Pengalaman Menaiki ETS Business Class

Sebagai pengguna perkhidmatan ETS ni sejak dilancarkan dulu, ETS business class ni merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu. Jadi dalam perkongsian kali ni, Hafiz kongsikan sikit pengalaman naik ETS business class ni.

Jika perjalanan korang bermula dari KL Sentral, korang bolehlah merasa menggunakan tempat menunggu khas. Kelebihan utamanya ialah, korang boleh terus masuk ke dalam koc menggunakan lif yang berbeza dari pembeli tiket biasa.

Tempat menunggu khas
Tempat menunggu khas
susun atur tempat duduk
susun atur tempat duduk

Dilancarkan pada 26 September 2019. Buat masa ni(Jan 2020), pihak KTMB masih menawarkan harga promosi kepada penumpang hingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Selain memuatkan kerusi yang lebih besar dan luas, ETS Business Class ini mempunyai beberapa kemudahan baru yang moden dan serba lengkap. Korang boleh menikmati hiburan video/audio, WiFi, port pengecasan USB, hidangan dalam koc, dan tempat duduk berbaring 45 darjah.

hidangan pertama
hidangan pertama
hidangan kedua
hidangan kedua

Hidangan yang disediakan jugak sangat memuaskan hati. Berbaloi dengan harga tiket yang ditawarkan. Harga untuk orang dewasa boleh membeli tiket sehala pada harga promosi RM50 untuk perjalanan KL Sentral – Ipoh, Perak atau RM112 untuk perjalanan KL Sentral – Padang Besar, Perlis.

Koc ini juga didatangkan khas dengan pelayan, sama seperti pramugara dan pramugari di dalam pesawat.

Koc ni juga dilengkapi dengan kemudahan video/audio
Koc ni juga dilengkapi dengan kemudahan video/audio

Jadi apa yang korang nak tunggu lagi ni, cepat-cepatlah tempah tiket korang sekarang ok.

Cara Budget Untuk ke Mae Klong Railway Market

IMG_20190701_144739.jpg
Bila keretapi ni dah berhenti, boleh lah korang merasa naik posing kat dalam..heheh

Dari Floating Market tu, kitaorang bergegas ke destinasi berikutnya iaitu Mae Klong Railway Market. Kenapa kena pergi ke Mae Klong ni? Pasar kat Malaysia pun pergi setahun sekali bila nak raya kan.  Sebabnya pasar ni atas landasan keretapi yang masih beroperasi. Jadi bila keretapi nak lalu, diorang pun akan alihkan barang jualan untuk bagi laluan kepada keretapi lalu. Dalam sehari ada 4 perjalanan yang dijadualkan. 8.30 pagi, 11.10pagi, 2.30petang & 5.40petang. Tetapi itu hanya jadual dan akan berubah2 mengikut keadaan.

Ok balik kepada cerita kami pada hari kejadian. Secara jujur Hafiz pun tak pasti macamana nak ke Mae Klong Railway Market ni dari Damnoen Saduak Floating Market ni. Dalam blog2 yang Hafiz cari macam tak ada pun cara DIY secara terperinci. Ikut gerak hati, Hafiz pun bawalah kawan-kawan berjalan menuju ke jalan besar.

IMG_20190701_135254.jpg
korang kena jalan terus melalui pintu gerbang ni dan terus ke jalan besar untuk dapatkan song thew(atau tuk tuk besar)

Lepas dah lintas jalan tu, korang akan nampak deretan rumah kedai. Ada satu kedai runcit kat situ. Kitaorang tunggu kat situ. Sebenarnya masa tunggu tu tak tau rupa bentuk kenderaan yang ditunggu, sama ada van atau song thew tu. Lepas dah tunggu di tengah2 panas tu, muncul lah satu song thew ni. Ada sorang akak kat dalam tu ajak naik. Tak paham sangat apa yang dia cakap cuma dengar perkataan market saja. Kitaorang pun beranikan diri dan naiklah kenderaan yang masa tu tak tau apa namanya..hehehe

IMG_20190701_140133.jpg
ni lah keadaan dalam song thew ni. Rasa macam naik lori pun ada gak..hehehe

Perjalanan dari Damnoen Saduak ke Mae Klong ni lebih kurang dalam 30 minit. Caj yang dikenakan 20TB seorang. Bila sampai tu, akak yang ajak kitaorang naik tu pun bagitau yang dah sampai. Baik betul akak tu. Lupa nak tanya nama dia..heheh

Masa kitaorang sampai tu, dalam 2 lebih, jalan semua dah tutupu dan orang tengah berlari2 nak dapat kan port masing-masing untuk ambil gambar. Kitaorang bernasib baik sebab dapat sampai on time dan tak perlu nak tunggu train seterusnya..

IMG_20190701_143611.jpg

IMG_20190701_143035.jpg

IMG_20190701_145102.jpg

Pasar ni macam pasar basah yang lain lah. Cuma pengalaman diatas landasan keretapi ni sesuatu yang jarang dapat kita tengok di dunia. Tak hairanlah jumlah pelancong yang semakin hari semakin ramai.

Lepas dah selesai ambil gambar dan jalan-jalan kitaorang pun terus cari stsesen mini van yang terletak lebih kurang 5 minit jalan kaki dari stesen Mae Klong ni.

Naik minivan untuk k balik ke Bangkok dalam 80TB.

Senang je kan cuma kalau korang ada masa yang terhad, Hafiz cadangkan ambil lah pakej yang ambil & boleh antar balik korang kat lobby hotel. Cara DIY yang kitaorang pilih ni memang jimat. Jumlah perbelanjaan kitaorang hari ni tak sampai RM50 pun.

Diharap perkongsian ni boleh membantu memudahkan perjalanan korang bercuti di Bangkok nanti ya.