Kelebihan Singapore Tourist Pass

Posting kali ni jom kita kenali apa itu Singapore Tourist Pass(STP). Sejak ia diperkenalkan beberapa tahun lepas, Hafiz rasakan STP ni sangat2lah berbaloi untuk dibeli. STP ni boleh digunakan untuk menaiki semua bas2 awam, MRT & LRT di Singapura. Penggunaan tanpa had(unlimited). Best kan?

singapore-tourist-pass
Deposit S$10 untuk setiap kad.

Jadi untuk trip korang ke Singapore nanti bolehlah beli STP ni ya. STP ni boleh dibeli di kaunter Transit Link. Kaunter Transit Link ni kebiasaanya terletak di stesen MRT. Dan jangan lupa untuk pulangkan kad anda bila dah nak balik Malaysia.. Nanti dapat balik deposit S$10 korang tu…

Itu saja untuk posting kali ni. 🙂

 

Apa yang best di Amsterdam?

IMG_3255

Amsterdam. Antara destinasi yang Hafiz rasa sangat istimewa. Berbeza dengan Paris dimana Hafiz kongsi aktiviti harian, untuk Amsterdam ni Hafiz rasa lebih sesuai untuk kumpulkan tempat-tempat yang mesti korang pergi di Amsterdam.
1. Museum Square/ Museumplein
Hafiz rasa korang boleh habiskan keseluruhan hari anda disini. Di kawasan Museum Square ni ada 5 lokasi menarik yang korang boleh singgah.
  • Rijk Museum

  • Van Gogh Museum

  • Stedelijk Museum

  • Diamond Museum (Museum Berlian)

  • Royal Concertgebouw atau Royal Concert Hall

2. Anne Frank House
Rumah ini menyimpan seribu satu cerita seorang anak gadis yang bernama Anne Frank. Perjalanan melalui ruang2 kecil di rumah ini sedikit menyentuh perasaan. Korang boleh google lah kisah dia ok. Btw tips nak ke situ, silalah pergi awal sikit. Sebabkan ruang yang sempit didalam, memanglah beratur agak panjang diluar. Tiket untuk masuk sekitar 10Euro. Oh ya anda tidak dibenarkan mengambil gambar semasa berada didalam muzium ini.
3. Albert Cuyp Market
Terletak dikawasan sekitar DePijp. Berdekatan dengan airbnb yang Hafiz tinggal. Pasar ni dah wujud lebih dari 100 tahun lalu. Dibuka setiap hari Isnin – Sabtu dari 9.30pagi ke 5.00petang. Korang boleh beli souvenier kat sini dengan harga yang agak murah.
4. The Port & Canals of Amsterdam.
Lepas dah tengok gambar-gambar ni, Hafiz harap dapat bagi inspirasi untuk korang nak buat apa di Amsterdam ok?

Pengalaman Menaiki Bas Dari London ke Glasgow

590

Kali ni Hafiz nak share dengan korang pengalaman Hafiz naik bas dari London ke Glasgow. Memang best tapi jiwa kena kental sket lah sebab perjalanan mengambil masa sekitar 10 – 11 jam. Trip Hafiz ke London pada Disember 2016 ni memang tak da proper plan pun. Tiket jer beli dulu. Yang lain tu dah dekat dengan hari baru decide. Sampaikan bilik hotel/hostel pun bila dah kat London baru cari. Memang haru lah jugak travel macam tu..hee
Lepas dah beberapa hari di London, Hafiz ambil keputusan untuk keluar dari London. Dalam pada masa yang sama nak cari destinasi yang boleh dituju dengan harga yang murah.. Lepas dah buat perbandingan dan sedikit bacaan, Hafiz ambil keputusan untuk ke Scotland. Harga tiket dari London ke Glasgow lebih kurang £15. Dari Glasgow ke Edinburgh dan balik ke London. Best kan?
Ada banyak bas untuk ke Glasgow ni tapi Hafiz ambil National Express. Tiket boleh beli online ataupun kalau bukan peak season, boleh je beli dikaunter. Untuk naik bas ni korang kena ke Victoria Coach Station. Kena jalan sikitlah dari stesen tube Victoria. Banyak signage untuk ke Victoria Coach Station ni. Agak mustahil untuk sesat.
Kawasan rehat dalam perjalanan ke Glasgow.
Sepanjang perjalanan yang ambil masa yang panjang ni, Hafiz nasihatkan korang bawalah bekalan makanan. Cuaca sejuk buatkan perut kelaparan tahap yang luar biasa. Hafiz sempat sarapan pagi di kawasan rehat yang ke2. Dapat lah makan sikit alas perut.
Seperti Hafiz kata dari awal, perjalanan kali ni memang agak luar biasa sebab sampai dah tiba di Glasgow, Hafiz belum buat tempahan bilik… Bas tiba di Hentian Bas Glasgow lebih kurang 6 pagi. Dengan cuaca sejuk ketika musim sejuk ni, Hafiz gagahkan diri jalan keluar dari stesen bas. Misi mencari hotel/hostel sambil mulakan perjalanan ke destinasi yang tidak dirancang.
Inilah dia lobby hotel untuk malam pertama di Glasgow
Hafiz berjaya jumpa satu hotel yang agak klasik ni dan harga pun tak mahal. £45 untuk satu malam. Tak fikir panjang, terus check in sebab dia bagi early check in.
Hari berikutnya Hafiz check in kat hotel lain pulak sebab harga lebih murah. Lebih kurang £30 satu malam. Oklah tu dapat private room walaupun hotel lama lah jugak..
oklah kan?heheh
Jalan disekitar Glasgow ni memang berbukit2. Jadi kalau korang plan nak datang Glasgow ni, janganlah berangan nak bawa beg besar2 tu. Penat nak heret nanti melainkan korang nak naik taxi lah kesana sini..hehehe
Sampai sini dulu catatan untuk Glasgow… Nanti kita sambung lagi cerita di Edinburg pulak ok 🙂