jpg

Pengangkutan

Cara untuk ke Koh Lipe ni ialah:

1. Fly ke Langkawi then naik feri terus masuk ke Koh Lipe

2. Bus ke Hatyai dan pastu ke Pakbara (Van) – Pakbara ke Kohlipe (feri)

3. Train ETS ke Padang Besar. Dari Padang Besar korang boleh naik van atau naik train ke Hatyai. Dari Hatyai ke Pakbara(van) – Pakbara ke Koh Lipe (feri)

Hafiz nak cara senang. Jadi fly terus ke Langkawi. Jimat masa. Sampai je kat airport Langkawi, kitaorang terus naik teksi ke Telaga Terminal. Untuk pengetahuan korang perkhidmatan feri ni cuma ada 2 waktu je dalam sehari iaitu 9.30pagi atau 2.30petang. Harga pula dalam sekitar RM110-RM130.

Gaya Hidup

Di sini bagi Hafiz rasa selamat untuk yang nak bawa keluarga sebab tak la sosial sangat macam Phuket. Scam pun tak ada disini kalau korang nak travel solo.

Hotel kat sana banyak ja yang murah range dalam 800bath (untuk private room) dan 400-600bath (untuk hostel). Macam kes Hafiz, majoriti nak hotel yang tepi pantai. Jadi harga bilik mahal lah sikit. Secara amnya korang boleh atur ikut kemampuan masing-masing. Rasanya kalau pergi solo lepas ni, Hafiz macam nak try hostel lak. Hostel pun nampak macam menarik kat Koh Lipe ni.

Makanan halal memang banyak dan kebanyakkan pemilik kedai boleh cakap Melayu sebab Koh Lipe ni dibawah area Satun di mana Satun merupakan antara wilayah paling ramai masyarakat yang beragama islam. Masjid pun ada dia Koh Lipe ni. Kalau ada berkelapangan tu, boleh lah korang singgah solat jemaah disitu sambil memberi sedikit sumbangan kepada masjid dan komuniti muslim disitu.

Street food kat Koh Lipe ni memang best. Kalau rajin tu bila malam, pergilah aiskrim kelapa, roti canai pisang @ Thai pancake, PhadThai, pulut ayam goreng, green tea, seafood atau BBQ untuk malam. Biasanya kedai-kedai yang halal ni akan letak logo halal. 7 Eleven macam bersepah, ATM pun ada.

 

Aktiviti

Untuk pengetahuan korang, Koh Lipe ni dia ada 3 side.

1. Sunset
2. Sunrise
3. Pattaya beach

IMG-20190407-WA0048.jpg

Dari sini korang boleh buat pilihan tempat mana yang korang nak book hotel. Kalau korang suka tengok Sunrise, boleh lah korang book hotel di sekitar Sunrise Beach. Kalau korang suka bangun lewat dan suka ria malam-malam tu boleh lah korang tinggal di Sunset beach atau Pattaya Beach. Korang boleh . Semua walking distance dalam 15-20 minit jer. Dan area walking street menjadi jalan utama yang menghubungkan ketiga-tiga beach ni.

Aktiviti yang boleh buat bergantung kepada citarasa korang. Antaranya ialah:

1. Island hopping untuk snorkling
2. Diving bagi yang ada lesen
3. Hiking Cliff Koh Adang & ke Pirate Waterfall
4. Layan Sunset & Sunrise
5. Lepak tepi pantai sambil baca buku & cuci mata

IMG-20190407-WA0025.jpg

Untuk trip kali ni Hafiz tak buat proper itinerary & costing sebab pergi berkumpulan. Ahli kumpulan ni pulak jenis yang leisure2 habiskan duit…hahha *Pengsan aku tengok bil setiap kali makan.hahha

Harap perkongsian kali ni serba sedikit boleh tolong korang buat planning untuk ke Koh Lipe nanti ok.

 

 

 

Review for Warm Window Silom

IMG_20190702_074251.jpg

First of all, i must say this is one of the best hostel you can find in Silom. Ive been to many hostel & hotel in Bangkok, Warm Window Silom exceed my expectations.

Let me share with you some backgrounds of this hostel. In the past, Silom is the center of trading amongst Thai and European merchants through Chaophraya river. Thais became closer friends with foreigners, while the building architectures on this road have been a blend of Thai and Colonial style harmoniously since then.

Although Silom Road became the financial centre of the capital, but yet still being the headquarter of expats and foreign tourists; full of historical attractions, street food, café, and shops; with multi-transportations to downtown and other parts of Bangkok.

IMG_20190629_144944.jpg

Warm Window Silom Hostel located on Pan Road which is one of the most peaceful residence area in Silom. It is only 7mins away from Surasak BTS Station, 1min away to the Bus stop on main Silom street and 10mins away from the pier! Isn’t it cool?

On  top of all the excitement, Warm Window Silom also offer ‘wider bed’ with personal locker and capturing design. They also provide various choice of accommodation such as ‘Budget capsule bed’, ‘Queen size bed dormitory’, ‘Private room with Bathroom’ and ‘Private group size room’. So don’t worry, if you like travelling alone or travel as a group of friends even couple and families. You will easily fit in here.

So if you are in Bangkok, please do check out this wonderful space.

IMG_20190705_115809_783.jpg

Itinerary di Bangkok dengan naik train

Kali ni Hafiz nak share itinerary 4 hari 3 malam ke Bangkok dan anggaran budget yang korang kena sediakan.

Memandangkan dah tertangguh lama nak share dengan korang itinerary ni, posting kali ni Hafiz akan ringkas kan semua dalam satu posting.

Hari Pertama :

12.00 malam : Bertolak dari Terminal Bersepadu Selatan (tapi bas kitaorag delay. Kul 3 pagi baru bertolak) Harga tiket bas KL – Hatyai RM70*.

8.30 pagi : Sampai kat imigresen Bukit Kayu Hitam. Beratur di sini je dekat 3 jam. bawa2 lah bersabar.

12.00 tghari : Sampailah kitaorang kat Hatyai dan terus pergi lunch kat Kelantan Restaurant, Hatyai. Kos seorang lebih kurang RM20.

IMG_20190628_120553.jpg
Menu meleleh air liur di Kelantan Restaurant

2.00 petang : Check in kat kat Pacific Residence Hotel. Hotel ni kitaorg guna untuk bersiap & mandi2 sebelum perjalanan 17 jam..heheh Harga seorang lebih kurang RM20.

6.45 : Bertolak ke Bangkok dengan train. Harga tiket RM180*. Kitaorang ada tapau siap2 makanan sebelum naik train. Menu dinner tu dalam RM10.

Jumlah Perbelanjaan hari pertama : RM50 (tak termasuk tiket bas & tiket train)

Hari Kedua :

12.30 tghari : Tiba di Hua Lamphong Train Station. Kitaorang naik Grab ke hotel (RM4 seorang)

1.00 tghari : Lunch (RM15) & Check in di Warm Window (RM218 seorang untuk 3 malam)

IMG_20190702_074251.jpg

4.00 petang : Chao Phraya Express Boat & Train (RM20 lebih kurang pergi & balik), Grand Palace(Free, amik gambar dari luar je), Icon Siam Mall (Free)

8.00 malam : Ratchada Train Market & Dinner (RM22)

IMG_20190629_210845.jpg
ikan goreng yang salut garam ni memang famous kat Bangkok. So bila dah jumpa kedai Halal yang jual ikan ni, kitaorg pun terus lah order… not bad. boleh order lagi…

Jumlah kos hari kedua : RM61. Jumlah kos ni tidak termasuk kos untuk hotel.

Hari Ketiga :

Hari ni dah plan nak jalan banyak, jadi kitaorg beli “1 day Pass” untuk BTS train. Harga unutuk satu hari ialah 140 bhat, lebih kurang RM19.

9.30 pagi : Chatuchak Martket

2.00 petang : Lunch (RM30) – Makanan kat Saman Islam di Chatuchak ni memang mahal sikit. Tapi dari segi rasa dia, oklah. not bad.

4.00 petang : Terminal 21, Em Quartier, Platinum Mall – jalan2 cuci mata ni free je. tapi kalau korang shopping, silalah tambah kos korang tu  sendiri ok 🙂

8.00 malam : Dinner kat Yana Restaurant, MBK (RM30 seorang. Kitaorang makan hidang, then bahagi 5.. kalau korang nak jimat, order lah sikit2. kitaorg lupa diri sikit bila tgk menu..hehhe)

IMG_20190630_201726.jpg

Jumlah perbelanjaan hari ketiga : RM79

Hari Keempat :

Hari ni pun plan nak jalan banyak jugak, jadi kitaorg beli lagi sekali “1 day Pass” untuk BTS train. Harga unutuk satu hari ialah 140 bhat, lebih kurang RM19.

8.00 pagi : Destinasi utama ialah untuk ke Damnoen Saduak Floating Market. Naik BTS train ke Victory Monument. Jalan menuju ke arah Victory Monument(VM). Dah nampak VM didepan, turun tangga di bahagian kiri. Nanti dalam posting akan datang Hafiz share details macamana nak kesana ok. Tambang bas cuma lebih kurang RM3. Bas ni akan bawa korang ke Southern Bas Terminal. Bila dah sampai Southern Bas Terminal ni, korang kena naik van pulak ke Damnoen Saduak Floating Market ni. Tambang van RM10.

12.00 tghari : Damnoen Saduak floating market. Cerita details nanti Hafiz akan share dalam posting akan datang. Harga satu boat ni dalam lingkungan 350baht – 600baht. Biasanya kalau 600 baht dah kira ok tu. ada banyak penyedia perkhidmatan di sekitar sini. Jadi kitorg ambil yang dalam 600 baht tu. Kurang lebih seorang bayar dalam RM16. Boat ni akan bawa korang pusing2 dalam masa sejam.

1.00 ptg : Destinasi kitaorg yang seterusnya ialah Mae Klong Railway Market. Yang ni memang mencabar sikit. Diringkaskan lepas habis satu jam di floating market, kitaorg terus keluar menuju ke jalan besar. Kitorg naik tuk tuk besar atau nama sebenarnya ialah songthew. Songthew ni akan menuju terus ke Mae Klong. Korang kena tahan2 tepi jalan je. Harga seorang ialah 20 baht. Lebih kurang RM3 duit kita. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Masa atas boat ni kitaorg nampak sorang mak cik ni jual makanan halal. So kitorg pun makan lah atas boat. mahal sket. harga sepinggan pad thai & sepinggan nasi goreng ialah 400baht. Jadi setiap seorang dalam RM 10… boleh lah alas perut.

2.00 petang : Kitaorang sampai di Mae Klong Railway Market ni tepat pada waktu di mana train dah nak sampai.

4.00 petang : Minibus station dan menuju ke Bangkok. Harga seoarang dalam 100 baht. lebih kurang RM14.

7.00 malam : Sampai Bangkok, kitaorg jalan dan terus pergi makan. Dinner kat tempat biasa iaitu di Yana Restaurant, MBK. Kitorg spend sorang dalam RM40 sebab dah lapar sangat.

Jumlah perbelanjaan hari keempat : RM115

Hari kelima :

10.00pagi : Lepas breakfast & check out kitaorg pergi ke ChinaWorld yang terletak di China Town. Kat sini syurga kain. Tambang Grab ke sini seorang dalam RM4 je.

Dah puas cuci mata kat sini, kitaorang naik Grab ke Yana Restaurant lagi.

1.00 petang : Lunch di Yana Restaurant (RM30 seorang)

2.30 petang : Bertolak ke Don Muang Airport. Kitaorang nak Grab van sebab kami berlima. Kos seorang dalam RM30.

6.00 petang : Bertolak balik ke KLIA (RM250)

9.00 malam : Selamat tiba di KL.

Jumlah perbelanjaan hari kelima : RM64 (tidak termasuk tiket flight)

Perbelanjaan keseluruhan untuk 5 hari ni ialah RM1087 untuk lima hari.

Nanti Hafiz share lagi ok secara details perjalanan di Bangkok ni….

 

Pengalaman ke Hatyai Dengan Bas – Part 1

Ke Hatyai dengan menaiki bas bukanlah sesuatu yang baru. mungkin dah ramai yang pernah cuba cara ni. Dalam posting ni Hafiz nak share pengalaman Hafiz naik bas. Sebelum korang mulakan perjalanan ni, korang mesti sedia maklum yang perjalanan menggunakan jalan darat ni akan mengambil masa yang panjang. Dalam beberapa posting akan datang ni Hafiz akan kongsi perjalanan dari KL – Hatyai – Bangkok – KL.

Mulakan dengan perancangan awal, lebih kurang sebulan dari tarikh perjalanan. Tiket bas ni cepat sold out, so kenalah kiasu sket. Hafiz beli tiket bas ni melalui Easybook.com. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, Hafiz memang selalu beli tiket kat sini. Selain memudahkan kerja membeli tiket, korang boleh jugak kumpul mata ganjaran sekali. Bolehlah guna untuk trip2 akan datang korang nanti. Harga tiket bas sekitar RM 70.

Sebelum beli tiket ni, Hafiz ada tanya jugak kawan2 yang pernah naik bas ke Hatyai. Kebanyakkannya suruh naik bas Alisan express. Sebabnya ada bas yang hanya berhentikan penumpang di sempadan Bukit Kayu Hitam. Jadi sebelum beli tiket, semak betul2 ya. Untuk melepasi sempadan Thai ni, ada 2 laluan yang utama iaitu, Bukit Kayu Hitam & Padang Besar. Bas biasanya akan melalui sempadan di Bukit Kayu Hitam. Sebab apa tu, Hafiz tak pasti. Kalau korang tahu, boleh lah share di ruangan komen di bawah ok.

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Pada hari kejadian, kitaorg pun berkumpul di Terminal Bersepadu Selatan(TBS). Bas dijadualkan bertolak pada jam 11.59malam. Tetapi tak tahu apa punca masalahnya, bas kitaorang hanya tiba pada jam 3 pagi. Ye, 3 jam weh delay. ingatkan naik flight je delay, bas pun delay jugak ya. Jadi kalau korang merancang untuk menggunakan pengangkutan darat ni, sila sediakan sedikit jarak masa untuk perkara2 yang tak dijangka macam ni.

IMG_20190628_092828.jpg
Keadaan diluar kompleks imigresen Thai. Kena banyak2 bersabar 🙂

Setelah 6 jam perjalan, kami pun tiba di sempadan Malaysia – Thailand. Urusan di sempadan Malaysia ni agak pantas. Cuma bila masuk di imigresen Thai ni, terkejut tengok orang dah beratur panjang. Memandangkan train kitaorg untuk ke Bangkok pada jam 6.45 petang, senyum & redha jer beratur untuk 2 jam.

Selepas dah selesai segala urusan imigresen, perjalanan diteruskan sehingga sampai ke Hatyai pada jam 11.30tghari(waktu Thai, kurang 1 jam dari Malaysia). Jadi jumlah masa perjalanan masa kami termasuk delay time ialah 12 jam 30 minit. Best tak?hehehe

IMG_20190628_114810.jpg
Kelantan Restaurant, Hatyai

Dah sampai kat Hatyai, kitorg pun terus serbu ke kedai Kelantan Restaurant. Kebetulan kedai ni terletak dekat dengan lokasi bas Alisan tu berhenti. Jalan kaki je. Kedai ni memang favorite kitaorg. Dalam trip ke Hatyai sebelum ni pun, 3 kali kitorg makan kat sini. Kalau korang pergi pagi, boleh rasa nasi kerabu kat sini. Untuk menu makan tengahari, Hafiz syorkan korang try daging goreng bawang putih dia. Sedap sangat2. Tomyam kat sini pun sedap. Puas hati.

IMG_20190628_120553.jpg
Menu meleleh air liur di Kelantan Restaurant
IMG_20190628_145627.jpg
Pacific Residence, Hatyai

Dah selesai makan, kitaorg terus jalan ke hotel yang Hafiz dah book untuk kegunaan satu hari ni. Tujuan bilik hotel ni ialah untuk memudahkan kitaorg mandi, membuang apa2 yang sepatutnya & solat. Persediaan mental untuk menempuh satu lagi perjalanan yang panjang 17 jam ke Bangkok.

IMG_20190628_134656.jpg
Stall ni terletak kat Morning Market, Hatyai

Sebelum naik train, kitaorang tapau kat salah satu stall pilihan kitaorg. Nasi kuning & ayam goreng kat sini memang terbaik. Ayam tu bila dah sejuk pun masih sedap…

IMG-20190628-WA0063.jpg

Sambungan dalam part 2 nanti, Hafiz akan share keadaan dalam train pulak ok…

Kos untuk hari pertama:

  • Tiket Bas : RM70
  • Lunch : RM20*
  • Hotel : RM17*
  • Dinner : RM10*

Jumlah perbelanjaan untuk hari pertama ialah RM117(*semua kos diatas telah dibahagi samarata)

 

 

Aktiviti Percuma Di Bangkok

Dalam posting-posting sebelum ni Hafiz ada share pengalaman di Bangkok. Ramai juga yang bertanya apa yang boleh di buat di Bangkok kalau ada budget yang terhad. Biasalah kadang2 bukan soal tentang tak mampu tetapi lebih kepada kenapa perlu berbelanja lebih jika boleh jimat. Ada juga yang lebih suka menggunakan wang untuk makan/shopping. Jadi kali ni Hafiz nak share dengan korang apa yang korang boleh buat secara percuma di Bangkok.

1. Chatuchak Market

chatuchak-bangkok.jpg

Merupakan antara tarikan utama semua pengunjung ke Bangkok ni. Tiada bayaran yang dikenakan untuk memasuki pasar ini. Tapi kalau korang dah lupa diri membeli belah tu, janganlah lupa bayar. Tengok-tengok adalah percuma.hehe

Chatuchak Market ni dibuka setiap Sabtu & Ahad. Pasar ini menempatken lebih dari 5000 gerai. Jadi tidak hairanlah kalau ia di katakan pasar terbesar didunia. Dari gerai yang menjual baju, aksesori, lukisan, buku dan banyak lagi. Kalau korang lapar, bolehlah cari kedai2 makanan halal yang ada disini.

2. Jalan-jalan di Lumphini Park

lumpini-park.jpg
photo credit : http://learnthaiwithmod.com

Kalau hotel/hostel korang disekitar Silom tu, boleh lah korang jalan kaki ke Lumphini Park ni. Biasanya setiap pagi ramai yang akan jogging & bersenam disini. Ada open air gym juga di dalam Lumpini Park ni. Apa yang menarik kalau korang berada disini pada jam 9 pagi, korang kena lah join orang tempatan berhenti mendengar lagu kebangsaan mereka. Ianya merupakan rutin setiap hari di sini.

Sedikit sejarah Lumpini Park ni, nama nya di ambil sempena tempat kelahiran Lord Buddha di Nepal. Di buka pada sekitar 1920an.

3. Chinatown(Yaowarat Road)

yaowarat-road-at-night-best-bustling-place-in-chinatown-bangkok
photo credit : livingnomads.com

Merupakan antara kawasan terawal di Bangkok. Di buka pada 1780an. Merupakan pusat perdagangan komuniti Cina pada masa itu. Sehingga hari ni Chinatown memang sesak dengan pelbagai jenis kedai. Terkenal juga dikalangan penggemar fabric dari seluruh dunia kerana korang boleh dapatkan pelbagai jenis kain dengan harga yang amat berpatutan. Selain kain, korang boleh cari barangan antik, permainan, alat muzik & banyak lagi.

Apa yang paling menarik di Chinatown ni ialah terdapat banyak bangunan-bangunan yang bersejarah.

4. Asiatique

chatuchak
photo credit : bangkok.com

Ada yang kata Asiatique ni macam Chatuchak versi malam. Walaupun kawasannya tidak lah sebesar Chatuchak, tapi ianya tetap menjadi tumpuan ramai. Mungkin sebab ianya di buka setiap hari dan lokasi yang terletak di tebing sungai juga menjadikan ianya antara tarikan utama pengunjung ke Bangkok. Untuk ke Asiatique ni korang boleh naik shuttle boat yang terletak di Saphan Thaksin BTS. Tiada sebarang caj untuk shuttle boat & masuk ke dalam Asiatique juga adalah percuma

Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh buat secara percuma tapi 4 yang Hafiz senaraikan ni,  Hafiz rasa paling bersesuaian untuk korang buat dalam tempoh 3 – 4 hari percutian korang.

 

 

Langkah Perlu di Ambil Bila Berlaku Kemalangan di Thailand

crowded street with cars passing by
Photo by suzukii xingfu on Pexels.com

Untuk panduan pada korang yang nak travel ke Thailand menggunakan jalan darat seperti memandu atau berkonvoi, berikut Hafiz kongsikan sedikit panduan apa yang perlu lakukan sekiranya berlaku kemalangan.

1.Hubungi pihak polis & ambulans jika perlu(biasanya orang disekeliling akan membantu)

2.Hubungi Konsulat Malaysia di Songkhla atau Kedutaan Malaysia di Thailand untuk bantuan dokumentasi & nasihat undang-undang.

3.Hubungi Polis Pelancongan Thailand(1155) dan Tourist Assistance Centre (+6697-2483637) untuk bantuan jurubahasa & nasihat undang-undang.

4.Buat laporan polis dan jika perlu bantuan jurubahasa, minta Konsulat atau Kedutaan Malaysia membantu.

5. Jika mangsa atau anda perlu dihantar ke hospital, serahkan laporan polis atau polisi insurans di kaunter hospital untuk tindakan selanjutnya.

road people street smartphone
Photo by SplitShire on Pexels.com

Kisah Di Sebalik Menara Berhantu Di Bangkok

sathorn-unique.jpg
Inilah binaan Sathorn Unique Tower – Photo credit packthailand.com

Kali ni Hafiz nak kongsi sikit pasal satu bangunan yang agak misteri di Bangkok. Sesiapa sahaja yang pernah ke Bangkok, mesti korang perasan satu bangunan yang tinggi dan terbengkalai. Dikatakan bangunan 49 tingkat ini telah siap 80%. Bangunan ini dinamakan Sathorn Unique Tower (Menara Unik Sathorn), namun ia lebih dikenali oleh kebanyakan orang dengan nama yang berbeza, iaitu Menara Hantu.

menara-unik-sathorn-di-bangkok (1).jpg

Bangunan yang sepatutnya menjadi simbol kelas dan kebudayaan di bandaraya Bangkok, Thailand ini akhirnya menjadi bangunan terbengkalai dan yang dicemari dengan grafiti, serpihan peninggalan dan kisah-kisah mistik.

Rangsan-Torsuwan2.jpg
Ragsan Torsuwan – Photo credit packthailand.com

Pembinaan bangunan berhantu ini bermula pada tahun 1990 apabila Rangsan Torsuwan, seorang arkitek dan pemaju hartanah terkenal Thailand , merangka struktur yang mega ini. Beliau membayangkan membina sebuah kompleks kondominium mewah di bandar Bangkok. Namun, impiannya itu terhenti ditengah jalan apabila pada tahun 1993, Rangsan telah ditangkap atas dakwaan merancang untuk membunuh Presiden Mahkamah Agung. Walaupun pembunuhan itu tidak berlaku, namun Torsuwan didapati bersalah pada 2008.

Pada 2010,  beliau dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan. Kes ini telah mengganggu keupayaan Rangsan untuk mendapatkan sokongan kewangan untuk projek-projeknya, dan pembinaan Sathorn Unique mengalami kelewatan kerana kekurangan dana. Krisis kewangan Asia yang melanda pada tahun 1997 juga menyebabkan pasaran hartanah Bangkok runtuh dan syarikat-syarikat kewangan yang membiayai projek muflis dan kemudiannya dibubarkan.

Pelbagai usaha & rundingan yang diteruskan oleh Pansit Torsuwan iaitu anak lelaki kepada Rangsan juga menemui jalan buntu.

Budaya & kepercayaan masayarakat Asia 

Secara umum, kita sedia maklum budaya & kepercayaan masyarakat Asia yang sarat dengan cerita-cerita hantu dan tahayul. Maka tidak hairanlah bangunan terbengkalai seperti Sathorn Unique Tower ini menjadi sebahagian daripada cerita-cerita hantu masyarakat disini.

Sathorn-Unique-Thibaud-Saintin2
photo credit packthailand.com

Ramai yang percaya bangunan ini berhantu dan khabar angin juga mengatakan ia dibina di atas bekas tapak kubur lama. Pada Disember 2014, mayat seorang lelaki warga Sweden ditemui di tingkat 43 dalam keadaan tergantung. Walaupun pihak berkuasa menyifatkan kematiannya sebagai bunuh diri, ia adalah satu perkara yang sangat mengejutkan bagi jurugambar Thailand yang masuk ke dalam bangunan dan naik ke tingkat atas untuk mengambil gambar matahari terbit.

Sathorn-Unique-Flickr-Thibaud-Saintin.jpg
photo credit packthailand.com

Laporan tambahan mengenai penampakan hantu kedengaran sepanjang tahun dan keadaan menakutkan bangunan ini  sememangnya mencetuskan kepada perkembangan kisah-kisah ini. Kekosongannya sangat menyeramkan dan grafiti di dinding mengandung imej yang mengganggu.

Lubang-lubang berbahaya memenuhi bahagian lantai dan anjing-anjing liar berkeliaran di ruangan-ruangan kosong menambahkan lagi bahaya yang sedia ada.

A Ghost Tower in the Sky: Bangkok's Creepy Abandoned Skyscraper
photo credit packthailand.com

Pada September 2015, Pansit Torsuwan dan pemilik semasa firma Rangsan telah memfailkan dakwaan pencerobohan jenayah terhadap lima pelancong yang telah memanjat menara ini dan memuatnaik secara dalam talian. Motif Pansit adalah untuk menjadikannya sebagai contoh dan menghalang sebarang cubaan untuk menceroboh masuk ke dalam bangunan ini pada masa akan datang.

menara-unik-sathorn

Rujukan :

https://coconuts.co/bangkok/features/scary-skyscraper-bangkoks-haunted-ghost-tower/

http://packthailand.com/sathorn-unique-bangkok-abandoned-building/