Tempat Menarik Sekitar LRT Plaza Rakyat

Kalau korang dah biasa dengan landskap KL ni, korang mesti kenal stesen Plaza Rakyat ni. Di sini terletaknya Hentian Puduraya yang satu ketita dulu merupakan stesen bas utama di KL ni. Setiap kali musim perayaan atau hujung minggu, Puduraya ni memanglah sesak. Sekarang ni kawasan ni lebih tenang cuma kalau dibandingkan dengan 10 tahun lepas.

Stesen LRT Plaza Rakyat

Kawasan sekitar LRT Plaza Rakyat ni agak strategik di tengah bandaraya KL. Jadi dikawasan sekitar ni ada stesen-stesen yang lain seperti MRT, Monorel dan juga LRT Mesjid Jamek dan LRT Pasar Seni.

Dalam posting kali ni, Hafiz nak fokus kepada tempat menarik dan yang punya nilai sejarah untuk korang lebih kenali Kuala Lumpur. Kalau nak tahu pasal Kafe, kita update dalam posting yang lain ok.

Berikut adalah 5 tempat menarik yang boleh korang kunjungi disini.

  1. Menara Maybank
  2. Hentian Pudu Sentral
  3. RexKL
  4. Petaling Street / Chinatown KL

Menara Maybank

Menara Maybank

Terletak di Jalan Tun Perak mempunyai ketinggian 244m (799 kaki) merupakan bangunan tertinggi di Malaysia pada tahun 1988 hingga 1998 sebelum diambilalih oleh Menara Berkembar Petronas.

Bangunan ini mempunyai 50 tingkat dan siap pada tahun 1987. Ia direkabentuk oleh Hijjas Kasturi.

Hentian Pudu Sentral

Dahulunya dikenali sebagai Hentian Puduraya. Pada tahun 2011, Pudu Raya telah ditukar kepada Pudu Sentral. Hentian ini telah dibuka pada 1976. Hentian bas ini merupakan nadi utama yang menghubungkan perkhidmatan bas ke seluruh negara dan juga ke Singapura.

Hentian Pudu Sentral juga dikenali Pusat Transformasi Bandar KL atau UTC KL. Hari ini kawasan ini menjadi tumpuan warga KL untuk melakukan urusan berkaitan dengan kerajaan sahaja disini. Perkhidmatan bas telah ditamatkan sepenuhnya disini.

Rex KL

Rex KL

Hafiz pernah kongsikan sejarah Rex KL dalam posting sebelum ni. Dari sebuah pawagam yang terkenal pada sekitar tahun 70an – 80an, hari ni Rex KL menjadi hub seni kepada warga KL hari ni. Antara tarikan utama di Rex KL ni pastinya BookXcess.

Tapak tangga masuk ke pawagam Rex satu ketika dulu dibiarkan sebagai memori untuk diingati

Petaling Street / Chinatown KL

Petaling Street hari ni pastinya jauh berbeza dengan Petaling Street yang dulu. Yang kita semua tahu kat sini dulu orang datang untuk beli barang2 branded tiruan kan?

Untuk memudahkan aktiviti korang, bila ke sini nanti, cari Lebuh Sultan. Bermula dari bangunnan Rex KL tu, hinggalah kedalam, korang boleh jumpa banyak kafe2 menarik yang ada disekitar sini. Satu lagi tarikan yang ada di Petaling Street ni ialah Kwai Chai Hong yang terletak di Jalan Panggung. Street art yang disini memang terbaik untuk korang ambil gambar. Nanti posting akan datang Hafiz kongsikan secara details mengenai Kwai Chai Hong ni ok.

Kwai Chai Hong
Kwai Chai Hong dalam tema sambutan tahun baru cina 2023.

Diharap perkongsian ni boleh memberi sedikit panduan untuk korang nanti ok.

1 thoughts on “Tempat Menarik Sekitar LRT Plaza Rakyat

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.